
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG
birthday mak!

bayang & budak debab 3
Selepas subuh tadi pagi, ku lihat budak debab sedang memimpin ibunya. Ya! Ibunya kelihatan makin lemah. Ku lihat adik adiknya datang memberikan bantuan, ada yang sama sama membantu memimpin dan ada yang menghidangkan sarapan.
Aku cuma memerhatikan dengan rapat sekali. Kalaulah boleh ku bantu budak debab itu, pasti akan ku curahkan kederat yang ada. Tapi...aku hanyalah bayang-bayang.
P/S:
Takde bakat la aku nak ngarang nih kan? huhuhuh
bayang & budak debab 2
Mungkin dia demam kot?, ngomel aku sendiri.
bayang & budak debab 1

Aku masih teringat akan kata kata budak debab itu, terngiang ngiang masih di telinga ini;
"Mak saya kemungkinan akan melalui kanser pada level 4, saya kesian tengok mak saya makin kurus, makin lemah. Tapi, orang lain tak tau apa yang saya rasa, apa yang saya fikirkan...."
Sambungnya lagi,
"Bukan tidak pernah saya khabarkan kepada mereka mereka yang rapat dan terdekat ngan saya, tapi mereka masih takmau paham. Tak apa, itu mak saya bukan mak diorang. Kalau pun mak saya kemungkinan terpaksa membawa urine bag bersama dia selamanya, orang lain takkan peduli. Mungkin orang orang yang pernah rapat dan baik dengan saya akan perlahan lahan jauhkan diri.."
Aku termanggu mendiamkan diri. Apa yang mampu aku lakukan untuk budak debab itu.
Papanicolau Smear & Kanser Serviks
Entri ringkas di hujung minggu. Just a pesanan kepada kawan-kawan, pelawat pelawat galeri ni, korang yang mana belum buat Papanicolau Smear atau PAP Smear tu aku cadangkan if ada masa pergilah buat kat mana mana klinik atau hospital. Bukannya apa, just sebagai langkah pencegahan dan pemantauan je.
Actually PAP Smear ni tidak terhad untuk perempuan saja, boleh untuk lelaki dan perempuan. PAP Smear ni sebenarnya satu ujian saringan untuk kenalpasti sebarang perubahan yang abnornal atau pelik pada serviks pompuan. Serviks adalah struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.
Nak explain panjang-panjang tak berapa pandai sangat la tapi since my beloved mom dah kena kanser ni, so why not aku tulis sumtin here dan korang leh baca & alert sket.
Kat sini adalah carta berapa kali korang harus pegi buat ujian PAP Smear tu. So, tengok lah mana yang bersesuaian.
Macam mana ujian saringan tu dibuat, senang je. Korang pegi jumpa doktor, nanti doktor akan cerita dan lakukan ujian tu. Hasil daripada ujian tu mungkin ditulis dalam istilah-istilah perubatan yang mungkin menakutkan korang. Antara istilah tu ialah
1 - Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna sel abnormal mungkin kelihatan semasa PAP Smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.
2 - Displasia. Ini bermakna sel abnormal mungkin kelihatan semasa PAP Smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, displasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks.
Jadi untuk mengenal dengan lebih detail, bolehlah tanya doktor yang korang akan jumpa nanti. Jangan nak malu atau segan even yang nak buat pemeriksaan tu doktor lelaki pon, tapi elok minta doktor pompuan jugalah yang buat pemeriksaan.
Now, info secara ringkas berkaitan kanser serviks atau barah pangkal rahim.
Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Punca terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ). Kajian menunjukkan 99.7% daripada kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV ini. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada virus HPV berisiko rendah yang menyebabkan kutil atau wart dan virus HPV berisiko tinggi yang berkait rapat dengan prakanser dan kanser. Virus ini berkeupayaan untuk memasuki sel permukaan servik dan melepaskan DNA mereka untuk bercantum dengan DNA sel permukaan servik dan seterusnya terjadi pembiakan sel-sel di luar kawalan.
Wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.
Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.
Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.
Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan PAP Smear sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.
Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?
- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
- Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
- Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
- Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.
So, cukup la kot setakat tu. Harap korang, kawan kawan aku nih tolonglah pergi buat ujian tu. Ujian untuk kanser pangkal rahim dan jugak kanser payudara. Ikut nasihat doktor dan amik suntikan vaksin jika perlu.
titik titik titik...
Semakin aku melangkah dalam hidup ini, semakin aku cuba untuk membuka peluang kepada diri sendiri, semakin banyak kesilapan yang aku lakukan. Dugaan apakah ini, ujian juga ini?
Terkadang terasa semua itu begitu menekan diri aku ini bila tiada sesiapa untuk ku luahkan segala yang terbeku, yang berbuku buku di dalam isi perut ku ini. Serasa tiada yang memahami, atau akukah yang membuatkan mereka sukar untuk mengerti.
Serasa di setiap langkah, aku meninggalkan bekas yang amat menyakitkan orang lain, tapi sebenarnya aku juga terseksa, terseksa kerana hasrat di hati tak dapat ku gapai, gunung di depan mana tak dapat ku peluk. Teramat sukar untuk melepaskan kenangan indah masa lalu, ya..teramat sukar!
Bila ku katakan, "aku perlukan masa.."
Ramai menganggap ianya gurauan lelucon. Kenapa perlukan masa bila 'gunung' sudah di depan mata?
Tetapi tatkala ku jujur luahkan isi perut, ada pula yang terluka. Dahulunya kata-kataku yang memerlukan masa itu tidak dipandang serius, malah dianggap sekadar kata kata bersuka suka.
Betullah kata orang, sukar untuk orang memahami bila dia tidak di dalam 'kasut' kita. Pun begitu, aku tidak minta untuk difahami sangat, tetapi aku perlukan sokongan untuk bangun berdiri seiring masa, agar dapat ku menegakkan batang tubuhku di alam nyata.
Sekali lagi , "aku tetap perlukan masa".
"Banyak perkara yang tak mahu aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kelukaan pada orang lain."
"Banyak perkara yang tak ingin aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kesilapan."
Memang mudah untuk berkata-kata sebab lidah tidak bertulang, andaipun ianya benar satu keikhlasan tetapi keikhlasan itu sebenarnya seumpama seekor semut hitam yang kecil di atas seketul batu hitam yang besar di tengah malam.
Menghargai hati dan perasaan sendiri lebih utama pada ku, dan bukannya aku tidak menghargai anugerah tuhan kepada ku. Andai aku menghargai apa yang aku rasa, aku percaya bahawasanya aku akan lebih menghargai apa yang aku miliki.
Biarlah mulut umat sekeliling mengwar-warkan apa saja, mulut tempayan boleh ditutup tetapi bukan mulut manusia tambahan pula bila kita dikatakan pihak yang terpesong.
Kadang kadang sesuatu itu bukan untuk kita. Hidup mesti diteruskan. Andai kita perlukan masa, aku percaya apabila masa kita telah sampai, tiada apa yang dapat menghalang sesuatu ketentuan daripadaNya.
101010
10 Oktober 2010
10 . 10 . 10
apa yg special sangat dengan tarikh nih?
bukan ke banyak lagi tarikh yang patutnya menjadi special untuk kita rai dan ingati
atau, ye lah at least mengenangkan sumtin.
kan?
redho vs kesalan?
"Hang pernah dak ada apa apa yang hang tak redho dalam hidup hang?"
" Ermmm..tak sure, tak sure samada menda itu satu kekesalan atau satu yang aku tak redho. Tapi rasanya menda tu kekesalan kot."
Teringat soklan sorang kawan yang lebih kurang macam tu lah bunyinya dan macam tulah jawapannya yang leh diberikan. Tapi yang pastinya takda satu menda pon yang aku tidak redho yang berlaku ke atas diri aku, semua tu ketentuan tuhan, semua tu takdir tuhan, aku redho!
Cuma yang pasti di dalam redho itu ada kekesalan. Kesal dengan apa yang telah terjadi, kesal dengan keputusan waktu tu. Kita selalu cakap, kalaulah dapat ku putarkan masa dan kembali ke zaman sekolah, sure aku akan belajar sungguh sungguh, dan menggapai apa yang terbaik untuk hidup aku.
Seketika bila teringatkan soalan tu aku terfikir bahawa aku dah menemui jawapan untuk persoalan tu. Aku redho dengan ketentuan tuhan yang ditakdirkan dan ditentukan ke atas diri aku, cuma aku kesal kerana aku tidak melakukan sesuatu tu dengan lebih baik atau lebih terbaik dan sedaya upaya aku.
Yup! Bukan tidak redho, tetapi yang ada sebenarnya adalah kekesalan. Pasti!
Apakah redho itu sebenarnya?
Redha menurut Ibn Rajab alHanbali (w. 774H), Ridha ialah suatu perasaan yg berlawanan dgn hawa nafsunya. Cth, bila dia ditimpa musibah, dia menerima penderitaan walaupun bertentangan dgn hawa nafsunya.
Redha menurut Prof Hasbi asSiddiqi ialah ridha akan qadha (ketentuan Allah) dgn tabah dan lapang dada. Berdo'a dan dari lari dari sesuatu waba' dan bencana itu bukan bermakna tidak ridha (al_Islam jld 1). Dr Qardhawi pula Ridha adalah buah iman kepada taqdir (ketentuan
Allah) dan qana'ah (merasa cukup) dgn rezki yg Dia berikan. (alIman bil Qadr).
http://fosilmitra.blogspot.com/2009/07/maksud-redha-dan-munajat.html
perca-perca kehidupan
Perca-perca hidup ni sebenarnya mcm kepingan puzzle sebuah gambar yang besar yang telah berselerakan. sukar jugak kdg kdg nak mencantumkannya tetambah bila tak temu slot mana satu yang betul.
tapi teruskanlah, kutiplah perca hidup kita masing masing, kumpulkan dan cantumkan. banyak kenangan pahit manis yang dapat disatukan dan dilihat semula serta dapat dipelajari. semoga ianya menjadi satu platform baru untuk satu kehidupan yang akan diteruskan.
itulah dan begitulah namanya kehidupan, kadang kadang kita rasa apa yang kita lalui ni sebenarnya telah susah, telah payah sangat. takde keja, takde kereta, bil itu tak bayar, bil nih lom setel, surat bank mintak jelaskan pinjaman, lom kawin lagi plak tu, umo pon dah makin matang, mak ayah tak sihat, macam macam lagi. tapi kita tahu tak sebenarnya ramai lagi orang yg melalui kehidupan yang serba serbi kekurangan dan sangat susah dari apa yang kita lalui.
kan?
"Tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali,
jika kau tahu apa yang dicari "
- Umar Al Khattab
petikan daripada Kartini oleh Tembakau
rencana diri
hari ni 22 sep 2010, tinggal lebih kurang 3 bulan dan 12 hari menuju ke 2011. mesti korang pelik kot kenapa la aku sebut tentang tahun depan 2011.
mudah, sbb bermula dari penghujung tahun 2009 sehingga hari ni, banyak sangat perkara perkara yang membuatkan aku merasa sedih sendiri. jatuh tersungkur hinggakan macam tak dapat nak bangkit semula.
tapi kalau dalam hati ada taman, pasti ianya akan kembali subur walaupun secara berperingkat. apalah maknanya hidup jika aku dan korang tak dapat nak menetapkan sasaran. tapi aku percaya semua tu bukan disebabkan bagaimana kita memulakan sesuatu perjalanan tu tapi bagaimana kita mengakhirinya.
susah nak meyakinkan diri dan of course susah juga untuk meyakinkan orang lain bahawa kita ingin cuba bangun , bangkit dan mencuba sedaya upaya untuk melepaskan kesemuanya dan mula melangkah.
banyak yang perlu dibina semula, di dalam diri sendiri dan di dalam diri orang orang sekeliling. keyakinan, kepercayaan, pandangan orang sekeliling. banyak sangat!
terkadang terasa macam dah tiada kedayaan, kedayaan untuk melepaskan, kedayaan untuk memulakan, kedayaan untuk merubah dan berubah. betul kata orang, dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita, mungkin dan pastinya juga kita akan hilang sesuatu.
sesuatu yang sebenarnya mengambil separuh dari jiwa dan hidup kita, hinggakan ada yang merasa lumpuh dan longlai untuk bangun dan berdiri.
kata orang, perkara yang paling penting ialah apabila kita mendapat lebih banyak daripada apa yang telah hilang.
boleh ke? bila sesuatu yang hilang itu sebenar ialah sesuatu yang tak ternilai? sesuatu yang tidak boleh dinilai walau dengan apa saja bandingannya.
pilihannya tetap ada, terpaksalah berhadapan dengan realiti, biarlah masa yang menentukan arah perjalanan kita, aku dan korang.
rencana untuk diri di masa depan tetap perlu diteruskan, biar apa bentuk dan rupa. takde jaminan samada two is better than one or one is better than two.
atau, sebenarnya tiada beza antara keduanya?
salam eid
Assalamu 'alaikum semua,Di kesempatan ini bersempena dgn hari yang mulia, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada saudara/i yang menjengah ke galeri saya ini. Maaf juga kerana saya tiada kesempatan untuk mengemaskini tulisan saya yg tak seberapa itu.
Selamat hari raya untuk semua. Maaf zahir & batin. Semoga eidul fitri kali ini membawa seribu erti kepada semua.
Sulat Sunat Tarawih - Qiyamu Ramadhan
Jom share tentang Solat Sunat Tarawih ataupun dikenali juga sebagai Qiyamu Ramadhan ni.
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.”
Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
Fadhilat Solat Tarawih pada setiap malam tu dikatakan tidak diketahui asal dan mauduknya.
Apapon selamat bertarawih.
'kadangkala dalam kehidupan'
Kebahagiaan tu sebenarnya cuma 'tiada kesedihan', dan bukanlah apa apa selain daripada tu.
Kebahagiaan yang sebenar bukanlah apabila kita mencapai matlamat yang kita idami tetapi kebahagiaan itu sebenarnya berada dalam perjalanan atau di sepanjang jalan kita untuk menuju ke matlamat kita yg sebenar. Dan perjalanan untuk mencapai matlamat yang sebenar itu terlalu jauh sebenarnya.
Orang yang banyak duit, tak semestinya bahagia apabila dia betul betul telah mempunyai banyak duit.
Orang yang inginkan kekuasaan, tak semestinya dia benar benar bahagia apabila berada di tampuk kekuasaannya.
Orang yang ingin jadi terkenal, tak semestinya dia bahagia apabila sudah menjadi terkenal.
Orang yang ingin mempunyai empayar perniagaan yang besar, tak semestinya berbahagia apabila dia telah berjaya membina empayar perniagaannya.
Lalu apakah kebahagiaan yang sebenar?
tolong sendukkan nasi...

Minggu lepas, minggu terakhir sebelum menjengahnya Ramadhan Kareem. Aku bersembang dengan sorang sahabat baik satu ofis, actually baik sangat pon dan memang dia la kawan yang banyak share apa apa saja dengan aku.
Ceritanya orang rumah dia dah mula merungut anak lelaki yang sulung tu kalau tak di sendukkan nasi ke dalam pinggan, dia tak akan makan nasi dan menunggu kat meja sampai mak dia sendukkan nasi. Kemudiannya si mak ni marah marah sambil cakap,"dah besar besar pon tak reti reti nak sendukkan nasi sendiri!".
Sahabat sorang ni kemudiannya berkatalah kepada isterinya yang tersayang; "takyah la nak marah dia, dulu awak juga yang tak bagi dia sendukkan sendiri. Bila dia dah terbiasa, dan dah besar camni awak marahkan dia plak."
Sahabat akungaku semua tu sebenarnya salah dorang berdua juga. Dulu waktu budak tu kecik, dilarang budak tu sendukkan nasi sendiri dengan alasan takut nasi bersepah atas meja, jadinya si emak la yang menyendukkan nasi ke dalam pinggan sampailah anak tu besar dan terbiasa dengan rutin yang satu tu.
Jadi, bila dah dapat adik baru dan kerja menjadi agak renyah sedikit maka timbullah rungutan tu.
Aku mendengar dan cuba bayangkan apa yang sahabat aku ni kisahkan tu. Yup! Dan aku nampak moral di dalam kisahnya. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah aku rasa kawan aku tu betul, sebab kita nak jaga sangat sebutir dua nasi daripada berterabur kat atas meja hasilnya anpa kita sedar anak kita terbiasa disendukkan nasi oleh emaknya dan takkan sendukkan nasi selagi tak dilayan dengan cara yang dia terbiasa. So, bila dah besar kita nak salahkan dia sebab taknak buat sendiri.
So, renung-renungkanlah. Aku rasa korang nampak dan tahu moral di sebalik kisah tu.
Now, sahabat aku nih setiap kali balik ke rumah akan mengajar anak sulung dia tu menggoreng telur, memasak maggi dan kerja kerja asas lain seperti menggosok baju. Katanya kepada anak lelaki dia itu; "Mat, kalau mat tak gosok baju hari ni bila lagi Mat akan belajar gosok. Takpa kalau ada kedut, kalau tiap hari Mat gosok, sampai hari ke-30 takkan la kedut tu tak hilang lagi."
Dan, sekali lagi aku setuju dengan psikologinya dalam mendidik anaknya. Biarkan mereka paham dan tidak memberikan tekanan kepada mereka. Itu yang terbaik kot.
Berikan 'kunci' supaya mereka boleh membuka sendiri peti kehidupan mereka, tunjukkan jalan dan panduan yang terbaik dan yang seterusnya biarlah takdir menentu segala.
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Firman Allah S.W.T:
| “ | “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) | ” |
Salam Ramadhan untuk korang, semoga kita sentiasa di dalam petunjuk dan rahmatNya. Hari ini 1 ramadhan bersamaan dengan 11 ogos 2010m hari pertama kita menjalani ibadah yang menjadi salah satu daripada Rukun Islam yang lima itu.
Mungkin suatu waktu dulu korang penah melalui ramadhan ni dengan curi curi minum air kat dapur atau kat bilik mandi. Pastinya semua itu adalah satu kenangan yang mungkin akan buat korang tersenyum sendiri. Aku rasa kita semua melalui pengalaman berpuasa zaman kanak-kanak yang pabila diingat-ingatkan kembali akan membuatkan kita senyum sendirian malah mungkin kita nampak semua tu dalam pengalaman anak-anak kita (yang dah ada anak la) melalui indahnya ramadhan.
Di kesempatan ini, kesempatan yang agak lama aku nanti setelah lama tak menulis apa apa pada blog kesayangan aku nih, aku ingin ucapkan kat korang semua yang menjengah ke sini 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK'. Semoga ramadhan kali ini memberikan lebih makna kepada diri kita.






