TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

happy born-day ....!!


Bonne Fete!




Bismillah hirrohma nirrohim


Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.



Ya Allah, Ya Tuhan ku,
aku panjatkan kesyukuran di atas nikmat pemberianMu kepada hidupku,
hidupkanlah aku dengan iman, matikanlah aku dalam iman,
serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.


Ya Allah, Ya Tuhan ku,
ampunilah segala dosa kesalahan ku dan
dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa ku,
serta kesihanilah kedua ibu bapa ku
sebagaimana mereka berdua mengasihani aku semasa masih kecil.


Ya Allah,
akhirilah umur ku dengan kesudahan yang baik
dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur ku
dengan kesudahan yang tidak baik.


Ya Allah, Ya Tuhan ku,
janganlah kiranya Engkau pesongkan iman ku
sesudah Engkau kurniakan kepada ku petunjuk.
Anugerahilah akurahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.


Wahai Tuhan ku,
kurniakanlah kepada ke kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah aku daripada azab neraka.

Ya Allah Ya Rahman,
berilah aku petunjuk dan rahmatMu Ya Allah
agar aku dapat terus tabah menjalani hidup ini.
Teguhkan iman ku Ya Allah, kuatkanlah semangat ku Ya Allah
agar aku dapat terus melangkah ke hadapan.

Robbana atina fiddun ya hasanah, wa fil a qiro tihasanah, wa qina 'aza bannas.
Amin ya Robbul 'a lamin



For it was not into my ear you whispered...


Dah tak berapa hari sangat lagi hari yg special tu akan sampai. Tak lama dah. Tarikh yang menyimpan sejuta kenangan dalam hidup, tarikh yang memberikan berjuta juta makna dan erti.

But, setiap malam pada malam malam dec ni..aku rasa tak selesa. Macam stress pon ye, ntah la kenapa.

Kadang-kadang rasa macam aku punya self navigation system gagal ntuk navigate aku cari heading nak ke mana. Rasa macam kabus tebal dalam kepala hotak. Blurr dan kelabu!

Yup!

For it was not into my ear you whispered, but into my heart. It was not my lips you kissed, but my soul.

Sebelum terlupa, Salam Maal Hijr untuk semua. Moga korang dah panjatkan doa yang terbaik di akhir dan awal tahun.


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

T . E . N . S . I . O . N


TENSION


TENSION


TENSION


TENSION


TENSION

wheelchair



errr...dah dekat sebulan, kami dah belikan mak wheelchair. Sebab mak rasa macam lembut lutut dan nak terjatuh lepas mandi.


Tak mahal pon, cuma RM300 je.

Jus berry itu....


2-3 hari yang lalu, aku telah mendapatkan jus berry tu untuk mak. Walaupun itu bukan jus berry kaler hijau yang aku ingin tapi daripada tak ada lebih baik lah ada yang itu. So, lepas mak selesai menghabiskan lunch, aku minta Yoyo sukatkan jus tu sebanyak 60 ml dan berikan kepada mak.

Of coz, aku harap dengan kuasa Allah dan melalui perantaran minuman tambahan seperti jus tu mampu buat mak lebih kuat.

Yup! Mak makin bersemangat sekarang. Itu yang ku katakan pada Yoyo. Tapi lepas meminum jus tu untuk kali kedua, air kencing mak selepas itu seolah olah seperti bercampur darah. Aku tahu mak rasa panik dan bimbang. Aku pon sebenarnya agak bimbang juga. Lalu ku tanyakan samada mak merasa sakit atau tak. dan katanya tidak rasa apa apa dan macam biasa biasa je walaupun di wajahnya macam ada sedikit kerisauan.

Malam itu, selepas selesai dinner nya, aku cuba menghidangkan jus berry tu kepada mak. Tetapi mak kata dia tak mahu minum. Aku tanyakan lagi dan jawapannya tetap sama. Ntah kenapa tetiba aku merasa bengang, sangat bengang. Lalu, terus ku masuk bilik. Bagi meredakan perasaan aku, aku terus tido.


birthday mak!






Since minggu lepas, hati aku rasa agak tenang sket and mungkin senang hati sket bila mak dah mula makan lebih dari kebiasaan. Dia pon dah mula nak berborak dari diam je macam sebelum nih. Jadi kami adik beradik pakat pakat layan if mak bersuara.

Pagi ni Tok Diah cakap, la ni mak dah makan banyak sket. Mak dah start bagitau if dia nak makan compare tu dulu kami yang tanya mak dah makan or belom. Dan dia nampak lebih kuat sket dan agak bersemangat. Alhamdulillah.

Tapi, terkilan sket sebab birthday mak kali ni aku tak sempat nak beli kek. Adik adik pompuan yang kat KL semua dok tanya ada orang belikan kek ke?

Apapapon, happy birthday untuk mak. Kami semua as anak anak selalu mendoakan agar mak akan kembali sihat bertenaga seperti dulu. Dan, of coz kami sayangkan mak.

Dan, aku sekarang tengok mencari jus berry yang kaler hijau tu. Kawan kawan kata jus tu susah nak dapat kat Malaysia sbb most of Malaysian cuma amik yang biru dan merah je. Takpe, itu bukan masalah pon. Kawan kawan baik ramai, call je sure dorang akan tolong. In fact memang dah ada sorang pon yang cakap dia akan contact kawan dia untuk dapatkan jus berry tu. Niat aku satu je, aku dah tak nak nak tambah jumlah ubat pil untuk mak. Kang banyak sangat sampai aku tengok pon rasa tak best. Dah macam bertih jagung plak cuma tak letak susu je. Apa salahnya tukarkan kepada jus plak if ianya terbukti bagus. Lagipon tak salah mencuba. Kan?


bayang & budak debab 3


Selepas subuh tadi pagi, ku lihat budak debab sedang memimpin ibunya. Ya! Ibunya kelihatan makin lemah. Ku lihat adik adiknya datang memberikan bantuan, ada yang sama sama membantu memimpin dan ada yang menghidangkan sarapan.

Aku cuma memerhatikan dengan rapat sekali. Kalaulah boleh ku bantu budak debab itu, pasti akan ku curahkan kederat yang ada. Tapi...aku hanyalah bayang-bayang.


P/S:

Takde bakat la aku nak ngarang nih kan? huhuhuh

bayang & budak debab 2

Hari minggu yang lepas, aku lihat budak debab itu berkurung di dalam bilik. Dia kelihatan agak lemah. Kebiasaannya di hari-hari minggu begini budak debab itu akan pulang ke kampung menziarahi ibunya. Ntah kenapa pulak pada minggu ini dia dia tidak pulang ke kampung. Tak pernah aku tanyakan kenapa.

Mungkin dia demam kot?, ngomel aku sendiri.

bayang & budak debab 1





Aku masih teringat akan kata kata budak debab itu, terngiang ngiang masih di telinga ini;

"Mak saya kemungkinan akan melalui kanser pada level 4, saya kesian tengok mak saya makin kurus, makin lemah. Tapi, orang lain tak tau apa yang saya rasa, apa yang saya fikirkan...."

Sambungnya lagi,

"Bukan tidak pernah saya khabarkan kepada mereka mereka yang rapat dan terdekat ngan saya, tapi mereka masih takmau paham. Tak apa, itu mak saya bukan mak diorang. Kalau pun mak saya kemungkinan terpaksa membawa urine bag bersama dia selamanya, orang lain takkan peduli. Mungkin orang orang yang pernah rapat dan baik dengan saya akan perlahan lahan jauhkan diri.."

Aku termanggu mendiamkan diri. Apa yang mampu aku lakukan untuk budak debab itu.




Papanicolau Smear & Kanser Serviks


Entri ringkas di hujung minggu. Just a pesanan kepada kawan-kawan, pelawat pelawat galeri ni, korang yang mana belum buat Papanicolau Smear atau PAP Smear tu aku cadangkan if ada masa pergilah buat kat mana mana klinik atau hospital. Bukannya apa, just sebagai langkah pencegahan dan pemantauan je.

Actually PAP Smear ni tidak terhad untuk perempuan saja, boleh untuk lelaki dan perempuan. PAP Smear ni sebenarnya satu ujian saringan untuk kenalpasti sebarang perubahan yang abnornal atau pelik pada serviks pompuan. Serviks adalah struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.

Nak explain panjang-panjang tak berapa pandai sangat la tapi since my beloved mom dah kena kanser ni, so why not aku tulis sumtin here dan korang leh baca & alert sket.

Kat sini adalah carta berapa kali korang harus pegi buat ujian PAP Smear tu. So, tengok lah mana yang bersesuaian.

Picture 1

Macam mana ujian saringan tu dibuat, senang je. Korang pegi jumpa doktor, nanti doktor akan cerita dan lakukan ujian tu. Hasil daripada ujian tu mungkin ditulis dalam istilah-istilah perubatan yang mungkin menakutkan korang. Antara istilah tu ialah

1 - Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna sel abnormal mungkin kelihatan semasa PAP Smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.

2 - Displasia. Ini bermakna sel abnormal mungkin kelihatan semasa PAP Smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, displasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks.

Jadi untuk mengenal dengan lebih detail, bolehlah tanya doktor yang korang akan jumpa nanti. Jangan nak malu atau segan even yang nak buat pemeriksaan tu doktor lelaki pon, tapi elok minta doktor pompuan jugalah yang buat pemeriksaan.

Now, info secara ringkas berkaitan kanser serviks atau barah pangkal rahim.

Picture 2

Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Punca terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ). Kajian menunjukkan 99.7% daripada kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV ini. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada virus HPV berisiko rendah yang menyebabkan kutil atau wart dan virus HPV berisiko tinggi yang berkait rapat dengan prakanser dan kanser. Virus ini berkeupayaan untuk memasuki sel permukaan servik dan melepaskan DNA mereka untuk bercantum dengan DNA sel permukaan servik dan seterusnya terjadi pembiakan sel-sel di luar kawalan.

Wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan PAP Smear sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?

  1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

So, cukup la kot setakat tu. Harap korang, kawan kawan aku nih tolonglah pergi buat ujian tu. Ujian untuk kanser pangkal rahim dan jugak kanser payudara. Ikut nasihat doktor dan amik suntikan vaksin jika perlu.






titik titik titik...



Semakin aku melangkah dalam hidup ini, semakin aku cuba untuk membuka peluang kepada diri sendiri, semakin banyak kesilapan yang aku lakukan. Dugaan apakah ini, ujian juga ini?

Terkadang terasa semua itu begitu menekan diri aku ini bila tiada sesiapa untuk ku luahkan segala yang terbeku, yang berbuku buku di dalam isi perut ku ini. Serasa tiada yang memahami, atau akukah yang membuatkan mereka sukar untuk mengerti.

Serasa di setiap langkah, aku meninggalkan bekas yang amat menyakitkan orang lain, tapi sebenarnya aku juga terseksa, terseksa kerana hasrat di hati tak dapat ku gapai, gunung di depan mana tak dapat ku peluk. Teramat sukar untuk melepaskan kenangan indah masa lalu, ya..teramat sukar!

Bila ku katakan, "aku perlukan masa.."

Ramai menganggap ianya gurauan lelucon. Kenapa perlukan masa bila 'gunung' sudah di depan mata?

Tetapi tatkala ku jujur luahkan isi perut, ada pula yang terluka. Dahulunya kata-kataku yang memerlukan masa itu tidak dipandang serius, malah dianggap sekadar kata kata bersuka suka.

Betullah kata orang, sukar untuk orang memahami bila dia tidak di dalam 'kasut' kita. Pun begitu, aku tidak minta untuk difahami sangat, tetapi aku perlukan sokongan untuk bangun berdiri seiring masa, agar dapat ku menegakkan batang tubuhku di alam nyata.

Sekali lagi , "aku tetap perlukan masa".

"Banyak perkara yang tak mahu aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kelukaan pada orang lain."

"Banyak perkara yang tak ingin aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kesilapan."

Memang mudah untuk berkata-kata sebab lidah tidak bertulang, andaipun ianya benar satu keikhlasan tetapi keikhlasan itu sebenarnya seumpama seekor semut hitam yang kecil di atas seketul batu hitam yang besar di tengah malam.

Menghargai hati dan perasaan sendiri lebih utama pada ku, dan bukannya aku tidak menghargai anugerah tuhan kepada ku. Andai aku menghargai apa yang aku rasa, aku percaya bahawasanya aku akan lebih menghargai apa yang aku miliki.

Biarlah mulut umat sekeliling mengwar-warkan apa saja, mulut tempayan boleh ditutup tetapi bukan mulut manusia tambahan pula bila kita dikatakan pihak yang terpesong.

Kadang kadang sesuatu itu bukan untuk kita. Hidup mesti diteruskan. Andai kita perlukan masa, aku percaya apabila masa kita telah sampai, tiada apa yang dapat menghalang sesuatu ketentuan daripadaNya.






101010



10 Oktober 2010

10 . 10 . 10

apa yg special sangat dengan tarikh nih?

bukan ke banyak lagi tarikh yang patutnya menjadi special untuk kita rai dan ingati

atau, ye lah at least mengenangkan sumtin.

kan?






redho vs kesalan?



"Hang pernah dak ada apa apa yang hang tak redho dalam hidup hang?"

" Ermmm..tak sure, tak sure samada menda itu satu kekesalan atau satu yang aku tak redho. Tapi rasanya menda tu kekesalan kot."


Teringat soklan sorang kawan yang lebih kurang macam tu lah bunyinya dan macam tulah jawapannya yang leh diberikan. Tapi yang pastinya takda satu menda pon yang aku tidak redho yang berlaku ke atas diri aku, semua tu ketentuan tuhan, semua tu takdir tuhan, aku redho!

Cuma yang pasti di dalam redho itu ada kekesalan. Kesal dengan apa yang telah terjadi, kesal dengan keputusan waktu tu. Kita selalu cakap, kalaulah dapat ku putarkan masa dan kembali ke zaman sekolah, sure aku akan belajar sungguh sungguh, dan menggapai apa yang terbaik untuk hidup aku.

Seketika bila teringatkan soalan tu aku terfikir bahawa aku dah menemui jawapan untuk persoalan tu. Aku redho dengan ketentuan tuhan yang ditakdirkan dan ditentukan ke atas diri aku, cuma aku kesal kerana aku tidak melakukan sesuatu tu dengan lebih baik atau lebih terbaik dan sedaya upaya aku.

Yup! Bukan tidak redho, tetapi yang ada sebenarnya adalah kekesalan. Pasti!


Apakah redho itu sebenarnya?

Redha menurut Ibn Rajab alHanbali (w. 774H), Ridha ialah suatu perasaan yg berlawanan dgn hawa nafsunya. Cth, bila dia ditimpa musibah, dia menerima penderitaan walaupun bertentangan dgn hawa nafsunya.

Redha menurut Prof Hasbi asSiddiqi ialah ridha akan qadha (ketentuan Allah) dgn tabah dan lapang dada. Berdo'a dan dari lari dari sesuatu waba' dan bencana itu bukan bermakna tidak ridha (al_Islam jld 1). Dr Qardhawi pula Ridha adalah buah iman kepada taqdir (ketentuan
Allah) dan qana'ah (merasa cukup) dgn rezki yg Dia berikan. (alIman bil Qadr).

http://fosilmitra.blogspot.com/2009/07/maksud-redha-dan-munajat.html



perca-perca kehidupan




Perca-perca hidup ni sebenarnya mcm kepingan puzzle sebuah gambar yang besar yang telah berselerakan. sukar jugak kdg kdg nak mencantumkannya tetambah bila tak temu slot mana satu yang betul.

tapi teruskanlah, kutiplah perca hidup kita masing masing, kumpulkan dan cantumkan. banyak kenangan pahit manis yang dapat disatukan dan dilihat semula serta dapat dipelajari. semoga ianya menjadi satu platform baru untuk satu kehidupan yang akan diteruskan.

itulah dan begitulah namanya kehidupan, kadang kadang kita rasa apa yang kita lalui ni sebenarnya telah susah, telah payah sangat. takde keja, takde kereta, bil itu tak bayar, bil nih lom setel, surat bank mintak jelaskan pinjaman, lom kawin lagi plak tu, umo pon dah makin matang, mak ayah tak sihat, macam macam lagi. tapi kita tahu tak sebenarnya ramai lagi orang yg melalui kehidupan yang serba serbi kekurangan dan sangat susah dari apa yang kita lalui.

kan?


"Tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali,

jika kau tahu apa yang dicari "

- Umar Al Khattab

petikan daripada Kartini oleh Tembakau





rencana diri




hari ni 22 sep 2010, tinggal lebih kurang 3 bulan dan 12 hari menuju ke 2011. mesti korang pelik kot kenapa la aku sebut tentang tahun depan 2011.

mudah, sbb bermula dari penghujung tahun 2009 sehingga hari ni, banyak sangat perkara perkara yang membuatkan aku merasa sedih sendiri. jatuh tersungkur hinggakan macam tak dapat nak bangkit semula.

tapi kalau dalam hati ada taman, pasti ianya akan kembali subur walaupun secara berperingkat. apalah maknanya hidup jika aku dan korang tak dapat nak menetapkan sasaran. tapi aku percaya semua tu bukan disebabkan bagaimana kita memulakan sesuatu perjalanan tu tapi bagaimana kita mengakhirinya.

susah nak meyakinkan diri dan of course susah juga untuk meyakinkan orang lain bahawa kita ingin cuba bangun , bangkit dan mencuba sedaya upaya untuk melepaskan kesemuanya dan mula melangkah.

banyak yang perlu dibina semula, di dalam diri sendiri dan di dalam diri orang orang sekeliling. keyakinan, kepercayaan, pandangan orang sekeliling. banyak sangat!

terkadang terasa macam dah tiada kedayaan, kedayaan untuk melepaskan, kedayaan untuk memulakan, kedayaan untuk merubah dan berubah. betul kata orang, dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita, mungkin dan pastinya juga kita akan hilang sesuatu.

sesuatu yang sebenarnya mengambil separuh dari jiwa dan hidup kita, hinggakan ada yang merasa lumpuh dan longlai untuk bangun dan berdiri.

kata orang, perkara yang paling penting ialah apabila kita mendapat lebih banyak daripada apa yang telah hilang.

boleh ke? bila sesuatu yang hilang itu sebenar ialah sesuatu yang tak ternilai? sesuatu yang tidak boleh dinilai walau dengan apa saja bandingannya.

pilihannya tetap ada, terpaksalah berhadapan dengan realiti, biarlah masa yang menentukan arah perjalanan kita, aku dan korang.

rencana untuk diri di masa depan tetap perlu diteruskan, biar apa bentuk dan rupa. takde jaminan samada two is better than one or one is better than two.

atau, sebenarnya tiada beza antara keduanya?