TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

Kebaikan Bercium....?



Kissing. Bercium.

Rasanya semua org tau camna nak buat menda tu and ikut style memasing. So, aku nak share satu emel yang di’forward’kan kat aku tentang menda bercium nih. Lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan anda suami atau isteri sekali pun jadilah sblm pi keje ke, sebelum tido ke, lepas bangun tido ke..lagi byk lagi bagus!

Tak kisahlah sape sape pon leh start dulu..hehe..jgn segan segan..byk kebaikannyer. PERINGATAN! Yang belum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak. Kalau buat jugak, sindri mau ingat aa!!


Faedah dan kelebihan bercium

Ahli bijak pandai dalam bidang perubatan telah mengkaji dan mendapati bahawa berciumadalah baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.



lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan meningkatkan kadar metabolisa. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman ghairah tiga kali sehari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Bercium juga dikenal sebagai penghilang stress. Bercium penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.



Akhir kata, Selamat bercium-ciuman... fikir fikir dan renung renungkan...




sweet words and i like them!


wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif wub.gif



DON'T cry over anyone who won't cry over you
لاتبك على من لا يبكي عليك


Good FRIENDS are hard to find, harder to leave, and impossible to forget
الأصدقاء الحقيقون يصعب إيجادهم ، يصعب تركهم ، ويستحيل نسيانهم


You can only go as far as you push
على قدر أهل العزم تأتي العزائم


ACTIONS speak louder than words
الأفعال أبلغ من الأقوال


The HARDEST thing to do is watch the one you love, love somebody else
أصعب ما على النفس أن ترى من تحب ، يقع في حب شخص آخر


DON'T let the past hold you back, you're missing the good stuff
لا تجعل الماضي يعيقك ، سيلهيك عن الأمور الجميلة في الحياة

LIFE'S SHORT. If you don't look around once in a while you might miss it
الحياة قصيرة ، إن لم تستغلها ضاعت عليك الفرصة


Some people make the world SPECIAL just by being in it
بعض الناس يجعلون حياتك سعيدة ، فقط بتواجدهم فيها


When it HURTS to look back, and you're SCARED to look ahead,you can look beside you and your BEST FRIEND will be there
عندما يؤلمك النظر للماضي ، وتخاف مما سيحدث في للمستقبل ، انظر لجانبك ، وصديقك الحميم سيكون هناك ليدعمك


TRUE FRIENDSHIP "NEVER" ENDS, Friends are FOREVER
الصداقة الحقيقة لا تنتهي ، الأصدقاء دوما يبقون كذلك


Good friends are like STARS You don't always see them, but you know they are ALWAYS
THERE
الأصدقاء الحقيقيون كالنجوم ، لا تراها دوما ؛ لكنك تعلم أنها موجودة في السماء


DON'T frown. You never know who is falling in love with your smile
لاتتجهم ، أنت لا تعلم من سيقع في حب ابتسامتك


?What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry
ماذا ستفعل حينما يكون الشخص الوحيد القادر على مسح دموعك ، هو من جعلك تبكي ؟


Everything is okay in the end. If it's not okay, then it's not the end
كل الأمور على مايرام في النهاية ، إن لم تكن كذلك ، فتلك ليست النهاية


Most people walk in and out of your life, but only FRIENDS leave footprints in your heart
معظم الناس يدخلون ويخرجون من حياتك ، لكن أصدقائك الحقيقيون هم من لهم موضع قدم في قلبك


41.gif 41.gif 41.gif 41.gif 41.gif 41.gif 41.gif 41.gif 41.gif 41.gif 41.gif



cinta perlukan alasan?





DOES LOVE NEED A REASON?????????????????????????????????????

Benarkah untuk menyintai seseorang tu kita perlukan alasan?

Yup! Semua org, korang, aku dan orang len if nak nyatakan rasa cinta kita kat pasangan memasing kebiasaannya kita akan cuba buat dalam pelbagai cara. Macam- macam cara, tak cukup dengan kad, dengan bunga, dengan surat, dengan sms, dengan apa lagi? Macam macam, kan?

Tapi, dalam asyik mahsyuk tu, mungkin korang atau kapel korang pernah bertanya soalan nih;

"Leh i tau tak, kenapa you sukakan i, sayangkan i dan cintakan i?"

Agak-agaknya la, apa jawapan korang ekkk?

Jawapan tu kompom banyak dan macam macam bunyinya, kan?

mungkin;

"I cintakan you sebab u memahami jiwa i, u buat i rasa tenang...."

"I cintakan you kerana u bijak dan matang..blablabla"

"I cintakan u kerana u independent, leh berdikari...blablabla"

In short, macam maaacam ada. So, jom kita berkongsi sebuah kisah yang mungkin boleh kita renung renung dan fikir fikirkan. Mebi cerita tu dapat bagi 'sumting' untuk kehidupan kita semua.

****

Di suatu pagi Ahad, di pinggir Tasik Titiwangsa, sepasang suami isteri yang baru pas kawin, sedang berehat selepas jogging. Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah memasing dengan diselangi tawa kecil dan usikan manja kat satu sama lain. Mereka berborak dengan mesra sekali.

SUAMI: Mengapa cayang cintakan abg? Apa la yang ada kat abg ni sampai cayang suuuuuka sangat kat abg dan sudi kawin dengan abg?

ISTERI: Abang... cayang takleh aaa nak terangkan sebabnya, for sure cayang memang menyayangi dan menyintai abg sepenuh hati!

SUAMI: ermmm...cayang tatau nak terangkan sebabnya ke? Camne la cyg leh sayangkan dan cintakan abg tapi cyg sendiri tatau nak explain camne.

ISTERI: Ntah la bang. Tapi, betul! cyg tatau la sebabnya, tatau nak terangkan camne. Tapi cyg leh buktikan yang cyg memang cintakan abg.

SUAMI: hmmm..abg takmo bukti, abg nak tahu sebab napa cyg cintakan abg. tapi cyg plak tak tau nak terangkan sebabnya... (dalam nada merajuk!)

Si isteri ni menarik nafas panjang bila tengok suami dah ngade camtu sambil berkata;

ISTERI: ok..ok! cyg cintakan abg sebab abg hensem, abg ni penyayang, romantik sebab salu nyanyikan love song kat cyg dan selalu ingat kat cyg. Cyg juga suka sgt tengok senyum manis abg tu dan every step yg abg melangkah kat situlah cinta cyg bersama abg.

Si suami tersenyum puas dgn jawapan cayang dia tu.

Ditakdirkan tuhan, tak lama lepas tu si suami ni terlibat dalam eksiden dan koma kat HUKM. Si isteri dia merasa sedih yang amat sangat. Ditulisnya sekeping surat lalu diletakkan di sebelah katil suami dia tu.

Antara isi -isi surat tersebut berbunyi begini;

Dear abg yang dikasihi,

Jika cyg cintakan abg disebabkan lunak dan merdunya suara abg, sekarang bolehkah abg berbicara? Tidak! So cyg dah takleh nak mencintai abg.

Jika disebabkan oleh kasih sayang dan ingatan abg kat cyg, boleh ke abg tunjukkan semua tu sekarang ni? Tidak! Oleh itu cyg tak boleh nak menyintai abg lagi.

Kalau disebabkan senyuman manis abg tu cyg menyintai abg, sekarang ni boleh ke abg tersenyum? Tidak! So, alasan untuk cyg cintakan abg tu dah takde.

Kalau disebabkan setiap langkah abg cayang menyintai abg, boleh ke abg melangkah sekarang? Tidak!

Abang,

Jika cinta cyg terhadap abg perlukan alasan macam sekarang ni. Maka cyg dah takde alasan untuk cintakan abg lagi. Kan abg? Sebab semua yang buat cyg cintakan abg dah tak wujud.

Betulkah cinta itu perlukan alasan abg?

Tidak pada cyg! Cyg masih menyintai abg dengan sepenuh hati, dulu, kini dan selamanya sebab cyg tidak perlukan alasan untuk menyintai abg, lelaki yang sentiasa di hati cyg.

Ikhlas,

Isteri mu

*****

So, what say u?




selamat hari guru











SELAMAT HARI GURU

UNTUK

SEMUA PENDIDIK KAT MALAYSIA




jutaan terima kasih di atas jasa, keringat yang meleleh, keperihatinan guru guru yang pernah suatu ketika dulu memberikan tunjuk ajar supaya tak terkurang ajar.

selamat hari guru untuk semua; cikgu tadika, cikgu-cikgu kat sek rendah dan sek men, tok ngah timah & ustazah salmah yang ngajar mengaji quran kat kampung, all the instructors di dalam bidang yang aku terlibat sekarang samada dalam malaysia atau kat luar.

terima kasih. grazie. merci. hsieh-hsieh. syukran jazilah

jasa kalian tak mungkin dapat ku balas tetapi tak mungkin juga dapat ku lupakan.




JODOH ITU KETENTUAN TUHAN

sumber www.iLuvislam.com



'jodoh itu ketentuan tuhan'

yup! pabila masanya telah tiba untuk diri kita, samada kita dah ready atau tak, walau seorang di kutub utara dan seorang di kutub selatan; bak kata pepatah,"ikan di laut ,asam di darat, dalam kuali bertemua jua." kita tak dapat menepis anugerah yang datang itu.

tapi kalau seribu daya kita dah buat persediaan, dan ready, kalau tuhan katakan yang masa untuk kita belum tiba, maka tetap takkan terjadi ketentuan tuhan ke atas kita. jodoh pertemuan, ajal maut itu ketentuan tuhan.

again, nak share satu artikel yang menarik untuk sama sama membaca dan mengambil intipati. walau hati dalam kelesuan, tetapi artikel yang satu ni tetap menarik hati, menggamit keinsafan dan membuka laluan petunjuk.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


apakah erti cinta ?

ermm...lately ni dah jarang buat post kat sini, so now nak share satu cerita yang aku rasa punya maksud & makna tersendiri. moh la kiter tengok tengok ke dalam cerita tu sesama.


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”

Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”

Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”

Guru: “Ya, itulah cinta.”

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”

Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…

Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”

Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”

Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”




selamat hari ibu




hari ahad kedua dalam bulan may tahun ni jatuh pada9 haribulan. dalam erti kata lain, Hari Ibu jatuh pada hari Ahad, 9 May 2010.

so, selamat hari ibu kepada mereka mereka yang bergelar ibu. terima kasih kerana memberikan yang terbaik kepada anak anak anda.

my plan ngan adik adik is nak belikan kek untuk my mom, tu je. :) selamat hari ibu!


















Tong Hua



Lama tak menjengah galeri kesayangan ni.

Dalam perjalanan merentasi kehidupan ni,aku ketemu ollskul fwen lantas membuka ruang untuk berborak panjang kisah kisah lama dan cerita tentang kawan kawan yang lain.

Antara kata sahabat ini pada aku;

"anggapla apa yang terjadi itu satu takdir dari tuhan, tentu kita takkan kecewa. sbb kita tau setiap yang tuhan bagi tu ada sebab dan musababnya, so kita akan redho."

aku mendiamkan diri dan tika itu hati kecil ni berkata, aku tak pernah meragui semua itu dan aku akui semuanya tetapi kadang kadang terlalu sukar untuk 'melepaskan' apa yang pernah menjadi sebahagian dari diri dan jasad ini.

banyak yang aku pikir, dan pastinya ada orang yang akan merasa disakiti malah kecewa dengan tindakan aku, tapi mana mungkin..mana mungkin aku dapat meneruskan ke jalan yg satu itu untuk period terdekat ini. aku telah melukakan banyak pihak, banyak hati yang telah disakiti seolah olah dicucuk dan ditoreh hingga luka dan kemudiannya disimbah air garam. pedih..

even, hati aku sendiri ditikan tikam dan ditoreh toreh oleh apa yang telah aku lakukan. aku tidak pandai menjaga anugerah yang DIA kurniakan, sesungguhnya sesuatu kurniaan daripadaNya itu adalah untuk dihargai dan dijagai dengan sebaik mungkin.

aku lost!

aku tak bisa ketemukan jalan pulang, jalan keluar. i cannot find my way out!

aku akan terus terusan walking alone dengan membimbit sesuatu yang teramat bernilai di sepanjang hidup aku. aku mencuba untuk tidak berpikir tentang yang satu tu, biarlah masa yang menentukan. andai di antara trip perjalanan aku ditakdirkan ketemu sesuatu atau seseorang yang mampu membuat aku memperlahankan perjalanan aku untuk seketika, aku akan redho dengan ketentuan tuhan.

kalangan teman terapat sangat sangat pernah bertanya, siapa di dalam aku. TIADA - KOSONG.


kadang kadang apa yang kita rasakan betul itu tak semestinya betul, nebi ianya cuma di antara ujian dan dugaan terbesar dalam hidup kita. justeru itu, kita gagal mentafsirkan maksud sebenar di sebalik sesuatu yang terjadi hingga membuatkan seterusnya tersembam dan tersungkur walau hanya setapak lagi untuk melangkah ke 'podium' bernombor teratas.

kalau ianya sebuah mimpi, pasti ia sebuah mimpi yang menakutkan. jika ianya kisah dongeng atau tong hua, ianya tentulah sebuah kisah yang terlalu menyakitkan. andai ia satu ujian, di titik itulah aku gagal dalam memahami maksud disebalik ujian itu. dan seandainya itu satu takdir, aku menerimanya dan biarlah masa mencantumkan puzzle puzzle hidup aku. let time does its job!


Wang le you duo jiu
zai mei ting dao ni
dui wo shuo ni zui ai de gu shi
wo xiang le hen jiu
wo kai shi huang le
shi bu shi wo you zuo cuo le shen me

ni ku zhe dui wo shuo
tong hua li dou shi pian ren de
wo bu ke neng shi ni de wang zi
ye xu ni bu hui dong
cong ni shuo ai wo yi hou
wo de tian kong xing xing dou liang le

[Chorus]
Wo yuan bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju

ni ku zhe dui wo shuo
tong hua li du shi pian ren de
wo bu ke neng shi ni de wang zi
ye xu ni bu hui dong
cong ni shuo ai wo yi hou
wo de tian kong xing xing dou liang le

[Chorus]
wo yuan bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju

[Chorus]
wo yao bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju

[Chorus]
wo hui bian cheng tong hua li
ni ai de na ge tian shi
zhang kai shuang shou
bian cheng chi bang shou hu ni
ni yao xiang xin
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
xin fu he kuai le shi jie ju

yi qi xie wo men de jie ju


aku seolah olah berada di atas setiap baris ayat ayat dia. huhuhh..