TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

luahkan lah.... lafazkan.... (2)

ada apa dengan cinta....?



Nak sambung balik tentang menda yang aku tulis dalam post yang lepas, ‘luahkan lah….lafazkan’, yang aku ending kan dgn bait lagu ‘fantasia bulan madu’,


...demi cinta ku padamu,

ke mana pun kau kan ku bawa...

ke hujung dunia, ke bintang kejora...


…demi cintaku padamu,

ku korbankan jiwa dan raga

biarpun harus ku telan

lautan bara….


…bulan madu di awan biru

tiada yang mengganggu….


Tapi kan, ada ke yang sanggup nak meredah lautan bara, lautan api? Yang sanggup mendaki gunung tinggi ntuk menggapai bulan dan bintang? Hakikatnya, menda tu sukar nak wujud atau memang tak wujud pon. Cakap boleh lah buddy, tapi semua tu tin kosong je. Hampeh! Konon-konon ayat power la, kan. Kalau nak ber’manis mulut’ pon biar la kena cara dan gayanya.


Realitinya ialah waktu bercinta ni, awek kentut pon ada je balak yang kata wangi, awek tersepak batu, ada je balak mengong yang marahkan batu dengan alasan batu tu sengaja ‘dok’ kat tengah jalan sampaikan awek dia tersepak. Akai ada ka?


Then bila dah nikah, dah dapat ‘geran tanah yang sah’, jalan pon dah berjarak, dah jauh-jauh. Itu lah kita ni, dah tau susah nak dapat, so bila dah dapat tu patutnya tau la nak hargai.


So, why not kita layan kapel kita ni sebaik yang mungkin. Tiga kategori wanita yang aku tuliskan dalam post yang lepas tu, jom kita tgk tgk n buat pengisian. Mebbe menda yang aku nak share ni leh memenuhi apa yang telah aku post kan.


(1) yang suka nak dengar, pada dorang 'aku cinta kamu' or ' I love U' satu bukti yg kapel dorang ni sayangkan dorang.


- One of the action yang boleh dibuat selain ucapkan semua tu ialah dengan selalu memberikan pujian yang seikhlas mungkin sebab pujian tu sangat digemari dan suka didengari oleh wanita, tapi jangan la pujian yang sengaja dibuat-buat. Wanita bukan bodoh! Berikan penghargaan seikhlas hati anda.



- Lagi satu, ucapkanlah ‘terima kasih’ bila si dia melakukan sesuatu untuk korang.


- Bila si dia ada problem, kita jadilah sorang good listener dan juga penasihat yang terbaik. Bercakaplah dengan bahasa yang lembuut dan tenang, if kita boleh menyelesaikan problem yang si dia hadapi, then do it!


- Kalau kena pegi out station atau terpaksa balik lewat, call la dia. Orang cakap; jauh di mata tetapi dekat di hati. Even korang jauh dia tetap mengingati korang setiap masa.



(2) yang suka tengok; dorang ni nak tengok tindakan dari pihak lelaki seperti kiss dahi sblm dan slps balik kerja ke or sumtin yg sewaktu dgnnya la.


- Yang ni plak perlu ada physical approach. Mungkin setiap kali bangun pagi, korang leh kiss dia dahulu sebellum buat perkara lain atau, balik dari kerja, cari si dia n bagikan satu kucupan kat kedua-dua belah pipi dia n hug dia erat.


- Korang leh juga tinggalkan kad pesanan atau nota kecil kat mana mana tempat yang dia mudah nampak n tulis ‘i love you all my life’, or waktu tgh hari kat opis ke korang leh juga sms ‘ i miss u much...terasa nak dok dgn awak sekarang’. Korang rasa apa reaksi dan perasaan dia waktu tu? Aku percaya, dia akan tersenyum, happy n bahagia. Trust me!



- Antara yang penting juga, anda perlu ingat tarikh-tarikh penting seperti tarikh birthday kapel korang, tahu saiz kasut, baju termasuk la baju dalam dia.


- Untuk sesuatu acara atau majlis, anda boleh tunjukkan kebahagian dengan berpakaian sedondon dgn kapel anda, mesti dia akan rasa bangga giler.


- Ermmm....something yang tipikal tapi it works, letakkan gambar kapel anda dalam dompet atau sebagai wallpaper komputer anda atau letakkan photo si dia yang diframekan di atas meja anda.


- Apa lagi ekk? Hmmm...mebbe kalau dia perlu ke mana-mana atas apa apa urusan di waktu malam pada jarak yang agak jauh, jangan biar dia memandu sendirian, be a gentle.....temani dia.


- Bila dalam suasana yang sejuk dan dingin, cubalah berkongsi kehangatan dan rapatkan diri anda kepada si dia, bila anda memegang tangannya, genggamlah dengan selembut yang mungkin, dengan penuh kasih dan sayang.



- Bila si dia sedang bercakap dengan anda atau meluahkan sesuatu, tenunglah matanya, tunjukkan perhatian anda terhadap apa yang si dia perkatakan.


(3) yang nak dengar & tengok, dorang ni nak dengar ucapan kasih sayang dari lelaki n nak lelaki tu buktikan juga melalui tindakan.


- Yang ni korang leh cari dari dalam (1) & (2) kat atas tu.


Actually banyak lagi yang boleh kita buat, berbaloi what if kita buat sumting untuk kegembiraan n kebahagiaan bersama.


Treat everyone the way that you want to be treated as in return. Simple je prinsip dia pada aku.



Menjaga Kesetiaan...





Aku percaya kebanyakan or maybe tak salah kalau aku katakan semua orang pernah berjanji untuk setia pada pasangan kan.. Walaupun ada ramai yang berpegang pada janji tapi ada gak insan yang terlalu sukar untuk setia. So camner nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga kalau dari awal tak setia? Meh kita tengok, maybe apa yang aku postkan neh boleh membantu.. Check it out..!!!







JANGAN BIAR RASA SEPI MELANDA DIRI



Hermmm...ni biasa neh..aku sendiri pernah rasa sepi yang teramat..bila salah seorang dari pasa
ngan bz, outstation or wateva yang buat kita rasa sepi. Kita sentiasa dambakan perhatian, kasih sayang dan belaian orang tersayang tak kira lelaki or pompuan selagi kita ada hati dan perasaan mesti semua tu wujud sendiri. Rasa sepi neh kalau tak di bendung boleh undang 'DANGER' pada perhubungan. Hah sebab hal neh jugak la yang terjadinya curang bila hari yang sepi perlu di isi segera. So per nak buat? Jeng..jeng..jeng...bawak ler criter rasa sepi dengan pasangan memasing. Tak salah berterus-terang juz untuk mengingatkan betapa penting menjaga kelangsungan hubungan coz penting per sama gak cam kerjaya memasing. Hah minda kena selalu positif gak. Lawan rasa sepi. Lakukan pelbagai aktiviti..yang takde keje tuh ambil la kelas kemahiran ker or kursus tertentu tuk isi masa lapang. Tak pun..alaaaaa...apa guna HOBI? Hobi tu kan aktiviti masa lapang. So tak salah habiskan masa sepi dengan hobi yang dah sedia ada or cipta la fresh hobby. Jangan plak jadikan main mata, ngorat anak dara orang sebagai hobi yer..xde maknanyer..!!! Tak pun buka dan tengok balik album kenangan korang berdua dan ingat saat bahagia korang.





JAGA PERGAULAN DAN SIKAP


Ni penting neh untuk elakkan berlakunya perkara tak di ingini pada masa akan datang. Pergaulan baik dengan teman or rakan perlu ada batasnya. Tak salah pun kalau nak buat baik but don't cross the border line yer..!!! Seboleh-bolehnya elakkan kemesraan hanya dengan seorang saja terutama teman yang berlainan JANTINA. Walau camner pun kita cuba nafikan, menda remeh camneh dah banyak mencipta sejarah tersendiri. Kemesraan dan sikap ambil berat yang berlebihan akan mewujudkan perasaan yang tak sepatutnya tambah-tambah time sepi melanda jiwa..Owhhh..Sesaper yang sedang alami semua neh cuba check balik, if masa korang or korang lebih suka atau cenderung kepada teman lebih dari pasangan hah maknanya anda dalam ZON MASALAH!. So common wake up..cepat sedar. Kembali pada pasangan. Setiap kali berdepan dengan problem, jadikan pasangan sebagai tempat mengadu. Kalau dia bz..alaaa sms jelaa...sesibuk manapun seseorang tuh mesti tetap alert dengan bunyi sms kan..


BICARAKAN MASALAH DENGAN PASANGAN



Sesuatu masalah takkan settle kalau salah seorang jer yang beria-ia nak settlekan. Tambahan lagi kalau berkaitan dengan perhubungan korang berdua. So daripada meluahkan kepada teman lebih elok bincang terus dengan pasangan. Kita lebih mengenali pasangan kita dan orang luar hanya menilai melalui pandangan mata or juz apa yang di dengarnya sahaja. Pada aku, sama ada perbincangan tu secara aman damai makmur sentosa or perlu bertengkar dulu..it's ok what!


Yang penting setiap prob di komunikasikan. Tak guna kalau kita merajuk or terasa tapi simpan sorang-sorang dalam hati but dalam masa yang sama mengharap pasangan kita tahu dan paham...Adehhh buang masa la beb! Ehehe jangan marah coz pada aku, kan lagi senang kalau terus bagitau kenapa kita merajuk, apa yang buat kita terasa hati. Tapi kalau setakat nak take time tuk diri sendir
i tak kisahlah. Coolkan hati sendiri dulu dan pastu bawa berbincang. Maybe dalam masa berdiam diri tu ada "rindu bertandang lagi kekasih"...ewah cam lagu Hattan plak. Cinta perlukan komunikasi or sikap terus terang tapi jangan plak berterus terang dengan ayat yang memedihkan. Perang jadinya nanti. Semua neh akan hasilkan kejujuran. Inilah kunci kelancaran hubungan coz adanya kesinambungan antara pasangan setiap hari. Komunikasi berterusan ini la yang menghindarkan kecurangan. Tapi bergantung pada sikap sendiri gak la. Paling penting tanamkan kejujuran dalam diri dan jangan pernah berniat untuk menipu pasangan korang ok!


UCAP ATAU TUNJUKKAN RASA CINTA



Kesetiaan mengikat pasangan sementara kasih sayang dan cinta pastinya mencipta kesetiaan antara keduanya so ucapkanlah perasaan cinta anda pada pasangan. Tak perlulah setiap hari juz sekali sekala tambah-tambah pada hari yang penting contohnya hari lahir, ulangtahun perkahwinan or apa-apa jelah tarikh special korang...Wah Romantiknya... Kalau tak pandai atur ayat, tunjukkanlah dengan perbuatan, sentuhan, belaian, hadiah, bantuan atau sokongan. Percayalah luahan perasaan cinta mampu memantapkan lagi perhubungan..

"Eh! Kau pe hal?"

A thought of a nowadays lifestyle..




Indah tak kalau hidup ini berbalik ke basic dalam menjalani sesuatu perkara? Tapi bukan la untuk semua perkara.


Mungkin ada indahnya kalau kita saling boleh menerima teguran-teguran untuk kebaikan kita juga. Aku silap, kau tolong la tegur kan, kau terleka aku tolong tegur kan. Sure banyak benda n perkara akan lebih terjaga. Tapi, itulah – bercakap memang senang. Kadangkala bila orang tegur kita dengan ikhlas hati untuk kebaikan, kita pula yang tak reti nak memandang positif akan teguran tu mula membina prasangka kat dalam diri dan merasa di kacau kehidupan kita, maka terlontarlah;


“ Eh! Kau apahal nak sibuk sibuk tentang aku ni?

Kau jaga je hal engkau, aku jaga hal aku.

Macam la bagus sangat.”


Tapi itu adalah reality kehidupan kita sekarang, satu lifestyle yang tanpa sedar kita telah berubah jauh dari asas yang baik yang dipraktikkan dahulu. Ada yang mudah merah telinga bila diberikan teguran, walaupun ianya benar n dia sendiri mengakui ianya patut diberi teguran, tapi lain halnya bila timpa ke atas batang hidung sendiri. Merah padam muka, panas je rasanya. Kenapa ekk?



Pada aku, kita patut lebih rasional bila menerima teguran, bukakan fikiran, jangan mudah sangat angin satu badan. Kalau betul, sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih sebab kita mendapat peluang untuk membetulkan diri kita sendiri. Bukan senang orang lain nak berterus terang dan memberikan teguran yang baik untuk kita. Dan, kalaulah… kalaulah tidak benar, anggap saja seperti masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Kenapa perlu disemakkan kepaha hotak kita dengan rasa bengang dan marah pada org lain dan memikirkan sesuatu yang kita yakini tak betul. Tapi betul ke apa yang kita yakini as betul itu sememangnya betul? Kata orang; manusia menilai diri sendiri menerusi pandangan orang lain. Ada betulnya dan ada salahnya. Kalau penilaian itu tidak diadunkan dengan emosi, aku rasa aku setuju. Kalau penilaian tu dicampuradukkan dengan emosi terutamanya yang tak tentu hala, of coz la negatif jadinya.



Sekali lagi;


It’s never as good as you think it is,

and it is never bad as you think it is.