TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

betul tapi tak betul..?



'MENGETAHUI PERKARA YANG BETUL
TIDAK MEMADAI DAN BERMAKNA
APABILA TIDAK MELAKUKAN PERKARA
YANG BETUL.'

~ Dear Yayah The Series


Simple sangat, kan?
Tapi kadang-kadang itu la yang kita tak sedar, mungkin bukan korang la, mungkin aku.
Kita notis sesuatu menda tu betul tapi still kita tak buat menda tu. Kita buat juga menda yang salah, tak ikut peraturan, tak ikut arahan.
Sebabnya?
Kita terlalu ambil mudah tentang sesuatu perkara tu,
kita pandang sesuatu tu sebagai remeh,
kita rasa kita je yang betul,
atau, kita terlalu meng'under estimate' sesuatu menda tu.

So, kita tends to buat menda yang silap.

Korang rasa camne?




CNY:Selamat Tahun Harimau




HAPPY
CHINESE NEU YEAR


THE TIGER'S YEAR

to all my friend

selamat bercuti umum yang panjang..

yahoooo!!














saya sangat takuttttt...



Sebuah karya yang menjadi bualan hangat
dan
mencipta ketawa besar secara beramai-ramai.

Sebuah karya wajib baca.














STOP!






just wanna stop for a while!
i need rest



I'll always remember...
I'll never forget, how you took my breath away,
the first time we met. No matter what happens
... no matter what we do, I'll always remember the first time I saw you.

~ Zenki











I will be there.......



If one day you feel like crying...
Call me.

I don't promise that I will make you laugh,

But I can cry with you

If one day you want to run away--
Don't be afraid to call me.
I don't promise to ask you to stop...
But I can run with you


If one day you don't want to listen
to anyone...
Call me.
I promise to be there for you.
And I promise to be very quiet.



But if one day you call...

And there is no answer...

Come fast to see me.

Perhaps I need you.











the red rusa gemuk run

:iconreindeerplz::iconreindeerplz:

rusa gemuk kaler merah yang berkejaran, tak jemu and rasa seronok and menenangkan pulak tengok dedua ekor tu. yang belakang dok ligan yang depan, tapi tak dapat dapat.

huhuhu....


'bout life


Work hard at what you like to do and try to overcome all obstacles

Laugh at your mistakes and praise yourself for learning from them

Pick some flowers and appreciate the beauty of nature

Say hello to strangers and enjoy the people you know

Don't be afraid to show your emotions laughing and crying make you feel better

Love your friends and family with your entire being they are the most important

part of your life

Feel the calmness on a quiet sunny day

Find a rainbow and live your world of dreams always remember life is better

than it seems










andai itu suratanNya...


"Sacrificing your happiness for the happiness of the one you love,
is by far, the truest type of love."

~Unknown

***********

Lunch time, 1:45 tengah hari.

Tetiba handset aku menjerit kecil, ringtone yang sengaja ku pilih untuk menandakan ada sms yang masuk.

"Along... Umi menyambut baik hasrat Along untuk bertukar ke Taiping dan Achik pun merasakan cadangan itu adalah yang terbaik. Umi kelihatan gembira bila Angah khabarkan hasrat Along tu kerana Umi memerlukan seseorang disisi untuk menjaga, memantau keadaannya sering sakit-sakit tu. Hasrat Along itu merupakan satu pengorbanan yang cukup besar untuk seorang ibu tersayang."

Begitulah mesej yang aku terima dari Angah. Berkerut dahi bila memikirkan bilakah aku pernah mengusulkan hasrat tersebut.

Seingat aku, aku cuma memberikan cadangan andainya adik-beradik yang lain tak dapat untuk menetap bersama Ummi dan jika tiada jalan lain maka mungkin itulah pilihan terakhir yang mampu dilakukan.

Aku termenung seketika.

Dan, kemudiannya aku terus menghantar permohonan cuti kepada boss. Aku ingin balik ke kampung untuk melawat Umi dan adik-adikku yang lain tetapi keputusan untuk bertukar ke kampung halaman belum aku putuskan. Biarlah dulu.


***********


To be continued...(if ada idea la..)


Err...idea ter'stop' kat situ.


If korang ada idea yang berlebihan, jom lah kita pakat sambungkan sesama. Merangkak nak mula keluarkan bakat terendam dalam tulis tulis cerita nih.


"It is not what we take up, but what we give up, that makes us rich."

~Henry Ward Beecher











indahnya kehidupan #2




"Bagaimana perjalanan hidup anda tika ini"

Agaknya apakah jawapan yang terbaik yang akan anda jawab jika itu soalan yang ditanyakan kepada anda?

Bagus!

Baik!

Macam ni lah seadanya.

atau,

Alhamdulillah.

Walau apapon jawapan anda, setiap orang mengharapkan orang yang ditanyakan soalan tu gembira, bahagia, tenang meniti hari-harinya dan sabar serta tabah dalam menghadapi segala cabaran dan ujian.

Tanpa cabaran dan ujian kita tidak akan belajar apa-apa. Pada masa yang sama juga jangan membiarkan emosi mengawal diri kita, bersabarlah mengawal emosi kerana itu adalah sebahagian dari kesabaran dan juga sebahagian dari iman.

Tinggi dan rendah, lelaki dan wanita, akal dan hati serta cinta dan airmata, semua itu adalah sebahagian dari dunia ini, sebahagian daripada kehidupan kita dan juga sedikit daripada elemen-elemen dalam cabaran dan ujian yang kita harungi.



Adakalanya dalam hidup ini kita perlu buat keputusan yang kita tak nak buat, kadang-kadang juga kita perlu lepaskan sesuatu yang menjadi milik kita. Ujung-ujung, masa juga yang menentukan samada kita mampu buat atau tak. Berkait dengan masa, of coz kesabaranlah yang menjadi lawannya. Dalam pencarian, ramai orang yang terkandas sebab kurang sabar.

Kesabaran dalam hidup. Boleh dikatakan dalam semua bahagian perlu diaplikasi. Sebagai contoh mudah-fahami, dalam perhubungan kadang-kadang cara kita tunjukkan perhatian terhadap si dia dan tanpa sedar kita telah melakukannya dengan tidak sabar hingga ianya memberikan keterasingan kepada si dia, mungkin tekanan atau apa apa je. Again, tentang masa. Mungkin sebenarnya si dia perlukan masa untuk lepaskan sesuatu dan berkongsi, mungkin juga kita perlukan masa dan bersabar sehingga dia sudi berkongsi dengan kita tetapi bukanlah sesuatu yang wajib kalau dia taknak berkongsi pon. Tapi itu cuma sebahagian kecil daripada apa yang semua orang lalui.

Dan memang betul if dikatakan ramai yang terkandas sebab kurang sabar, tetapi setiap orang melakukan kesilapan, begitu juga kita, aku dan korang.

Again, sekadar renungan dan peringatan untuk diri.


If you don't have time to do it right
you must have time to do it over.

~Anonymous











kita


"RAMBUT SAMA HITAM
TETAPI
HATI LAIN-LAIN"



Yup! Itulah pepatah orang dulu-dulu. Dan itulah juga realiti kehidupan even rambut orang zaman sekarang dah tak sama hitam.

Apa yang ada dalam hati orang, kita sendiri pon tak tahu dan begitu juga sebaliknya. Kadang-kadang pabila melakukan sesuatu kita lakukan dengan ikut logik kita je, ikut sedap hati je sebab kita merasakan apa yang kita buat tu betul. Betul pada kita even pada anggapan orang lain apa yang kita buat tu tak patut atau tak betul.

Tapi, kita buat juga sebab kita tahu alasan atas apa yang kita buat, orang lain tak paham apa yang kita buat kerana mereka bukan diri kita.

Dan, bila kita rasa menda tu betul, pastinya ada yang salah begitu juga sebaliknya. Kita tak nampak kekurangan bila kita terlalu yakin sesuatu itu betul untuk kita lakukan. Sebab itulah juga orang salu kata; kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

Betul kan?

Err...jangan la pikir bebukan, ni post after tgk satu movie kat tv. Ala-ala 'untuk direnung & difikirkan'.




indahnya kehidupan








"HIDUP IBARAT SEBUAH PERJALANAN YANG PANJANG.
KECANTIKAN SEBUAH KEHIDUPAN ADALAH
PADA NIKMAT
KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN.
IBARAT GUNUNG YANG SUKAR
DIDAKI ATAU MUNGKIN
SEMUDAH DENAI UNTUK KITA LALUI"


~ Aliza Elizabeth



Walau apa pun caranya, walau apa pun corak dan warnanya, hidup ini adalah sesuatu yang terlalu indah. Indah dengan ujian, cabaran, dugaan, suka, gembira, duka, sedih dan berbagai-bagai lagi perasaan yang membuatkan ianya menjadi terlalu indah dan menarik jika kita menghayati, merenungi dan mungkin memahaminya.

Tanpa semua perasaan itu, of coz hidup kita akan plain. Mendatar. Tiada corak dan warna. In fact, kosong!

Jikalau hari ini warnanya hitam, mungkin esok lusa berwarna warni, seindah warna-warna pelangi. Kalau hari ini coraknya lurus, mungkin tidak perlu menunggu esok, mungkin sekelip mata bertukar kerinting, berpintal-pintal.

Tapi, yang pastinya hidup ini tetap sesuatu yang teramat indah, walau pedih, walau perih tetapi itu semua hanya sekelumit dari ujian dan dugaaan daripadaNya.

Dan, mungkin juga untuk kita mengetahui inilah realiti keindahan kehidupan. Inilah cabaran yang mencantikkan 'perjalanan' yang kita sedang lalui sekarang.

Bukalah mata luas-luas, pandanglah ke hadapan. Lapangkan dada, bawalah kenangan indah terdahulu, buangkanlah kenangan yang pahit.

Andainya kita tersalah tafsir, of coz kita akan makin tersasar dari redhoNya. Of coz tiada nikmat keindahan yang dapat dirasai.

Kehidupan memberikan kita pilihan. Peluang untuk memilih, so terpulanglah apa yang kita nak pilih. Just do the best yang kita mampu lakukan untuk setiap detik yang kita ada. Bukan bermakna tiada kesilapan, bukan bermakna tiada ujian tapi fahamilah bahawa setiap sesuatu itu sememangnya mempunyai hikmah yang tersirat daripadaNya.

Diulang, perumpamaan yang tersirat mungkin boleh diungkapkan sebegini;


"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN
MATAHARI, DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT.
KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA,
KEMANA MENGHILANGNYA SINAR.
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAH KITA PELANGI
YANG INDAH BERWARNA-WARNI"



Mengakui kebenarannya sudah tentulah melalui kesyukuran yang dipanjatkan ke hadratNya, dengan berkongsi kebaikan dan kemudahan yang dikurniakan kepada kita, if tidak banyak mungkin boleh sedikit, jika bukan tenaga mungkin boleh berdoa.



Sekadar peringatan dan renungan.

Nobody does it better, nobody is perfect.










selamat hari wilayah - 1 Feb.

Mood: Cheerful


:party::party::party::party::party::party::party:


SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH

selamat bercuti umum untuk mereka-mereka yang bekerja kat
Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya










Special Edition - Citarasa Malaysia



Kepelbagaian Citarasa!

Specialnya Malaysia ni kan?

Nak makanan western, baaaaaaaanyakkk sangat!

Nak makanan dari Asia Timur, macam Japanese, Chinese atau Korean Food, bersepah.

Nak makanan Arab pon, no hal - dah makin banyak skrg ni.

But, local tetap the best!


Cendol, Yong Tau Fu (tengah) + Fries tu kawan aku makan kat Penang.
Yong Tau Fu (atas,kanan) tu dari Titiwangsa, KL.
Kuih tu pon dari KL
.

Seafood ni aku makan kat Tanjung Lumpur
+
Ikan hasil pemancingan oleh kawan aku yang di masak oleh restoran di Johor


Dari Perlis sampai Johor then ke Sarawak & Sabah.
Rakyat Malaysia beruntung meh. Macam-macam ada cuma
takleh nak lawan Roti Canai or Nasi Lemak + Teh Tarik je.











private literature - kenangan terindah

:iconreindeerplz::iconreindeerplz:
i'll follow you

Tadi, dok lepas baca mag Nur. Smilie Tingin plak nak cuba-cuba tulis cerita lagi, tapi idea tak nak berkembang. So, aku layan je. Keluarkan apa je yg ada, nanti kang pandai pandai la aku kembangkan idea tu.

:iconreindeerplz: :iconreindeerplz:

Setelah sekian lama, hari ini aku bertemu dengan dia lagi.

"Kerja awak camana", tanya dia.

"Okey je, macam biasa".

Dia tersenyum.

"Awak kerja ke hari ni", tanya aku pula bagi memenuhi masa-masa terluang sebelum hidangan yang di pesan tiba.

Kami terus berborak sambil sesekali bergelak ketawa. Terasa seakan sudah begitu lama kami tak bergelak ketawa bersama.


:iconreindeerplz: :iconreindeerplz:


Yup! Namanya begitu kukuh terpahat di hati dan ingatan ku. Mana mungkin aku melupakan kenangan waktu bersama dulu. Dan kenangan indah itu akan sentiasa bermain dalam ingatanku.


Kenangan yang terindah! :party:


:iconreindeerplz: :iconreindeerplz:


Korang ada kenangan indah tak?

Kenangan terindah, kenangan manis yang korang takkan lupakan atau tak boleh nak lupa sampai bila-bila, ada tak?

Mesti ada kan. setiap dari kita sure ada kenangan terindah yang kita akan bawa sepanjang hidup kita cuma kadang-kadang kenangan tu saja je kita takmo berkongsi dengan orang lain. Mungkin kita anggap kenangan itu adalah Hak Persendirian kita, so orang lain tak perlulah nak tau.

We do not remember days; we remember moments. - Cesare Pavese

Yup! Mebi kita lupa hari apa ianya terjadi, tapi kita surely ingat apa yang terjadi. Itulah kenangan. Tapi lebih manis if kita ingat hari ianya terjadi, so bila hari itu bertandang kembali, kita akan tersenyum mengenangkannya.

I'm so lucky!

Itu yang aku rasa, sbb aku mudah lupa dengan kenangan aku yang tak best, yang tak indah. Tapi ingatan aku untuk kenangan-kenangan yang indah, maniss dan seronok terlalu kuat dalam ingatan aku.

Positifnya, kenangan-kenangan ni sebenarnya membuat kita menjadi kuat, membuat kita terkenang dan tersenyum sendirian. Adakalanya kenangan indah tu boleh mengukuhkan sesuatu perhubungan asalkan kita sentiasa sanggup untuk berpatah balik di mana semua kenangan tu bermula.

Percayalah. It works!

Kadang-kadang dalam hidup kita ni terlalu banyak kenangan indah dan maniss yang kita lalui, yang kita kongsi bersama seseorang sampaikan kita tak pasti mana satu yang benar benar indah. Walau apapon yang pasti setiap detik itu amat bermakna pada diri kita dan memberikan kesan pada kita.

Kata orang, if sesuatu itu menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita, maka kenangan itu adalah suatu harta yang tiada nilainya.

Aku percaya, korang juga adaa banyak menyimpan kenangan yang indah dan maniss. Pada yang berkapel tu, gunakan kenangan maniss korang dan kapel korang untuk menyuburkan ghairah perhubungan korang. Jangan biarkan semua tu sekadar menjadi kenangan. tak rugi sebenarnya kalau kita berpatah balik kat tempat di mana kita bermula. Bercerita semual tentang itu ini, di situ dan sini yang pastinya akan mengeratkan kalian.

Memory is the diary that we all carry about with us. - Oscar Wilde.

After all, aku rasa hidup aku penuh dengan memori atau kenangan yang sangat indah, yang tak d apat nak aku ungkapkan atau kabarkan kepada orang lain betapa indahnya kenangan itu. Dan, setiap hari yang aku lalui menciptakan memori atau kenangan baru.

The most important thing is - aku akan carry semua kenangan tu di sepanjang hayat aku. Aku tahu korang juga buat macam tu.

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. - From the television show The Wonder Years.

Percayalah, to carry all the memories, kenangan terindah itu di sepanjang hayat kita bukan suatu BEBAN, tetapi ianya adalah satu ANUGERAH.


:tunes: