TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

19 - 'BLuEs UNTuk aKu'


Dan untuk hari-hari yang seterusnya, hubungan aku dengan Jessica makin ngam. Aku senang bekerja sama dengan dia. Adakah kerana dia seorang pompuan? Oohhhhhh... mungkin juga kot!

Projek buku dia pun dah berjalan. Dah start lebih kurang dalam 10%.

Ada masa aku buat kerja kat rumah dan kalau bab-bab yang aku perlu banyak berbincang aku layan kerja kat ofis dia. So far, dia puas hati dengan kerja aku. Aku target dalam masa dua bulan ni projek aku dengan dia beres. Cepat sikit aku boleh dapat duit. Lepas tu boleh cari job lain pulak.

Nak suffer hidup beb. Kena lasak sikit laaa. Kalau tak... 'soru' pun boleh miss. Perut kosong otak boleh beku woooo.


Kat rumah
....

"Awal engkau balik," Aku menegur Yon.

"Biasak le, jantan mithali. Amacam kerja okeh?"

"So far, so good. Awek amacam?"

"Ahaaaaa..... pasal tu la yang aku balik awal ni nak bincang sikit dengan engkau la Hak. Tu pun kalau engkau tak penat le." Kata Yon.

"No Problem."

"Camana dating hari tu" aku memulakan sesi borak-borak.

"Okay laa." Si Yon berkerut sikit.

"Macam tak best aje bunyinya tu?" Aku start korek rahsia.

"Dia terkejut sikit tengok aku."

"Apasal?" Hehh..korek lagi.

"Kepala aku botak." Aii... pendek benor jawapannya.

"Engkau pernah kenal dia ke sebelum ni?"

"Dulu dia school mate aku. Masa tu aku memang syok gila kat dia...." Cehhh, cinta monyet.

"Mesti masa tu dia buat deeek aje kat engkau kan?" Tetiba aku terus pancung cakap Yon.

"Dengar la dulu! Kang aku tak cerita kang!" Marah nampaaakk... jiwang karat jugak jantan ni.

"Okeh, okeh..... cerita la, aku dengar." Pujuk balik, pujuk baliiiiiik.

"Lepas aje SPM. Kitorang terus lost contact. Aku masuk ITM, dia ikut family dia pegi Sabah." Tetiba je Yon termenung.... layan blues le tu.

"Lepas tu?" Aku tak sabar nak dengar cerita slow drama dia.

"Tu lah. Tetiba je hari tu dia contact aku balik." Termenung laaaagi!

"Apa yang engkau rasa sekarang ni?" Aku bagi soalan trick.

"Rasa macam nak jatuh cinta!"

Yesssss ! Perangkap aku dah mengena!

Maka dengan rasminya, terbongkau jualah rahsia seorang lelaki yang selama ini terkenal dengan ke'rebel'annya.

Betullah kata kawan aku dulu. Seganas mana pun seorang lelaki itu akan tunduklah jua dia pada kelembutan seorang perempuan.

Dulu jangan kata nak bercinta, nak bercerita pasal pompuan pun dia boleh muntah.

"Aku betul-betul cair kali ni, Hak!"

"Kira motto hidup engkau,'Boleh Hidup Tanpa Pompuan' tu kira burnt lah ye?"

"Nampaknya macam gitulah kot..." Yon terpaksa mengaku walaupun terpaku.

"Engkau dengan Jessica macam mana?" Aikk? Tukar channel lain pulak?!!

"Kerja macam biasa...." Tenang aje aku jawab. Aku tau dia try nak pekena aku pulak ni.

"Kerja aje ke? Takkan takde apa-apa kot?" Bunyi macam nak pulangkan paku buah keras aje ni.

"Jangan tunggu lama-lama, Hak. Nanti kena kebas. Solo lagi tuu." Woooo...baaaaaaik punya racun.

"Mana boleh, Yon. Tak baik aaaa ambik advantage kat majikan sendiri." Cover baaaaaik punya.

"Kalau aku jadi engkau la, Hak..... dah lama aku tekan ayat!" Engkau racun aku lagi ye, Yon?

"Aku nak cari duit, Yon. Bukan cari cinta." Amacam, kukuh tak jawapan aku?

"Kalau dua-dua sekali apa salahnya?" Udahhh...udahh... tak boleh dilayan sangat budak ni.

"Aku ngantuk laa, esok banyak kerja."

"Ngantuk ke...... atau nak layan blues?" Malas aku ahhh. Dia ingat aku dengan Jessica ada affair ke? Cinta bila-bila aku boleh cari, kalau nak bercinta dengan si Jessica tu pun biarlah adik aku habis belajar dulu.

Bercinta! Eshhh... apa yang aku cakap ni? Hampeh kau, Yon!


'Speeding Up To Slow Down'

18 - 'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Kat ofis Jessica...

Aku tunjukkan deraf storyboard yang telah aku lukis based on novel dia tempoh hari.

"Alamak!! Kenapa macam muka saya?"

"Okay apa...! Muka awak ada commercial value."

"Tapi... nanti orang cakap apa pulak."

"Kenapa?"

"Macam nak eksploitasi kan muka sendiri."

"Okay la tu." Kata aku.

"Kalau macam tu. Saya ikut ajelah....", Akhirnya si Jessica ni mengalah.

"Awak lebih arif dalam bidang awak." Tambah dia lagi.

"Ishh... bukan kira macam tu. yang penting awak suka. Awak suka ke?" Aku minta kepastian.

Dia tersenyum. Cute!


"Waktu Asar dah masuk dah ni. Awak nak sembahyang dulu ke? Lepas tu boleh kita pegi minum-minum."

"Ada masjid ke dekat-dekat sini?", Tanya aku balik.

"Kat ofis ni pun boleh." Tambah si Jessica ni.

Aku perati je muka dia, dia plak tenung aku. Aikss....

"Betulllllll...saya cakap serius ni." Kata Jessica kat aku.

"Kan saya ada dua staff melayu. Jadi saya sediakanlah surau untuk diorang. Pegi la cepat. Tak baik tau lengah-lengahkan sembahyang." Kata dia lagi.

Opppss.... aku tak nak komen apa-apa. Aku sendiri pun tengah confuse sekarang ni.

Mungkin dia seorang majikan yang baik. Fikirkan yang baik-baik aje udah le...Ye tak?

french micro glossary for you

If.....If laaaa.... if you guy wanna celebrate ya eid mubarak abroad. Mebbe one of the famous country you are interested to go is France. Rite?

Here, some words which i think can make your trip much easier even a bit.

Good Morning - Bonjour

Good Evening - Bonsoir

Good Night - Bonne nuit

Good Bye - Au Revoir


How much, How many? - Combien?

Thank You - Mercy

Excuse Me - Excusez-moi

I am sorry - Je suis desole

I don't understand - Je ne comprends pas

Why? - Pourquoi?

Where are the toilets? - Ou sont les toilettes?

How are you? - Comment allez-vous?

Very well, thanks - Tres bien, merci.

My name is .......... - Je m'applelle.......

I live in .......... - J'habite a ..................

I am looking for.......... - Je cherce ....

17 - 'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Fuihhhhh..... lega! Duit sewa rumah dah bayar, duit api-air pun dah settle.

"Rileklah, Hak. Kalau engkau sesak bulan ni jangan bayar dulu. Lagipun sewa bulan nih aku dah settlekan dah." Ariyon cuba cover masa aku tunjukkan duit sewa rumah kat dia.

"Ambik laaa... sementara aku tengah ada duit ni. Malas aaa.. aku nak tangguh-tangguh hutang." Aku bagi baaaaaik punya jawapan. Biasaklah kan... baru dapat cek petang tadi.

Besok boleh pegi Pejabat Pos, hantar money order kat kampung.

Bangganyaaaaaaaaaaaaa.......



"Sorry laaaa.... kacau kejap", Ariyon start buka cerita.

"Nak mintak advice engkau sikit", tambah dia lagi.

"Macam ada cerita menarik je", aku buat muka berkerut.

"Ya la Encik Sahak. Menarik sungguh ni. Aku ada dating la besok." Meleret si Yon ni senyum.

"Uihhh! Okay la tu. Abis tu apa masalah problemnya?"

"Ishhhh.... Aku tak ada experience la benda-benda sentul cam ni." Jelas Yon kat aku.

"Senang je, jangan jadi hipokrit.... Jadilah 'diri' engkau sendiri."

"Boleh ke camtu?", tanya Yon.

"Pompuan suka lelaki macam tu. Trust me!" Perghhh!! Aku bagi nasihat macam pakar je.

Hmmmm.....

"Tak payah pakai smart-smart ke?", tanya Ariyon lagi.

"Tak payaaaah. Pakai macam mana engkau selalu pakai. Bukan nak pegi jumpa Pegawai Daerah".

"Tapi.... Awek ni, style dia executive sikit, Hak".

"Tengok dulu aaaa. Dia suka kat engkau pasal apa. Kat pakaian ke atau pada 'engkau' tu sendiri".

"Tak payah tukar imej ke? Bagi nampak macho sikit?", Yon masih tak puas hati.

"Tak payah! Nanti engkau jadi kaku", tambah aku.

"Kenapa pulak?".

"Sebab engkau akan jadi orang lain".

"Pakai macam biasa aje lah, ye?".

"Jangan engkau pakai macam badut sarkis dah laa Yon", tambah aku.

"Tengkiu Buddy!"

"Sama-sama. Apa-apa perkembangan terbaru jangan lupa bagitau aku"

"For sure lah. Engkau kan kaunselor peribadi aku".

Cehhhh! Kaunselor hapa. Aku sendiri pun tak terkaunseling. Tapi orang dah mintak tolong, kita tolong la mana patut. Kalau dapat makan nasik minyak si Yon tu 'esok', aku jugak yang kenyang, dapat tumpang bahagia kengkawan pun kira orait laaa.


'... telling riddles in the dark..'

Lailatul'qadr

Some where in Malaysia....

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan!

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.


Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib!

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya abah.

"Lailatulqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Pasal tu kubah tu dorang angkat letak kat tanah......bodoh!!" sambung abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.


' Semoga ANDA ceria dan bergembira di Eid-Mubarak yang mulia ini'

Friday Joke

A little girl asked her mother: 'How did the human race appear?'

The mother answered, 'God made Adam and Eve; they had children; and so was all mankind made.'

Two days later the girl asked her father the same question.

The father answered, 'Many years ago there were monkeys from which the human race evolved.'

The confused girl returned to her mother and said, 'Mom, how is it possible that you told me the human race was created by God, and Dad said they developed from monkeys?'

The mother answered, 'Well, Dear, it is very simple. I told you about my side of the family, and your father told you about his.'

innnnn-teres-tink!


I believe, most of my friends never ever see this kind of fixed-wing aircraft. Rite?
If I am not mistake, this aircraft called 'The Jet Fox'.


Interesting, rite?
I dunno how much it cost, but if the cost is below RM60K, I think I will buy it.
I believe you will do the same thing too.

16 - 'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Jumaat.

Kat Luar hujan rupanya. Patut le liat sikit nak bangun pagi nih.
Tiada yang lebih indah untuk memulakan hari selain dari dapat bangun subuh dan berdoa pada-Nya agar dirahmati dan diberkati setiap saat perjalanan dalam hidup ini.

Segala pujian bagi Allah Pencipta Sekelian Alam.

Lepas jumaat nanti, untuk kali yang keduanya aku akan duduk berbincang dengan Jessica.

Macam hari-hari Jumaat yang lalu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dibanjiri ribuan jemaah. Indahnya kalau dapat tengok 'banjiran' jemaah macam ni dalam waktu-waktu solat fardhu yang lain. Mungkin ke?


"Saya dah fahamkan dia punya jalan cerita..... dan... secara peribadi saya puji gaya penulisan awak, simple. Satu lagi, saya sukakan watak Sasha. Kalau dia betul-betul wujud, saya sudi bantu dia.....", aku jelaskan pada Jessica tentang novel dia tu.

"Okay... kemungkinan besar saya terima 'job' ni, cuma ada satu perkara yang perlu saya bincangkan dengan awak." , tambah aku lagi.

"Saya rasa saya tahu!", pendek je si amoi ni jawab.

Aikkk..?? Apa yang dia tau apa yang aku tau? Laaa...ni yang saspen ni. Lain macam betul la dia hari ni. Tak banyak cakap macam itu hari. Cuma lebih banyak merenung, aku bukannya faham sangat bahasa-bahasa mata ni. Sejak dari aku datang tadi, aku yang lebih banyak bercakap. Ni...apa pulak yang dia buat pun aku tak tau. Tetiba aje dia pegi duduk kat meja dia sambil menulis sesuatu.

Aku pulak yang confuse. Aku ada salah cakap ke?

Jessica datang dan hulurkan sekeping kertas kat aku. Cek?

"Harap awak sudi terima", katanya.

Aku pandang Jessica, "Untuk apa ni?"

"Saguhati daripada saya. Tanda setuju sebab awak sudi bekerjasama dengan saya". Jessica senyum.

Rezeki adik aku! Tapi... pelik pulak aku rasa, saguhati apa sampai tiga ribu ringgit?

Ni la kali pertama orang bagi bayaran saguhati kat aku. Yang bestnya....aku belum start apa-apa lagi pulak tu! Apa la baik benar amoi ni...

"Rasa macam tak caya." kata aku.

Aku menyambung lagi, "Ada satu perkara lagi. Macam mana awak dapat masuk ITM dulu? Kan ke awak orang Cina."

"Sebenarnya emak saya Cina... Ayah saya orang asli."

Ohooo... amoi ni mix rupanya. No wonderlah dia punya cutting muka ada sikit lain. Dia ni memang boleh bikin jantung berdentang-dentung. Silap-silap boleh jatuh cinta woo.... Cehhh!! Forget it lah!

Tadi, sempat jugaklah aku bagi beberapa tricky question untuk dia. Yang aku perasan, air muka dia berubah bila tiap kali aku menyebut nama Sasha. Hah! Dah kira point dah tu.

Lega! Kocek aku dah kembali berisi balik. Murah rezeki aku hari ni. Pakai sikit untuk diri aku, separuh lagi boleh simpan buat belanja sekolah Acik. Kena kerja kuat lagi ni.

"Esok petang, harap awak dapat datang jumpa saya, kita bincang pasal character development, boleh?", beritahu Jessica sebaik sahaja kaki kanan aku mula melangkah keluar dari billik ofis dia.

Lalu dengan konfidennya pulak aku jawab, "Wokehhh!".
Pendek tapi cukup bermakna. Aikkkk?!! Macam kena jumpa dia hari-hari aje!

15

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


KrrEooKKKKKK......

"Assalamu a'laikum! Hello buddy I'm hoooome!

"Hmmm....ke mana pulak budak homely type ni pegi?", Hati berbisik sendiri.

"Oohh.. kat sini kau nyorok ye!'.

"Laaaa!! Cepat engkau balik Yon?", tegur aku.

"Kerja dah settle. Apa lagi, cabut laaa!"

"Nah, buah mata kucing.", Yon menghulurkan sekampit buah kat aku.

"Favourite aku nih, mana kau tahu?"

"Entah, mak aku yang beli."

"Err...Berkilat-kilat 'bini' aku kat luar tu. Engkau basuh ke?", tanya Yon.

"Aku tonyoh sikit-sikit je. Itu pun tayar aku tak sempat berus."

"Tima kasih banyak.... berapa dia punya upah?" Yon tanya aku sambil sengih-sengih.

"Alaaa...ni mata kucing ni, kira upah jugak laaa... rezeki! Penang amacam?" tanya aku.

"Okay laaa, makin padat. Macam kat KL jugak la. Jerubu! Tapi dia punya anak mami memang best. Rosak jugaklah jantung aku dibuatnya.", jawab Yon sambil tengok jam tangan dia.

"Engkau masak apa hari ni, Hak?"

"Kari sardin!"

Best ke?"
, Yon tanya lagi.




"Best ke?! Engkau test dulu la."

Kalau bab makan, aku memang suka cabar si Ariyon. Dia memang tak cerewet pasal makanan, janji boleh kenyang.... alhamdulillah.

"Mana engkau belajar masak macam ni?" Yon menjerit dari dapur.

"Apsal? Tak okey ke?" "Best gila!" "Mana tak bestnya... mak aku yang ajar."

"Mak engkau tukang masak ke?"

"Dulu laaa.", aku layan je si Yon punya soalan.

"Sekarang?" "Buat macam-macam."

"Ajak dia datang KL la, Hak. Bikin bisnes. Sure maju punyalah."


"Tunggu la kalau aku ada duit nanti."


"Adik engkau boleh masak best macam ni ke?"

"Apasal?"

"Boleh cepat-cepat aku masuk meminang!", Yon ketawa besar....

"Cehhhh!!! Aku dah agak dahhh!"

"Alaaa... apa la salahnya banggg. Lagipun aku ni kan solo lagi. Lain la macam kau.....dah ada awek."

"Mana ada...."



"Jessica!?", Yon cuba pancing...

"Alamak!!!!" .....

Nasib baik betul si Ariyon ni ingatkan aku pasal Jessica! Besok, lepas Jumaat, aku ada appoinment dengan dia, chanteeeeeekkk... boleh bincang pasal duit sekali!

14

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


"Kamu kat Kolumpo nuu... jangan buat tak tentu hala sangat, Hak. Sembahyang jangan tinggal."


"Satu lagi pesan ibu... jangan lokek nak bersedekah, macam tu jugaklah dengan amal jariah."

Hmmm
....

"Kalau orang dah beri kamu kerja tu, buat sungguh-sungguh. Pegang amanah yang orang dah beri. Jangan hilangkan kepercayaan orang pada kita. Sekali kita buat silap, orang akan ingat sampai mati."

"Ada satu lagi Hak...."

Ishhhh.... emak aku nih memang cukup terer la dalam bab buat ayat-ayat tergantung ni.

"Bila kamu nak bawak balik bakal menantu ibu?"

Cehhhh.... ke situ pulak pusingnya emak aku ni! Macam mana pun... emak memang best!

13


'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


" Jauh sangat menungnya tu.... ingat orang kolumpo ke? Meh makan."
Mak mengajak aku.

Aku dah agak dahhh!!!

Asam pedas, ikan pekasam goreng, kacang botol, ulam petai dengan sambal belacan, perghhhhh!! Rasa macam tak nak balik K.L dah lepas nih.

"Kalau tak cukup, kat dapur nu ada lagi."Acik tersengih je.

"Nyindir Alang le tu!!"

Bila aku tengok muka adik aku... Bila aku pandang muka emak aku... Bila aku renung dalam-dalam... Tak rugi rasanya kalau aku jadi manusia yang bergelar insan.

"Nasi tu kena makan dengan mulut, bukan dengan mata, Hak!". Mak menegur....


Sapa lagi kalau bukan aku! Aku tak mau duit menjadi penyebab utama adik aku tak dapat sambung belajar.

"Kalau Acik bagus dalam SPM nanti, Acik nak sambung belajar kat mana?", Aku tanya Acik.

"Kat Cairo. Orang nak masuk Al-Azhar. Tapi Alang kena support orang la."

Nah! Sekarang ni sebelah kaki dia dah jejak. Tinggal sebelah lagi aje yang belum pasti sama ada boleh terus melangkah atau... hurghhhhh....!!!

Sekarang baru aku tau, betapa susahnya orang tua nak bagi makan kat aku, nak besarkan aku dan nak sekolahkan aku. Payah rupanya jadi keua keluarga ni, ye...



' the Beginning is the end is The Beginning '

12

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Teringat aku waktu aku kecik-kecik dulu...

"Tanggungjawab tu apa bah?" "Tanggungjawab tu bermakna amanah dan apabila seseorang tu dipertanggungjawabkan untuk memegang satu amanah, hendaklah dilaksanakan ia dengan sebaik mungkin. Ia merangkumi semua, pada agama, keluarga, sesama insan, diri sendiri dan pada kedua ibu bapa selagi ia tidak melibatkan dengan perkara-perkara yang berlawanan dengan hukum Tuhan.", abang memberikan penerangan kepada aku.

Arwah abah memamng macam tu. Dia akan jawab setiap pertanyaan dengan teliti dan teratur. Dari raut mukanya yang tenang aku dapat agak yang setiap jawapan dari abah tersembunyi seribu satu soalan yang harus aku sendiri cari maksudnya.

"Mungkin satu hari nanti kamu akan tahu sendiri betapa tanggungjawab itu sebenarnya suatu nikmat yang Allah beri kepada manusia yang bernama insan."

Lima belas tahun dulu, aku mungkin tercangak-cangak mencari makna ayat yang kabur tak berjawapan tu.

Tapi sekarang... yang kabur mula jelas, yang jelas kian nyata dan yang nyata itu belum aku pasti lagi akan kepastiannya.


"Ibu panggil kamu balik tergesa-gesa macam ni, bukannya sengaja nak nyusahkan kamu, Hak." Ayat emak terhenti setakat tu. Aku perasan yang anak mata dia memandang tepat kat muka aku. Tu yang aku lemah tu! Aku memang tak boleh pandang muka emak lama-lama, sayu aku.

"Pasal duit belajar adik kamu tu... ibu tak paksa kamu adakan jugak dalam jangka masa yang pendek ni. Ibu faham kamu pun nak pakai duit untuk kamu sendiri." Kata-kata emak terhenti buat kali kedua, macam nakkan aku betul-betul ambik perhatian akan apa yang bakal dikatakan seterusnya.

"Kamu pun tahu...kita bukannya orang senang. Lepas arwah abah kamu pergi, pada kamu ajelah tempat ibu berharap. Kamu berusaha mana yang termampu oleh kamu dan ibu akan ikhtiarkan juga mana yang boleh." Bicara emak terhenti lagi buat kali ketiga. Kata-kata mak tadi membuatkan aku rasa macam seorang hero.

"Ibu nakkan kesemua anak-anak ibu dapat belajar tinggi. Ni amanah arwah abah kamu pada ibu. Sekarang masa adik kamu pulak, Sahak." Emak tengok muka aku lagi, kali ini dia pandang betul-betul tepat kat biji mata aku.

"Insya-Allah. Sahak pun tengah usaha sekarang ni mak." Aku menjawab dengan penuh konfiden.

Besar betul tanggungjawab aku, berat betul amanah yang aku pikul. Aku tak perlu cakap berdegar-degar untuk membuatkan emak berasa lega.

Barulah aku faham sekarang ni akan apa yang arwah abah cakapkan.

Mungkin ini baru permulaan. Esok, lusa... aku tak tau lagi.

Apa-apa hal pun. Aku mesti lepaskan adik aku dulu.

11

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Penting benar bunyinya tu. Jarang emak aku buat benda-benda emergency macam ni. bagus jugak. Lama dah rasanya aku tak balik kampung bawak tangan kosong je, segan aku. Walaupun orang tua sebenarnya tak berapa harap sangat duit kita tapi sikit sebanyak kita sebagai anak patut ringan-ringankan beban diorang. Ceh, ceh, ceh... anak mithalinya aku!!

Bila tengah sunyi-sunyi macam sekarang ni, terbayang-bayang kelibat emak aku. Semenjak abah meninggal dunia dua puluh tahun yang lepas, emak akulah yang berperih-jerih mencari rezeki untuk kami tiga beranak. Macam-macam kerja dia buat, cari duit untuk aku dua beradik. Aku pulak masa zaman tu punyalah kuat makan.

Pernah ada suatu hari tu emak tempeleng muka aku pasal aku kata nak berenti sekolah, nak sama-sama tolong emak cari duit untuk kami. Birat tempeleng dia tu sampai hari ni aku rasa.

"Tulang empat kerat Tuhan bagi kat aku ni masih kuat lagi. Selagi tak reput, selagi tak patah, biar ibu yang cari duit. Kamu dua orang sekolah pandai-pandai, nanti esok boleh bela nasib masing-masing. Kalau nak tutup pun mata ibu ni, biarlah hendaknya kamu orang dah habis sekolah. Dah dapat kerja bagus. Dah boleh urus masa depan masing-masing."

Teringat-ingat suara dalam emak aku tersusun tegas sambil mata dia berkaca pilu.


Kampung Jabi, Segamat, Johor. satu masa dulu kat laman ni la tempat aku main pasir, tempat aku main hujan dan tempat aku kena libas dengan tali pinggang pasal main kedua-dua permainan tu. Bestnyaaaa....

Arwah abah aku memang tegas, tak banyak cakap. Sesuai dengan personaliti dia sebagai seorang tentera. Kalau dia kata jangan tu, jangan la. Toksah la nak memandai-mandai kata boleh.
Arwah abah didik aku sama macam dia latih rekrut-rekrut askar. Hidup aku ketat dengan displin. Cuma aku bertuah sikit pasal tak kena pumping tiap-tiap pagi.

"Orang lelaki mesti tegas, mesti disiplin sebab satu hari nanti dia akan jadi pemimpin. Tak kira di tempat kerja atau pemimpin keluarga dan yang paling penting jadi pemimpin untuk diri sendiri."

Dalam betul ayat-ayat tu. Boleh ke aku jadi pemimpin, dalam keluarga aku yang tak keruan sekarang ni?

10


'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


'Aku ingin terus hidup tanpa Roland! Cukuplah dengan derita yang aku tanggung. Penghidupan bahagia yang selama ini ku cari sudah hampir ku temui.'

Huiii... perenggan penutup karangan si amoi ni membuatkan aku dalam keadaan tertanya-tanya lagi. Teori aku mengatakan watak Sasha dalam cerita dia nih memang dia... aku rasa betul. Atas sebab apa, aku sendiri pun susah nak terangkan.

Cerita yang dia buat ni simple. Cuma permasalahan yang dia create dalam klimaks cerita dia ni agak menimbulkan seribu pertanyaan untuk aku.

Melalut-lalut pulak dah aku ni. Tutup cerita amoi tu, kita bukak pulak cerita kerja. Alhamdulillah, aku dah dapat baca habis manuskrip ni. Kalau nak ikut faham, dah lebih dari faham. Kira miracle jugaklah. Dua ratus muka surat dalam masa satu malam. Kalau nak ikut prestasi membaca masa aku belajar dulu memang teruk. Aku memang tak suka membaca, but I'm a good listener, aku lebih suka memorizedkan apa yang aku dengar kendian tu catat buat nota kecik. Tulah cara aku belajar sejak aku sekolah menengah lagi.

Troot.... Troooot...

"Assalamua'laikum, nak cakap ngan sapa? Ya... tengah bercakap ni...", aku menjawab panggilan telefon.

"Haaa... Acik. Apa hal telefon malam-malam ni?", tanya aku kat adik pompuan aku yang sorang tu.

"Tak boleh tidak... Alang kena balik jugak esok. Ibu harap sangat... Ibu pesan tu aje. Okaylah Lang, hujan makin lebat ni. Assalamua'laikum."

KLunK!

BLueS UNTuk aKu





Aku,

Ishak or Sahak.

KaWan-KaWaN
KeNapa Mau LawaN
KiTa KaN kAwAN
dulu SaMa-SaMaN
KOngsi teH SEcaWan

KaWan-KaWan
KeNapa Mau LawaN
ORaNG Lain Maju ke depaN
OraNG KiTA caRi jaLaN
JaTuhkaN KaWan.





Amoi yang cute!

Jessica @ Jessie.

KaWaN-KaWaN
KeNapa Mau LawaN
kaN Ke Cukup RezeKi TuHaN
BuAt KiTa raMai-raMai
MaKaN.

KaWaN-KaWaN
BukaN nAk cari LaWan
SEkadaR NaK ingaTKan TEMan
haTi-HaTi denGan
GUNTiNG daLaM LipaTan.





my buddy,

Yon.

KaWaN-KaWaN
KiTA SaMa-SaMa caRi makaN
BiLa FiKir MasA dEpaN
JaNgaN TaBur PasiR
DaLaM PeriuK KaWaN

KaWaN-KaWaN
CuBa diKaji oraNG Tua PEsan
KaWaN jadi LaWaN
LaWaN jadi KaWaN