TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

11 Dec








Bismillahhirohmanirrohim

Alhamdulillah hirobbil a'lamin wassolat tuwassala mua'la asyrofil anbiya i'wal mursalin,
wa a'la alihi wasoh bihi ajma'in.

Ya Allah,

Ku panjatkan kesyukuran ke hadratMu kerana memanjangkan umurku sehingga kini,
Ku bermohon kepadaMu Ya Allah,
kurniakan lah aku kekuatan untuk terus menggapai impian dan cita cita ku Ya Allah.
Teguhkan lah iman ku dalam menta'atiMu dan menta'ati Rasul Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim,

Murahkan lah rezekiMu kepada ku Ya Allah, kurniakanlah aku kejayaan
di dunia dan di akhirat.
Tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang menuju ke
keredhoanMu Ya Allah.

Robbana a'tina fiddun ya hasanah wafil a'hirotihasanah waqina a'za ban nar.
Amin Ya Robbul A'lamin.

Alhamdulillah... akhirnya!


Happy Birthday!

'Age is mind over matter. As long as you don't mind, it doesn't matter'
-Muhamad Ali



whatever will be, will be...


Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
Whatever will be, will be




...jika kamu tahu apa yang dicari...





Aku nak kongsi satu cerita yang aku baca 1-2 hari lepas,


Cerita yang berlaku antara sorang lelaki kaya berkereta mewah dan sorang pesawah yang miskin yang hanya mampu menaiki basikal.

Ditakdirkan pada suatu ketika, mereka berselisih ketika sama-sama melalui satu jalan kampung, tika si kaya sedang menuju ke tanah pertanian miliknya sementara si pesawah pula sedang dalam perjalanan pulang dari sawah. Terdetik di hati si pesawah; alangkah bahagianya aku jika aku memiliki kereta mewah dan isteri yang cantik seperti lelaki itu.

Dalam masa yang sama juga, lelaki kaya tadi berbisik sendiri; alangkah bahagianya pesawah itu kerana mempunyai isteri yang amat menyayanginya hingga sanggup memeluknya walaupun si suami dalam keadaan comot dan berbau.


Biarpun ianya cuma sebuah cerita yang biasa, tetapi ianya juga adalah sebuah cerita yang sering diperkatakan oleh pakar psikologi (menurut artikel tu) dalam memperkatakan tentang definasi bahagia.

Apa yang pasti bahagia itu adalah berbeza takrifan dan persepsinya pada setiap individu. Bahagia itu adalah sumting yang abstrak, yang tiada pengkhususan dan tiada satu guideline macam mana dikatakan bahagia.

Tapi yang pasti semua orang nakkan kebahagiaan, nak merasa bahagia dan gembira.

Mungkin, jalan hidup aku ni agak panjang dan jauh sikit dari rakan-rakan yang lain. So, mungkin juga disebabkan beberapa 'ujian' yang aku telah lalui sepanjang usia ini menyebabkan aku selalu dan makin banyak berfikir. Mungkin ada juga orang lain yang terfikir dan bertanya , apa sebenarnya yang diri sendiri nak kat dunia nih?

Duit? Harta? Kuasa? atau ketenangan hati?

Meminjam kata-kata Umar Al-Khattab; "tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang dicari."

Aku rasa itulah antara persoalan yang mungkin bermain-main dalam benak fikiran setiap orang yang hidup kat atas dunia ini. Dan kadang-kadang bila kita terlalu nak mendapatkan sesuatu, kita terleka dan alpa.

Dan, semua tu buat aku teringat sumting yang pernah aku baca mungkin 10 tahun yang leas dan aku ada catitkan dalam sesuatu, puas geledah buku buku lama at last jumpa juga.

Aku kongsikan kata-kata ini untuk renungan bersama;

'Sesungguhnya di dunia ini cuma ada 3 saat sahaja. Saat yang pertama ialah saat yang telah lepas, yang mana manusia tidak akan dapat kembali kepada saat itu lagi. Manakala saat yang kedua ialah saat yang sedang kita lalui, di mana di sinilah kita berpeluang melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Dan saat yang ketiga ialah saat yang akan datang, iaitu masa hadapan yang kita sendiri tak pasti samada kita akan dapat sampai kepada masa itu ataupun tidak. Hakikatnya, manusia di dunia ini cuma mempunyai satu saat sahaja' -Abu Dzar Al-Ghiffari.

Sekadar peringatan untuk diri.


ikhlas & jujur


'keikhlasan itu ibarat ..... seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam, ia wujud tetapi amat sukar dilihat'

keikhlasan dan kejujuran,

hari ni menjadi sumtin yang sukar untuk aku tepati maksud ayat tu. berbincanglah dalam perkara dengan sejujur dan seikhlasnya. pastu datangkn keputusan tu kepada yang berkenaan.

aku nk tanya korang, apa yang korang leh bgtau aku tentang keikhlasan dan kejujuran, ada sapa sapa leh bgtau tak?

eid-ul adha




Allaahu akbar, Allaahu akbar, Allaahu akbar
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
laa ilaaha illAllaah لا إله إلا الله
Allaahu akbar, Allaahu akbar الله أكبر الله أكبر
wa li-illaahil-hamd ولله الحمد
Allaahu akbar kabeera wal hamdu lillahi katheera wa sobhana allahi bokratan wa aseela الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
laa ilaaha illAllaah لا إله إلا الله
Wahdah sadaqa wa'dah wa nasara abdah wa a'aza jondahu wa hazama al-ahzaba wahdah وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده
laa ilaaha illAllaah لا إله إلا الله
wala na'bodu illa iyah mokhliseen lahu aldeena wa law kariha al kafiroon ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
allahomma salli ala sayyidina mohammad wa ala sayyidina mohammad wa ala aal sayyidina mohammad wa ala ashabi sayyidina mohammad wa ala ansari sayyidina mohammad wa ala azwaji sayyidina mohammad wa ala zoriyyati sayyidina mohammadin wa sallim taslimann katheera اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أصحاب سيدنا محمد وعلى أنصار سيدنا محمد وعلى أزواج سيدنا محمد وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليما كثيرا


Allah is the Greatest, Allah is the Greatest, Allah is the Greatest,
There is no deity but Allah
Allah is the Greatest, Allah is the Greatest
and to Allah goes all praise
Allah is the Greatest, all Praise is due to Him, And Glory to Allah, eventide and in the morning
There is no god, but Allah the Unique, He has fulfilled His Promise, and made Victorious His servant, and made Mighty His soldiers and defeated the confederates
There is no deity but Allah
He alone we worship, with sincere and exclusive devotion, even though the infidels hate it
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad, and on the family of our Prophet Muhammad, and on the companions of our Prophet Muhammad, and on the helpers of our Prophet Muhammad, and on the wives of our Prophet Muhammad, and on the offspring of our Prophet Muhammad, and Bestow upon them much peace

selamat nyambut eid-ul adha untuk semua



b - a - h - a - g - i - a

'' awak bahagia?''


''errr...u bahagia ke ngan life u skrang?''


apa yang ampa akan jawab bila ada oghang tetiba tanya soklan lagu tu? mebbi ampa atau sapa sapa pon tetiba akan terpikiaq, bahagiakah aku? eh! betul ke aku bahagia even aku belum ada boifren atau girlfren? atau, aku bahagia ka sebab aku masih takdak gheja yang buleh bagi aku pendapatan yang lumayan?


macam-macam ampa, aku atau oghang len boleh terpikiaq. sebabnya definasi bahagia tu sendiri adalah sumtin yang boleh dikatakan subjektif, lain orang, lain definasi dia, lain persepsi tentang bahagia pada setiap oghang.


definasi bahagia ni macam makanan, ianya bergantung pada diri setiap orang tu sendiri. ada yang makan murtabak si A, then dia kata sedap sangat but ada plak yang makan murtabak yang sama tapi dia kata biasa ja tapi masin sket. so, subjektif!


tapi, aku yakin semua orang nak merasa bahagia. bahagia yang indah didengar dan lebih sedap kalau dapat merasa, tak kiralah macam mana bentuk bahagia tu, asalkan namanya bahagia. tapi, dalam hidup ni, menda yang bagus, yang baik dan yang paling bernilai tu lah yang susah kita nak dapat, maksudnya bukan senang la tu. setiap orang akan buat apa saja yang dia rasa boleh memberikan kebahagiaan kat diri dia atau keluarga dia.


in fact, boleh dikatakan most of kita tak tau apa yang terbaik untuik diri sendiri sebenarnya or, taktau apa yang kita benar benar nak dalam hidup ni sebenarnya dan of coz ampa, aku dan orang len takkan tahu apakah perkara yang terbaik untuk diri sendiri. mebbe ari nih, kita ghasa menda ni adalah yang terbaik, tup tup esok lusa kita rasa menda ni tak baguih, tak sesuai untuk kita. at the end of the day, of coz kita akan dengar;


'' hey...this not what i want!! this not what i'm looking for!! aku taknakkkkkkkk....''


cuma satu yang pasti, setiap orang berhak merasai bahagia! tu je.

aku taktau macam mana definasi dan persepsi bahagia pada ampa semua. mebbi kaya dan banyak duit, mebbi boleh pergi bercuti ke mana mana saja, mebbi ada isteri cantik dan anak anak yang comel, mebbi ada kesihatan yang sejahtera, mebbi...setiap org menentukan sendiri bagaimanakah maksud kebahagiaan itu.


ada orang cakap,


''untuk mendapatkan bahagia, buatlah orang len merasa bahagia''


betul ke ekk?


betoi ka ampa?


juz sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada org len, dalam mencari bahagia janganlah sekali kali berputus asa. banyak ujian dan dugaan yang akan kita tempuhi. kata orang, kalau kita mengharap yang terbaik, apa juga keputusan yang ditakdirkan, kita tetap akan bahagia.


mungkin betul, ntah la. yang penting jangan berputus asa, buat yang terbaik dan jangan putus berdoa. apabila tiba masanya, walaupun tanpa kita bersedia atau tanpa kita sedar, kita akan mendapat kebahagiaan kita. harapan aku begitulah.


luas sangat dan banyak sangat persepsi bahagia nih. tak dapat nak di describe kan dengan kata kata kat sini. tepuk dada, tanya la diri.


sekadar peringatan untuk diri.


'kalau tuhan nak anugerahkan sesuatu yang berharga kat kita, Dia takkan bagi dengan cara yang mudah, sebabnya kalau kita tak melalui onak dan duri, ujian dan dugaan dalam hidup, kita tak mungkin menghargai apa yang kita dianugerahkan'


bahagia aku bukan kerana kamu dan bahagia kamu juga bukan kerana aku, tapi ianya anugerah Yang Maha Esa, bahagia kamu dan bahagia aku adalah bahagia KITA yang diberikan peluang untuk merasai nikmat dan erti sebuah kebahagiaan.


haih! pasrah...

sharing is caring....





sharing is caring and caring is love! pernah tak korang hayati maksud di sebalik ayat tu? basically aku setuju dengan maksud ayat tu, juz pandang secara general pon ianya tetap ada kebenaran yang ditunjukkan disebalik ayat yang indah tu.


dalam hidup ni, kadang-kadang bila kita sampai ke satu jalan buntu ataupun satu seumpama macam ruang yang terhad, road-block,limited, over-stressed,over-work dan macam-macam over lagi, sebenarnya sedar atau tak bila kita melapangkan dada dan fikiran kita dengan berkongsi apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasa (perasaan) ianya menjadi satu tonik yang baik untuk diri kita sendiri.


lebih baik, if kita boleh berkongsi apa saja secara bebas tanpa sebarang sekatan mebbe dgn sesorang kawan yang mampu memberikan respon yang positif, sudah tentu ianya akan menggembirakan kita. dan ianya juga betul bila dalam sesetengah perkara yang kita kongsi, melalui perkongsian tu juga kita boleh mendapatkan pengalaman percintaan dan kasih sayang. jika percintaan dan kasih sayang tu sebenarnya ialah memberi dan menerima, so boleh la kita katakan berkongsi (share) itu bermakna - memberi kepada orang yang mungkin menerima - bermaksud mengambil berat, memberikan perhatian, caring dan memberikan perhatian, mengambil berat dan caring tu sebenarnya adalah elemen kasih dan sayang. tapi, mungkinkah kalau kita banyak berkongsi ianya juga akan membanyakkan lagi kasih dan sayang? ntah la!


nampak macam senang je nak ulas sharing is caring & caring is love tapi sebenarnya susah.

pada aku menda tu memang wujud dan MESTI wujud dalam setiap relationship. sebabnya, itulah jalan dan caranya kita meluahkan apa yang kita rasa kat dalam diri kita ni. apa yang kita atau seseorang rasa kat dalam tu sebenarnya penting, mebbe kita rasa sedih, marah, kecewa atau sebagainya. so, kalau kita tak cuba luahkan at last ianya terbuku dalam hati dan hanya kita je yang merasai menda tu padahal kita boleh lepaskan dan luahkan melalui perkongsian. jika kita terus locked perasaan tu kat dalam ianya mungkin boleh membuat kita jadi sakit, tertekan dan sebagainya.


tapi, mungkin apabila kita cuba nak figure out perasaan kita, kita akan terkenangkan menda-menda yang lepas dan buatkan kita terfikir macam mana ianya bermula. so, mebbe kita leh jumpa solution dia dan mungkin juga kita lebih berfikir dan nampak apa yang tersirat.


tapi lagi, kita boleh berkongsi apa yang kita rasa dengan seseorang yang rapat dan baik kepada kita, macam kakak, ibu, atau sapa sapa saja yang kita rasa comfortable dan selamat. so, kita takkan rasa dibiarkan kesorangan dengan segala permasalahan dan kebimbangan yang kita rasa. tapi itu tak bermakna yang masalah atau kebimbangan yang kita arasa tu dah hilang, ianya boleh membuat kita rasa lebih lega setelah meluahkan apa yang terpendam dengan seseorang yang memahami.


normal la, biasanya kita akan amik masa untuk berkongsi apa yang kita rasa tu, even kita tahu sapa yang kita rasa kita leh kongsikan sumtin. kita tetap perlukan masa dan tempat yang sesuai, so take your time!


ntah la...life is so beautiful sampaikan kita terleka dan terlepas banyak perkara-perkara yang bernilai dan indah.


yup! if korang rasa ada sumtin yang korang fikir boleh buat sesuatu menda tu jadi lebih mudah, then - say it!


why talk about your feelings?

simple, coz sharing is caring...caring is love! so tak salah kalau nak berkongsi apa yang anda rasa dengan seseorang yang lain.



c - i - n - t - a



org yang kita cintai...

cinta yg sangat mendalam...

cinta itu nampak mudah sebenarnya, tapi ia bergantung kepada jodoh juga sebenarnya.

berapa ramai org yang tidak dapat bersama dengan org kesayangan mereka.

sumtin yang aku belajar dari chinese movie kat channel 8TV yang aku selalu tgk.
yup! cinta tu nampak mcm mudah dan indah, tapi mudah dan indah tu sebenarnya juga bergantung kepada bagaimana kita layari perjalanan cinta kita tu.

kata orang,
cinta itu buta tetapi cinta itu jugalah yang menyatukan dua jiwa. Demi cinta manusia sanggup berkorban apa sahaja.

Ibarat kata pepatah; kalau cinta sudah bersemi, lautan api sanggup direnangi. ye ke? cuba lah.

kalau bercerita apa saja tentang cinta, ia memang amat mengasyikkan; jatuh cinta dan kecewa, satu lumrah yang semua orang penah merasainya. lumrah yang kita tengok kat ruang ruang di sekeliling kehidupan seharian kita, malah kita sendiri lalui semua tu.

kadang-kadang aku macam baru tersedar, dunia ni sangat indah. terutamanya bila tgk org bercinta kat sekeliling aku ni, bertemu then berpisah, pastu mula rindu-rinduan, then memanjangkan kisah cinta thru phone atau sms sampai ke pagi. sentiasa ghairah, sentiasa hangat. bagus kalau keghairahan dan kehangatan tu dapat disalurkan kepada satu ikatan yang lebih kukuh dan sah, kemudian tingkatkan keghairahan dan kehangatan tu agar ikatan tersebut berlangsung sampai ke akhir hayat. alangkah bagusnya, kan?

tapi, ianya tak semudah bercakap dan aku cuma memberikan pendapat. keadaan sekeliling bisa merubahkan kita. takde jaminan aku atau sapa sapa boleh memacu ghairah itu dan hangat itu agar menjadi satu pemangkin kepada sesuatu yang lebih teguh.

so, diulang - kita perlu mencuba melakukan yang terbaik untuk setiap hari yang kita miliki. benda yang berharga takkan boleh dapat dengan mudah. sapa tak nak merasa b-a-h-a-g-i-a, kan?

indah dan bahagia kan bila ada org mengucapkan 'saya sayang awak' atau 'saya rindu awak sangat sangat'.

cinta ni kalau betul dengan caranya boleh menjadi satu kekuatan kepada insan yang terbuai dan dilamun perasaan indah tersebut. Ianya berkuasa menjadi sesuatu yang bersifat motivative, ia merangsang semangat dan kekuatan diri. Tapi, cinta juga boleh memusnahkan diri bagi mereka yang tidak kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan, mereka tidak dapat memahami maksud yang tersirat disebalik ujian dan dugaan yang mungkin berlaku.


In fact, ramai antara kita tak dapat nk memahami maksud yang tersirat. dulu aku sukar sangat nak terima bila org cakap, cinta tak semestinya memiliki - means, kalau kita sayang n cintakn seseorang, kita tak semestinya memiliki dirinya. pelik sangat bunyi ayat tu pada aku.


tapi kehidupan yang teramat indah ni sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang tak semua org dapat memahaminya, dan samada suka atau tak aku terpaksa mengakui bahawa ayat tersebut mungkin juga ada betulnya walaupun banyak yang tak kena.


ujung-ujung, samada akui ayat tersebut betul ataupun salah, ramai pasangan cinta yang mengalirkan air mata. uda yang tak dapat bersama si dara kesayangan, laila yang mencari majnun nya. haih!!


aku? ntah la....haih!


tapi sukar untuk aku akui kebenaran ayat tu, malah sebenarnya org yang memperakuinya mungkin berpura pura demi kebaikan org yang dia sayang tu. pengorbanan!


'if u love sumone so deeply, let him/her go.

if he/she comes back to you, he/she is yours,

forever to hold!


if he/she doesn't,

then u should know that he/she was never meant to be yours!'


aneh!


ada ke org yang saling menyayangi inginkan perpisahan?


ade ke org yang saling merindui hanya semata mata untuk membiarkan kapel dia tidak menjadi miliknya?


ntah la! tapi ini yang wujud dalam indahnya cinta. kata sorang kawan aku, cinta tu tak buta sebenarnya, tapi org yang dilamun cinta tu yang mula menjadi buta.


at last, aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku tulis nih.


'you will never know true happiness until you have truly loved and you will never understand what pain really is until you lost it'


sekarang aku memahami apa itu kebahagiaan dan kegembiraan yang sebenar, dan aku juga memahami apakah kesakitan yang sebenarnya.