TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

c - i - n - t - a



org yang kita cintai...

cinta yg sangat mendalam...

cinta itu nampak mudah sebenarnya, tapi ia bergantung kepada jodoh juga sebenarnya.

berapa ramai org yang tidak dapat bersama dengan org kesayangan mereka.

sumtin yang aku belajar dari chinese movie kat channel 8TV yang aku selalu tgk.
yup! cinta tu nampak mcm mudah dan indah, tapi mudah dan indah tu sebenarnya juga bergantung kepada bagaimana kita layari perjalanan cinta kita tu.

kata orang,
cinta itu buta tetapi cinta itu jugalah yang menyatukan dua jiwa. Demi cinta manusia sanggup berkorban apa sahaja.

Ibarat kata pepatah; kalau cinta sudah bersemi, lautan api sanggup direnangi. ye ke? cuba lah.

kalau bercerita apa saja tentang cinta, ia memang amat mengasyikkan; jatuh cinta dan kecewa, satu lumrah yang semua orang penah merasainya. lumrah yang kita tengok kat ruang ruang di sekeliling kehidupan seharian kita, malah kita sendiri lalui semua tu.

kadang-kadang aku macam baru tersedar, dunia ni sangat indah. terutamanya bila tgk org bercinta kat sekeliling aku ni, bertemu then berpisah, pastu mula rindu-rinduan, then memanjangkan kisah cinta thru phone atau sms sampai ke pagi. sentiasa ghairah, sentiasa hangat. bagus kalau keghairahan dan kehangatan tu dapat disalurkan kepada satu ikatan yang lebih kukuh dan sah, kemudian tingkatkan keghairahan dan kehangatan tu agar ikatan tersebut berlangsung sampai ke akhir hayat. alangkah bagusnya, kan?

tapi, ianya tak semudah bercakap dan aku cuma memberikan pendapat. keadaan sekeliling bisa merubahkan kita. takde jaminan aku atau sapa sapa boleh memacu ghairah itu dan hangat itu agar menjadi satu pemangkin kepada sesuatu yang lebih teguh.

so, diulang - kita perlu mencuba melakukan yang terbaik untuk setiap hari yang kita miliki. benda yang berharga takkan boleh dapat dengan mudah. sapa tak nak merasa b-a-h-a-g-i-a, kan?

indah dan bahagia kan bila ada org mengucapkan 'saya sayang awak' atau 'saya rindu awak sangat sangat'.

cinta ni kalau betul dengan caranya boleh menjadi satu kekuatan kepada insan yang terbuai dan dilamun perasaan indah tersebut. Ianya berkuasa menjadi sesuatu yang bersifat motivative, ia merangsang semangat dan kekuatan diri. Tapi, cinta juga boleh memusnahkan diri bagi mereka yang tidak kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan, mereka tidak dapat memahami maksud yang tersirat disebalik ujian dan dugaan yang mungkin berlaku.


In fact, ramai antara kita tak dapat nk memahami maksud yang tersirat. dulu aku sukar sangat nak terima bila org cakap, cinta tak semestinya memiliki - means, kalau kita sayang n cintakn seseorang, kita tak semestinya memiliki dirinya. pelik sangat bunyi ayat tu pada aku.


tapi kehidupan yang teramat indah ni sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang tak semua org dapat memahaminya, dan samada suka atau tak aku terpaksa mengakui bahawa ayat tersebut mungkin juga ada betulnya walaupun banyak yang tak kena.


ujung-ujung, samada akui ayat tersebut betul ataupun salah, ramai pasangan cinta yang mengalirkan air mata. uda yang tak dapat bersama si dara kesayangan, laila yang mencari majnun nya. haih!!


aku? ntah la....haih!


tapi sukar untuk aku akui kebenaran ayat tu, malah sebenarnya org yang memperakuinya mungkin berpura pura demi kebaikan org yang dia sayang tu. pengorbanan!


'if u love sumone so deeply, let him/her go.

if he/she comes back to you, he/she is yours,

forever to hold!


if he/she doesn't,

then u should know that he/she was never meant to be yours!'


aneh!


ada ke org yang saling menyayangi inginkan perpisahan?


ade ke org yang saling merindui hanya semata mata untuk membiarkan kapel dia tidak menjadi miliknya?


ntah la! tapi ini yang wujud dalam indahnya cinta. kata sorang kawan aku, cinta tu tak buta sebenarnya, tapi org yang dilamun cinta tu yang mula menjadi buta.


at last, aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku tulis nih.


'you will never know true happiness until you have truly loved and you will never understand what pain really is until you lost it'


sekarang aku memahami apa itu kebahagiaan dan kegembiraan yang sebenar, dan aku juga memahami apakah kesakitan yang sebenarnya.