TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

bahagia letaknya di hati...

...di hati kita, yang mencarinya



Tentang Sesuatu

Time baring-baring, teringat plak tentang sesuatu. Korang pernah tgk kapel yang berjalan jalan kat sekeliling korang esp waktu korang pegi shopping ke atau gi mana ke? Apa yang korang pikir ekk? Actually waktu lepak-lepak kat satu kedai mamak, aku pernah juga dengar ada satu kapel (pompuan dua dua org) bisik bisik tentang satu kapel lain yg sdg makan sama kat restoran mamak tu.

Penilaian

Menilai seseorg melalui paras rupa atau fizikal tubuh badan adalah sumtin yang tak berapa sesuai kot. As aku pnh tulis, aku rasa kecantikan seseorang tu adalah salah satu benda yg subjektif, yang mana mungkin seseorang tu cuma cantik pada mata kita, tapi pada mata org len adalah sebaliknya. Aku terdengar kapel yg kat sebelah aku tu berbisik;

"Mamat tu hensem la, macam Fahreen la...tapi aweq dia tu takde la cantik sangat, rendah dan berisi sket. Blabla..blabla...potpetpot pet..pet..."

Kadang-kadang tak paham juga aku, napa la nak nilai org tu, kapel tu sesuai ke tak? Tu bukan kerja kita kot. Kita ni sapa? As long as dorang sama-sama bahagia, sama-sama happy, bia la n doa lah untuk kebahagiaan dorang. Tu kan ke basic dalam life - saling melengkapi!

Dalam hidup ni, banyak menda yg kita tak nampak, ada yang terang dan nyata, ada yang tersorok. Kadang-kadang apa yang kita nampak tu, tak semestinya sama dengan apa yang kita fikirkan. Kadang-kadang kita cakap benda yang tak sepatutnya kita luahkan walaupun kita ikhlas merasai perasaan tu. Mungkin kita cakap pada orang yang salah? Atau pada masa yang tak kena? Atau kita mmg tak munasabah?

Balik pada cakap-cakap kapel tadi, actually cantik ke tak sebenarnya setiap orang ada penilaian sendiri. Ada org rasa mata yang bulat dan bulu kening yang lebat serta bulu mata yang lentik tu cantik, ada org suka tgk hidung dan macam macam. Ada yang suka tgk senyuman manis seseorang tu, mebbe menyenangkan hati. Ada jugak, mungkin ramai sebenarnya yang pilih budi pekerti dan hati yang murni sebagai ciri ciri yang dilihat sebagai kecantikan seseorang, sebabnya fizikal seseorang boleh berubah bila bila masa saja pastinya. Keluhuran budi dan kejujuran hati tu akan dikenang serta menjadi faktor mengekalkan bahagia dalam perhubungan.

Sebenarnya

Tapi tu la, sebagai manusia yang berperasaan, berkeinginan, bernafsu kadang-kadang kita terlupa, kita cuai n mebbe kita tamak. Itu mmg antara sifat yang ada pada diri kita manusia. Lelaki la yang nyata sangat sangat tu, too obvious! Tapi takde la semua lelaki macam tu, mana yang boleh kawal diri tu, bagus la.

Itulah, sebenarnya aku cuma nak tulis pasal org nilai org lain secara fizikal tu, mungkin aku pon pernah ada dan buat macam tu sbb aku pon manusia yang tak pnh lari dari salah dan silap. Mebbe nampak macam alasan, tapi itulah hakikat.

Kalau kita nak pilih sapa sapa as pasangan, kawan baik or apa apa, kalau la boleh jgn la tgk pada fizikal je. Buatlah sesuatu tu seikhlas hati. Fizikal tak menjamin dia sorang yang baik atau buruk, yang penting kenali dalaman seseorg tu. Tak salah kalau kita menyayangi kawan kita as saudara kita, kan?

Mebbe korang pon leh tegur aku kalau aku tends to buat sumtin yang macam tu. Kan bagus?

Ingatkan Aku

As manusia, kadang-kadang kita terlalu banyak bercakap benda yang tak sepatutnya kita cakapkan, walaupun ianya benar. Tanpa sedar, kadang kadang kita lukakan, kecewakan hati -hati yang lain.




azam!

setakat berazam je, buatnyer idak.....baik tak payah....



Baru hampir seminggu selepas tahun baru, macam biasa aku dah dengar dengar orang sembang pasal azam tahun baru. Azam yang sama n selalu sangat didengar.

'NAK RENTI MEROKOK!'

Bagus! Memang bagus la sangat azam tu, aku sokong je sangat.

'NAK KURUIHKAN BADAN
sebab

NAK JAGA KESIHATAN'


Pon sangat sangat la bagus, aku pon sangat sangat la sokong. Selalu sangat la dengar azam ni dari orang sekeliling setiap awal tahun.

'NAK SIMPAN DUIT!'

Bagus what...simpan duit untuk kesenangan mada depan. Leh beli aset untuk diri dan famili.

Tapi, korang perasan sumtin tak? Actually semua azam yang sangat biasa kita dengar tu berkait satu sama lain.

NAK SIMPAN DUIT = RENTI ROKOK + KURANG MAKAN

Bila renti merokok, kurang dah la satu sumber yang merosakkan kesihatan. Duit beli rokok yang agak mahal tu leh la sket sket belajar menabung. Kurangkan makan, insya allah leh kuruih, duit yang makan kat luar atau makan makanan segera tu leh juga simpan simpan, bila kurang makan, kandungan gula, kolestrol akan rendah la. So, badan pon sihat. Bukan setakat sihat, duit poket pon ada disimpan juga, awak tu pon hensem la sbb badan dah kuruih sket. Tak gitu?

Husband tengok pon makin sayang, makin geram ..... ermmmmm! Si wife plak tgk husband slim je...hati pon senang n bangga je rasa. Masing masing sihat. Kan elok!

Bf tengok pon makin sayang, gf plak... tgk bf pon hensem je semacam. Bahagia kan?

hasil tangan si kecil...

kreatif & berseni!


Apa pandangan anda?


So,
kepada sesapa yang ada anak anak yang sedang nak membesar tu,
elok kutip hasil contengan dorang yang agak cantik n kemas,
then letakkan frame yang simple.
Pasti cantik kalau kena caranya.


Sekarang ni banyak lukisan kanak kanak kecil yang diframekan
malah ada yang dikomersialkan. Cantik sebenarnya,
tak percaya korang leh tengok
kat mana mana pertandingan melukis kanak kanak.



seni tanah liat

...hasil dari kreativiti


Apa penilaian anda?



Menarik?


Cantik?


Kreatif?


Sesuaikan kalau buat hiasan dalam rumah or ada yg boleh diletakkan kat pancuran
air kat taman kecil di laman.
Made in Malaysia!

teruskanlah perjalanan....

...melangkahlah





Again, welcome 2009!

Mana mana yang baru mencecah 40 tu, mungkin korang rasa cukup matang dan berusia kot sebab baru je melepasi kehangatan alam 30-an. Ye tak? Yang mencecah setengah abad pulak, mebbe masa ni la baru terasa nikmatnya kehidupan, betapa bernilainya hidup ini untuk dihargai. Kalau boleh masa ni jugak la nak diisi dengan segala macam aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Anyway, go on! Selagi kita nak cuba lakukan, takde yg terlambat pastinya. Cuma mebbe terasa letihnya sangat hidup ni bila usia dah mencapai pada level level yang macam tu, banyak benda dah lalui dan rasai. Orang cakap, semakin banyak garam yang kita makan, semakin kita kita kenal rasa masin sesuatu makanan tu. Maksud dia, banyak la pengalaman yang dah dilalui. Tak gitu?


Pengalaman Hidup

Apapun dalam hidup kita ni sebagai manusia, pengalaman yang kita lalui, susah atau senang, pahit atau manis; semua tu adalah lumrah. Kadang kadang kesusahan tu buatkan kita makin tabah, makin kuat dan makin banyak berfikir dan matang. Kalau dah terbiasa dengan kesenangan kadang kadang kita mudah rebah tersungkur apabila diuji.

So, menjengahnya tahun 2009 ni, mebbe ada beberapa menda yang patut aku, korang dan yg lain lain jenguk jenguk balik, macam yang aku tulis dalam post yg lepas la. Apa yang bakal terjadi kedepan depan sana nun, kita tak mampu nak teka lagi.

Dalam hidup ni, ada tiga perkara yang berkait. Itu la yang aku terbaca kat satu magazine... Umur, ilmu dan penampilan. So bila umur dah meningkat setahun lagi ni, bila yang 49 dah berganjak ke 50 dan terasa berumur mungkin banyak la menda yang dok tertanya kat diri sendiri; " cukup ke ilmu yang aku miliki?"

Umur,Ilmu & Penampilan

Tak kira la ilmu dunia ke, akhirat ke; dah dua dua tu memang perlu untuk harungi hidup ni. Tapi ada juga yang terlupa tentang semua tu walau usia dah berganjak ke setengah atau tiga suku abad. Yang wanita plak, dok pikir camna la nak jaga penampilan, camna nak elakkan kulit berkedut, apa pun tak salah jaga penampilan, bia kemas dan sedap mata memandang. Tu je kot. Aku rasa la, tapi apa pun depends la kat mata yang memandang. Bukankah kebahagian tu satu yang diimpikan oleh semua orang? As long as bahagia, buat je la janji tak menyalahi atau menyakiti sesapa.

Kita perlu sedar, jatuh bangun seseorang, penentu kebahagian dan kejayaan seseorang itu ialah diri dia sendiri. Ianya tentulah bergantung kepada kebijaksanaan melakukan perancangan dan pengurusan hidup. Senang je aku cakap, kan? Tapi itulah hakikat, melaksanakan sesuatu tu sebenarnya tak semudah melafazkannya dari bibir. Untuk m menggapai kejayaan, kebahagiaan memang tidak semudah memetik jari. Semua tu menuntut pengorbanan mental dan fizikal yang tinggi, ketabahan dan kecekalan yang tinggi kerana setiap yang mendatang itu; samada kebahagiaan atau kejayaan tidak datang dalam satu package atau sekali jalan malah kadangkala atau apa yang kita dok peratikan sekarang ianya datang selepas kegagalan demi kegagalan. Tu lah orang cakap, nak dapat barang yang baik memang susah. Hanya mereka mereka yang sabar saja boleh berjaya mencapai semua tu. So, pertingkatkanlah kesabaran, kecekalan, ketabahan serta kebijaksanaan kita.

Apapun yang kita hadapi, janganla dok kata; "aku dah serik...."
Sewajarnya, yang jatuh perlulah bangun dan mulakan langkahan....teruskan perjalanan, melangkahlah. Sekali lagi pilihan kat tangan kita, tangan aku, korang dan orang orang lain. Takde benda yang mudah dalam dunia ni, so kenalah kita berusaha bersungguh sungguh kalau nakkan sesuatu dan jadilah lebih kreatif untuk mencipta kejayaan. Itu lah yang mampu aku pesankan kat diri aku sendiri.



Flavour of Life

Hidup ini memang perlukan rencah, pahit, masam dan manis, suka dan duka. Sebenarnya itulah yang buatkan hidup ni lebih indah dan cantik untuk kita lalui. Kalau hanya tahu atau merasa satu rencah saja, tentulah kita tak dapat menikmati nikmat kehidupan yang sebenarnya. So, melangkahlah dengan lebih bersemangat ke tahun baru ini. takde masalah yang tak dapat diselesaikan. Buatlah yang terbaik untuk diri kita dan orang orang yang kita sayang, walau s apa pon mereka pada kita.




selamat menyambut tahun baru

1430H & 2009M



1 .... 2 .... 3 .... 4.... happy neu year 2009 ..... waktu ni bunga api pon memercikkan cahayanya kat serata KL. Mebbe tempat lain juga, macam sebelum sebelum ni juga. Takda bezanya pon.


Bye-bye 2008, Selamat datang 2009!


Itu je kot yang boleh untuk gambarkan kedatangan tahun baru 2009 yang akan datang. Anyway, mungkin macam tahun tahun sebelum ni semua orang pakat nak setkan azam baru, sibuk dok tanya kawan kawan ,"apa azam ko tahun ni?".

Dalam pada tu ada juga yang sedar, macam mana la nak setkan azam baru sedangkan azam yang lepas pon lom terlaksana. Yang nak berenti merokok pon satu hal juga, azam nyer membuak buak, nak berenti merokok lagipon harga rokok dah mahal, alih alih sama juga. Itu yang kadang kadang bila kita bertanya tentang azam ni ada juga yang berkata,

"Entahlah, perlu ke membuat azam baru tiap tiap tahun sedangkan azam tahun lepas pon belum tertunai?".

Mungkin agak sesuai kot kalau cuba cuba tengok dan toleh ke belakang kejap, semak balik pada tahun yang lepas tu apa yang kita tinggalkan dan apa yang telah kita capai? Mana la tau kalau kalau kita masih kat takuk yang sama, serupa dan tak berubah. So, boleh juga kita cuba untuk baiki diri kita ke tahap yang lebih baik. Recharge diri - rasanya itu yang lebih bagus kot.

'The breeze at dawn has secrets to tell you.
Don't go back to sleep'

- Jalaluddin Muhamad Rumi -

Dah tak jauh dah untuk kita tinggalkan 2008 ni. Harap harap bila kita bangun pagi pada 1 Jan 09 nanti kita akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu walaupun tiada azam yg khusus kerana keazaman untuk melakukan sesuatu tu sebenarnya bukan satu tradisi apabila menjelang tahun baru sahaja. Azam itu sebenar ialah cita cita dan keinginan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik, perubahan, peningkatan yang perlu ada setiap masa, setiap hari dalam hidup kita ni. Apalah ertinya azam itu jika ianya sekadar hiasan sahaja.

Perlukah kita bercerita tentang nak buat azam itu, azam ini jika apa yang diazamkan tu tak berlandaskan kepada realiti dan kemampuan diri?

'When you make a mistake, don't look back at it long.
Take the reason of the thing into your mind and
then look forward.
Mistakes are lessons of wisdom.
The past cannot be changed.
The future is yet in your power.'

Moralnya, selain daripada membuat azam baru yang lebih menjurus kepada materialistik dan kemewahan, ada baiknya juga tengok tengok sekali lagi kalau kalau kita telah terlupa atau terabai apa apa yang perlu dalam hubungan kekeluargaan, why not kita cantumkan dan baiki retak retak kecil yang mungkin ada. Why not kita luangkan masa yang lebih untuk mereka mereka yang kita sayangi. Walaupun susah, walaupun kita kata orang tak memahami keadaan kita, yang sebenarnya pilihan kat tangan kita sendiri. Nak atau tak nak!

'Bila anda bangun pagi, ada dua pilihan yang mudah.
Tidur semula dan mimpikan yang indah-indah ATAU
bangun dan kejar impian sebenar anda.'

Pilihan kat tangan kita - saya, anda dan orang orang lain.

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!

Apapun, sebenarnya petang ni dah bermula pengisian kita untuk menyambut tahun baru,
mudah-mudahan tahun Hijrah 1430 yang menjelang tiba petang ini akan membawa rahmat dan kebahagiaan buat kita semua. Jangan lupa menutup tahun ini dengan doa dan beristighfar dan membuka tahun baru juga dengan memanjangkan doa dan memohon kesejahteraan serta pemeliharaan DIA yang Esa.

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!

Selamat menyambut dan menghadapi 1430H dengan
semangat yang unggul, mantap dan hebat!


Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!

Selamat Menyambut Awal Muharram!

look what you have done

A song by JET


Ni la lagu yang melatari Galeri Blues kalau korang ada terperasan waktu korang melayari galeri nih. Muzik dia interestink and a bit ree-lag la. Hopefully korang enjoy dengar lagu tu sambil sambil menjelajah galeri ni.






Take my photo off the wall
If it just won't sing for you
'Cause all that's left has gone away
And there's nothing there for you to prove

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
Oh well, it seems like such fun
Until you lose what you had won

Give me back my point of view
'Cause I just can't think for you
I can hardly hear you say
What should I do, well you choose

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
Oh well, it seems like such fun
Until you lose what you had won

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
A fool of everyone
A fool of everyone

Take my photo off the wall
If it just won't sing for you
'Cause all that's left has gone away
And there's nothing there for you to do

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
Oh well, it seems like such fun
Until you lose what you had won

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
A fool of everyone
A fool of everyone


*****

Information

ICT Terminology

AVATAR - Gambar yang mewakili seseorang dalam suasana sembang 3-dimensi, yang dipilih
oleh seseorang itu
yang boleh atau terdiri dari gambar atau ikon yang berupa manusia, haiwan dan sebagainya.

BANDWITH - Jumlah data yang boleh dihantar melalui suatu talian rangkaian, biasanya dinyatakan mengikut kelajuan rangkaian tersebut.

BLOG - Suatu laman web
yang kebiasaaannya diselenggarakan oleh seseorang individu, yang mengandungi komentar, huraian tentang sesuatu perkara atau peristiwa dan bahan bahan lain termasuk grafik dan video serta kerap dikemaskinikan.


tentang kawan ....

bukan 'tentang bulan'....


Tentang kawan..... actually saje je aku tulis ni, sebabnya dalam dok kemas kemas bilik and lemari besar tu aku terjumpa satu poskad. Poskad yg agak lama juga, tapi seingat aku mmg aku simpan dia dgn elok.

Tu poskad dari sorang kawan baik aku, lagipon tujuan aku letak kat sini supaya poskad tu tak hilang. Kang kalau simpan dalam lemari nanti kang hilang la plak, kan?

At last, aku decide nak scan n letakkan kat sini, so aku boleh tgk bila bila masa pon even lagi 30 thn akan datang. And, ingatkan aku betapa baiknya sesebuah persahabatan tetambah kalau kita tahu menilai and menghargainya. Memanglah akan ada cela nya juga tapi mebbe itu sebahagian dari apa yg kita panggil persahabatan itu sendiri. Pilihlah untuk bertolak ansur. Kan?

Apapon aku doakan agar kawan-kawan aku happy n bahagia dalam semua menda yang dorang buat. Amin.

Poskad yang kaler merah tu (one of my feberet kaler) cuma satu kenangan dan ingatan tentang salah sorang kawan yang pernah aku kenal . Ramai lagi yang aku kenal n kamceng, malah salu jumpa. But after sumtimes, bila everybody bz dengan kedaan memasing, so semuanya makin jauh tambah pula dengan hilang contact nombor, pindah tukar kerja or tempat kerja. Mungkin itulah yg dorang sebut sebagai 'the limitation in friendship'. Aku baru je belajar tentang perkataan tu.

Walau apapun kawan is kawan, kawan yang baik adalah kawan yang kita selalu teringat, terkenang dan terfikir tentang dia. Kawan adalah anugerah tuhan, kita boleh pilih untuk berkawan dengan seseorang tapi tak semestinya orang nak berkawan dgn kita, ye tak? So, bila dah ada kawan baik kita gunalah kesempatan yang ada dan sentiasa doakan yang terbaik untuk dorang. Mana la tahu, one day kawan yang kita berkongsi cerita kisah suka duka, minta tolong itu ini, tukang layan kita sembang or luahkan perasaan, tempat nak tanya pendapat akan kita temui kembali dan silaturrahim kemudiannya terjalin. Indah kan?

We met by chance and turn into friends
and now our destiny keeps us close to each others
making our friendship grow more
with the passing time

You are a friend for lifetime.

Seronok actually ada kawan yang kita leh kongsi banyak menda ni, tapi tu lah bila masing masing dah ada tanggungjawab sendiri dah takleh la nak borak borak macam dulu. Kan?

Tu pasal ada juga org cakap tentang kawan camni;

Friends are like crayons, they color our lives,
I may not be your favourite color,

but I hope you will need me sumwhere

to complete your picture.


Kadang-kadang favourite atau tak bergantung kepada keadaan yang aku cakap kat atas tu la. Bila masing masing dah ada tanggungan so kena la penuhi tanggungjawab tu dulu. Kang kalau nak pentingkan kawan je, banyak la plak yang terabai. Susah tu nanti...


we met by chance....
but sometimes
we dunno how to appreciate it as a chance....
mebbe I am the one who doesn't know how to do it
in a correct manner...


bila hati sudah mula bersuara...

bibir tidak perlu mengucapkan kata-kata....



"...sesungguhnya di dalam kehidupan ini hanya ada tiga saat sahaja, saat yang pertama ialah saat yang telah lepas (berlalu), di mana manusia tidak akan mendapatkannya kembali. Manakala saat yang kedua ialah masa yang sedang kita lalui di mana
kita berpeluang untuk melakukan
yang terbaik untuk diri kita.
Dan saat yang ketiga ialah saat yang akan datang,

iaitu masa hadapan yang mana kita sendiri tidak pasti
samada kita akan
dapat sampai kepada waktu itu ataupun tidak.
Hakikatnya, di dunia ini manusia cuma
mempunyai satu saat sahaja."

- Abu Dzar Al-Ghiffari -

Dalam hidup ini kita diberi peluang untuk melakukan pilihan. Kehidupan yang kita lalui ini memberikan kita pelbagai pilihan, hitam atau putih, baik atau buruk, susah atau senang dan berbagai bagai lagi. Maka, dalam mengharungi kehidupan ini kita telah bertemu dengan pelbagai peluang, terlalu banyak sangat peluang yang baik yang tersedia tetapi kita takkan dapat merebut atau memiliki kesemuanya dalam satu masa. Oleh itu, kita kenalah pilih yang terbaik untuk kita.

Pilihlah untuk tersenyum, bukan untuk bermasam muka;
Pilihlah untuk berdoa, bukan mengumpat;

Pilihlah untuk bersahabat, bukan bermusuhan;
Pilihlah untuk membina, bukannya memusnahkan;

Pilihlah untuk memberkan kasih sayang, bukan kebencian;

Pilihlah untuk memberi, bukan merampas;
Pilihlah untukbergembira, bukan berduka;
Pilihlah untuk menjadi yang terbaik dan bukannya yang terburuk.


We are responsible for what we choose to think and to do. Cuba tanya diri kita, siapakah orang yang paling utama dalam mencapai impian hidup kita?

KITA! Sudah pasti orang itu ialah diri kita sendiri, oleh itu buatlah yang terbaik untuk setiap hari yang kita miliki, yang kita termampu. Macam yang kita tahu, hanya kita aje yang mampu mengubah diri kita, jikalau kita tak nak berusaha untuk kebaikan diri kita, orang lain tak boleh atau tak mampu nak berbuat apa apa.

'nobody does it better, nobody is perfect'

Actually, kita sebenarnya tidak sedar tentang pilihan dan peluang yang wujud itu. Kadang-kadang bila sesuatu yang buruk menimpa, kita anggap dia sebagai titik hitam yang meronai sejarah hidup kita. Kita tak pernah sedar apakah yang tersirat disebalik semua itu. Lalu, tanpa berfikir panjang, kita anggap semua tu sebagai penghalang kepada jalan kita untuk mengharungi dan mencapai kehidupan yang lebih cemerlang. Tapi inilah hakikat, inilah yang berlaku tanpa kita sedari samada kat korang, aku ataupun orang-orang lain. So, kita akan terus gagal untuk mencari apa benda yang sepatutnya tetapi sebaliknya bertemu apa yang tidak sepatutnya kita temui. Kita sudah tidak nampak peluang-peluang yang terbaik yang diberikan oleh kehidupan ini. Mungkin kita akan mula memilih yang hitam berbanding yang putih atau sebaliknya.

Tapi, inilah realiti kehidupan, banyak pilihan dan peluang yang terbaik yang tersedia tapi sebenarnya banyak juga cabaran yang menanti dalam usaha kita untuk menggapai dan memiliki pilihan yang terbaik itu. Ramai yang gagal kerana tidak memiliki kesabaran yang cukup, ramai juga yang 'kelabu mata' dengan peluang peluang yang ditemui tanpa memikirkan apakah warnanya.

Pada aku, aku akan cuba memilih sesuatu yang baik untuk aku dan juga kawan kawan aku. Kadang kadang aku juga tersilap membuat pilihan dan adakalanya juga mereka tersilap mengambil peluang, so pastinya ada yang terluka dan jauh hati. So, sekali lagi peluang untuk memilih itu wujud, pilihlah untuk bertolak ansur, pilihlah untuk memberi kemaafan, pilihlah untuk tidak 'mengambil hati' . Setiap sesuatu yang tejadi dalam hidup kita ini ada hikmah yang tersembunyi yang perlu kita renungi, fikirkan dan fahami.

Meminjam kata-kata Umar Al-Khattab; " Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang dicari. "

Aku, korang dan orang lain; kita tak perfect. Kita selalu melakukan kesilapan tanpa kita sedari hinggakan kadang-kadang ianya mewujudkan perselisihan faham yang berpanjangan, dendam dan berbagai-bagai lagi.

Teringat kepada 'perkataan-perkataan' indah yang pernah aku temui dalam pembacaan suatu ketika dulu, begini;

'Aku sedar aku tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan ini seandainya aku tidak dapat melupakan kegagalan, rasa kecewa dan sakit hati. Kemaafan terlalu berat untuk ku berikan kepada orang yang telah melukai hatiku. Tetapi aku tahu dengan memberi kemaafan sahajalah aku dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi dan hadiah yang terbaik untuk ‘musuh’ ialah kemaafan. Mungkin ada benarnya.'

... Mungkin ada benarnya, tetapi bercakap lebih mudah dari melaksanakannya. Tapi bagus juga kalau kita mencuba, kalau tidak mencuba kita takkan tahu keputusannya.

Semuanya ada dihadapan kita, cuma kita je yang perlu pandai untuk membuat pilihan.

kaulah segalanya....


Mesti antara kita pernah baca ayat ni kat mana mana, kan?

' wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki,
bukan daripada kepalanya untuk dijunjungnya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya;
melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat dihatinya untuk dicintai. '

Sorang daripada kawan pompuan yang dah hampir 10 tahun aku kenal pernah ulas tentang ayat tu, macam ni

" funny....how some men don't realize that. "

Aku pon actually tatau nak kata apa and camna, memang kena la jugak batang hidung sendiri sebab aku pon dari kaum yang sama. Cumanya, kadang kadang bila fikir secara asasnya lelaki atau pompuan ni sebenarnya sama je, masing-masing ada perasaan, ada hati dan keinginan, kita sama sama buat kesilapan, sama sama cuai dan alpa, semuanya sama.

Tu la kadang kadang dok pikir, dalam sesuatu hubungan kena saling melengkapi, tolak ansur sebab kita ni tak perfect. Keinginan dan nafsu kita sentiasa berubah ubah, kadang kadang tak cukup dengan apa yang ada, tamak haloba, tak pernah puas dengan apa yang kita dapat. Juz suka nak ingatkan diri sendiri je, walaupun memang tak leh nak jamin yang aku takkan berubah. Tapi aku rasa semua orang berubah dan banyak org pentingkan diri sendiri. Pada aku bukan tak leh nak pentingkan diri, tapi tengok juga keadaan.

Mudah bercakap la, dalam hidup ni, kena hormati kelebihan pasangan, terima kelemahan dia. Masing masing kena la paham, dan cari jalan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Harap harap la nanti nanti bila aku dah bina 'masjid' untuk diri sendiri, aku akan selalu selak selak balik apa yang aku tulis ni dan baca balik dengan penuh rasional. Dan, harap sangat dari hari ke hari aku, korang dan orang orang lain akan faham maksud ayat kat atas tadi tu dengan lebih jelas akan segala isi dan intipatinya. Kalau digunakan logik akal la, napa tuhan tak nak amik tulang kaki ke untuk jadikan manusia bernama wanita ni, kan?

Apapapun, wallah hu'alam la. Terserah la pada DIA Yang Maha Mencipta. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Hidup ini memang macam kat atas pentas, banyak kisah suka dan duka, pahit dan manis. Aku pun taktau apa yang aku ngarut ni. Dah dekat jam 3 pagi dah. Kat luar hujan pon dah berenti.

'Perempuan menangis, air mata jatuh ke pipi.
Tapi lelaki menangis air mata jatuh ke dalam hati.
Bak kata pepatah; luka kat jari nampak darahnya,
luka kat hati...sapa la yang tahu....'

Tapi bila bercakap pasal 'kena amik berat and beri perhatian pada perempuan' ni, aku selalu nak juga cakap, kenapa la org selalu salahkan kaum adam ni je bila dia tinggalkan pompuan tu? Takde sorang pon yang akan kata atau marah bila pompuan tu tinggalkan lelaki tu. takde la plak nak kata pompuan tu amik kesempatan ke, bagi harapan ke, habis madu.. sepah di buang bersepah sepah ke, takde. Apapahal pon salahnya tetap kaum si adam ni juga.

Teringat kisah kawan yang sorang ni, dulu waktu si pompuan ni (awek dia la pada masa tu) study kat maktab, dia ni la yang redah hujan panas dengan kapcai dia tolong carikan itu ini, semua buat sebab sayangkan awek dia. Macam-macam la dia buatkan, takyah la nak cerita., kang macam nak menangkan satu pihak plak. At last bila di minah tu tamat study, dia cakap kat mamat ni, dia nak putuskan hubungan sebab dia tak suka boifren yang kerja dengan unit beruniform. Pelik pon ada juga, waktu bercinta dah tau dah si mamat ni kerja camtu, taknah la plak kata tak suka. Bila dah abih study, dah keje, time tu la juga bagi alasan itu ini. Tapi itu lah kehidupan, itulah percintaan... sampai la pada aku mula memahami, kalau benda tu bukan ditakdirkan untuk kita, walau apa pun kita buat, ianya tetap takkan jadi milik kita; tapi kalau ianya dah ditakdirkan milik kita, usaha sket je pon kita dah dapat menda tu.

Tapi, itulah cinta nama dia...

Apabila kita ingin menggenggamnya, ia tiada!
Apabila kita ingin merasa, ia kosong!
Ia bagai mengejek kita,
Ia bagai mempersendakan kita,
Kita pun mula rindu-rinduan,
Kita pun mula mimpi-mimpian,
Cinta itu pelik......kan?

Tapi itu lah, sebab kejadian dari tulang rusuk tu lah kita rinduan-rinduan, mimpi-mimpian...mencari 'tulang rusuk' untuk melengkap kehidupan.

1- Saling melengkapi satu sama lain.

2- Menghormati kelebihan dan menerima kelemahan / kekurangan kapel.

Aku harap sangat kita akan ingat 2 point tu dalam berkawan ataupun berkasih. Tegurla aku kalau aku silap, ekk?


tanti aguri di buon compleanno






Bismillahhirohmanirrohim

Alhamdulillah hirobbil a'lamin wassolat tuwassala mua'la asyrofil anbiya i'wal mursalin, wa a'la alihi wasoh bihi ajma'in.

Ya Allah,

Ku panjatkan kesyukuran ke hadratMu kerana memanjangkan umurku sehingga kini,
Ku bermohon kepadaMu Ya Allah, kurniakan lah aku kekuatan untuk terus menggapai impian dan cita cita ku Ya Allah. Teguhkan lah iman ku dalam menta'atiMu dan menta'ati Rasul Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim,

Murahkan lah rezekiMu kepada ku Ya Allah, kurniakanlah aku kejayaan
di dunia dan di akhirat.
Tunjukilah aku jalan yang benar, jalan yang menuju ke
keredhoanMu Ya Allah.

Robbana a'tina fiddun ya hasanah wafil a'hirotihasanah waqina a'za ban nar.
Amin Ya Robbul A'lamin.

Alhamdulillah... akhirnya!


Happy Birthday!

'Age is mind over matter. As long as you don't mind, it doesn't matter'
-Muhamad Ali

sepak kang! 3


Jengah-jengahkan muka je...

~ WANITA TANAH ~
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

~WANITA API~
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin

*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.

*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.

*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

~ WANITA ANGIN ~
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24
September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk
berkonfrantasi.

*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


~ WANITA AIR ~
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.