TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

Eid Mubarak for Korang!

Di kesempatan di bulan yang mulia ini,
aku nak ucapkan
Selamat Hari Raya Eidul Fitri,
kat kawan-kawan, kat pelawat yang secara sengaja
atau tidak yang telah melawat Galeri Blues aku ni.
Kehadiran kalian memeriahkan Galeri Blues aku.


Aku juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri untuk
sahabat Front-Desk aku kat Galeri Blues ni
iaitu - Jay

Maaf Zahir dan Batin


Tidak lupa juga, kepada sesapa yang mengenali aku
- Day Dreamer -


Kepada sahabat-sahabat yang gigih menyelenggarakan helikopter korang
yang cantik & canggih tu.
Selamat Bertugas! Keep a good work!!


Kepada teman-teman yang aku sengaja tak nak mentionkan nama kat sini,
aku mohon maaf dari korang semua.
May be tanpa sedar, aku telah sakitkan hati korang atau,
aku telah buat korang terasa, atau aku yang terkasar
bahasa dan terganas tinglah laku.

Ampunkan aku ya korang!


Jadi, untuk memeriahkan sambutan Eidul Fitri ini,
aku dengan lapang poket menyertakan duit raya untuk korang semua.
Walau aku tahu korang dah besor panjang, dah banyak duit,
tapi aku nak bagi juga.

At least lepas jugak duit tol korang kalau korang ballik kampung.
Errr... kat sesapa yang memandu tu, pandu la elok elok.
Don't drive & sleep!

Kalau ngantuk sangat, berenti je kat R&R pastu set alarm henpon
dan tido, macam yang aku salu buat kalau aku ngantuk.

Errr.... aku tambahkan la lagi duit raya untuk korang.
Walaupun harga petrol dah kurang sikit tapi tetap terasa bebannya
tetambah waktu musim perayaan ni.


Sekali lagi,
Selamat Menyambut Eidul Fitri.
Maafkan aku Zahir & Batin.


21 - End of the B.U.A Collection

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Tengah-tengah ronda, teringat pulak kat si Jessica. Blues sekejap aku. Tak tau la aku. Sejak akhir-akhir ni, dia banyak mintak pandangan tentang macam macam hal. Banyak benda yang dia nak tau. Banyak benda yang dia nak tanya. Nampak macam dia minat sangat dengan agama. Penah dia tanya pasal dosa pahala. Pasal akhirat, kenapa kena sembahyang lima waktu.... macam-macam lagi lah. Yang mana aku tau tu, aku jawab la kat dia.

"Kenapa awak suka tanya pasal ni semua?"

"Entah, minat kot", dia jawab selamba tapi mata dia merenung jauh ke depan.

Kat opis Jessica...

"Aiiii.... Jauh sangat menungnyer tu, kejap lagi Sahak sampai le...." usik Zah, pekerja si Jessica tu.

"Ishhh..... Zah ni, terkejut saya!!!. Orang tengah ingat benda lain laaa. Bukan pasal dia."

"Alaaaa... tak lari gunung dikejar!!", tambah Zah sambil tersenyum lebar.

"Hah! Sudah! Sudah! Dia nak mula la tu!"

"Ellehhh... malu le tu!!!", Zah tergelak-gelak.


"Mana ada...."

"Sahak tu okay apa, kalau la saya diberi peluang...." Zah mengusik lagi dengan ayat trick.

"Peluang? Peluang apa tu? Ohooooo.... nak ngurat dia yeeee!!!"

"Hah..tuuu! Dah start jeles la tu," Zah terkekek ketawa lagi. Dah mengena!

"Alaaa.... tak kuasa aku."

"Dia janji nak datang pukul berapa?"
tanya Zah.

"Empat! Sekarang pukul berapa Zah?"

"
Alaaa....baru tiga setengah. Rindu nampakkkkkk?"

Somewhere in K.L....... Aku!

Hah! Dah tiga setengah? Janji sama Jessica pukul empat, mampus aku. Hari tu dah sekali aku datang lewat. Kesian dia tunggu aku kat ofis sorang-sorang!

Aku, kalau dah berjalan-jalan tu memang tak sedar daaah, sekali-sekala turun, banyak benda yang aku nak kelebek. Nak-nak kalau dah singgah kedai buku. Pat-lima jam pun boleh tak terasa.

Nak pegi ofis si Jessica ni pun satu hal jugak. Bas ke tempat dia tu bukannya banyak sangat, kawasan baru bukak. Naik cab karang membazir pulak. Alaaaaa.... kalau terlewat karang pandai-pandai le aku nak bagi alasan. Jalan jem! He! He! Alasan yang paling popular untur orang K.L. Tapi kalau Jessica tak boleh terima jawapan aku, best jugak. Boleh tengok dia marah.

Mesti cute muka dia, kan?


'Reaching for a hand that can understand, someone who feels the same'



******************

Inilah pengakhiran bagi EDISI KHAS - Koleksi Blues Untuk Aku ini. Sambungan cerita ni kalau tak silap aku ada termuat dalam majalah-majalah yang berkaitan secara bulanan.
At last, aku berjaya juga habiskan menulis semula cerita ni sebelum tamatnya Ramadhan.

chiao!


Love is Cinta!

Love... Love...


what is the love?



Love is...


when you can't be apart from someone for too long...you're always thinking of them,
and when you're with them you never want to say goodbye.


Love is far from simple.



It's quite complex. It's a mix of about everything. It's sadness, joy, passion, hatred, excitement, it's almost every feeling you can imagine and more.


You know love when you find it, it's that person that when they smile it brightens up your day, you can't stop staring at them for fear of losing them, they're always on your mind, you daydream of being with them, even if they're less than 20 feet away....



And you can't stand it when they're not with you, the worst feeling you could ever feel is when you know that person you love is not with you...you can't tell when love will happen, you just know when it does, that moment when u first lay eyes on that person, and u never want to look away...


That is love. Nothing less.

20 - 'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Tup-tap-tup-tap,

Dah dekat seminggu lebih aku mengadap kerja. Kejap kat rumah, kejap kat ofis si amoi tu. Hari ni pulak kena pegi ofis dia lagi. Hmmm.... dah terlangsung nak ke sana karang singgah K.L ronda-ronda kejap pun best jugak. Aku suka perati gelagat orang , boleh terhibur sambil terfikir K.L memang cepat berubah. Dalam masa sebulan je macam-macam projek jalan. Bangunan tu naik, menara tu terpacak. Shopping complex toksah cerita la, tak cukup jari tangan sama jari kaki nak kira. Dah melambak-lambak! Secara tak langsung makin banyak le tempat nak lepak-lepak.

Lepak? Ishh...isu sensitif ni, terpulanglah......bergantung pada niat. Biasa le, bila timbul satu isu, mesti ada pro-kontra. Tapi yang paling susah hati, mak bapak le! Maunya tak...kalau dah duduk ramai-ramai tu macam-macam boleh jadi. Tu yang budak-budak pun dah ramai yang pakai handset tu. Senang orang tua nak contact.

Senang dari segi material tu mungkin jugak aku rasa. K.L senang buat duit, asal ada kemahuan semua boleh jalan. Halal, haram, semua bisnes orang kat sini buat. Kadang-kadang tu kecewa jugak, duit bagi anak bini makan. Mana yang ingat tuhan tu.... Alhamdulillah...



Bukan niat aku nak cerita buruk pasal kotaraya yang tengah membangun ni, cuma aku rasa sedikit terusik dengan apa yang aku tengok sekarang. Memang betul mak bapak sibuk cari duit untuk stabilkan ekonomi sendiri.... tapi, budak-budak kat rumah macam mana? Tengok muka mak bapak pun 2 jam sehari...

Bila ada 'time' nak dengar masalah anak-anak? Aku kesian tengok budak-budak bohsia-bohjan... Kalau tanya apa problem diorang, mesti jawapan yang sama kita dapat,

"Boring duduk rumah, emak abah bukan nak ambik pot!"

Orang kita memang suka mengkritik tapi berapa kerat sangat yang nak cuba dekat dan ambik hal dengan diorang.

Budak, kan macam kain putih. Pandai kita canting dia, lawa la jadinya. Tapi nak salahkan mak bapak pun tak boleh jugak. Dia orang siang malam kerja semata-mata untuk anak-anak. Sampai satu tahap, bila dah dewasa, bila dah matang, patutkah kita terus-terusan menyalahkan emak-bapak?

Entah laa... pikir le sendiri.....

My Lens!

Alamanda, Putrajaya

North Entrance next to Carrefour
'entrata & uscita'

Cool!

Interesting & Fascinating

Can I called it as 'Bamboo Walks'?

Night in Alamanda

Beautiful

19 - 'BLuEs UNTuk aKu'


Dan untuk hari-hari yang seterusnya, hubungan aku dengan Jessica makin ngam. Aku senang bekerja sama dengan dia. Adakah kerana dia seorang pompuan? Oohhhhhh... mungkin juga kot!

Projek buku dia pun dah berjalan. Dah start lebih kurang dalam 10%.

Ada masa aku buat kerja kat rumah dan kalau bab-bab yang aku perlu banyak berbincang aku layan kerja kat ofis dia. So far, dia puas hati dengan kerja aku. Aku target dalam masa dua bulan ni projek aku dengan dia beres. Cepat sikit aku boleh dapat duit. Lepas tu boleh cari job lain pulak.

Nak suffer hidup beb. Kena lasak sikit laaa. Kalau tak... 'soru' pun boleh miss. Perut kosong otak boleh beku woooo.


Kat rumah
....

"Awal engkau balik," Aku menegur Yon.

"Biasak le, jantan mithali. Amacam kerja okeh?"

"So far, so good. Awek amacam?"

"Ahaaaaa..... pasal tu la yang aku balik awal ni nak bincang sikit dengan engkau la Hak. Tu pun kalau engkau tak penat le." Kata Yon.

"No Problem."

"Camana dating hari tu" aku memulakan sesi borak-borak.

"Okay laa." Si Yon berkerut sikit.

"Macam tak best aje bunyinya tu?" Aku start korek rahsia.

"Dia terkejut sikit tengok aku."

"Apasal?" Hehh..korek lagi.

"Kepala aku botak." Aii... pendek benor jawapannya.

"Engkau pernah kenal dia ke sebelum ni?"

"Dulu dia school mate aku. Masa tu aku memang syok gila kat dia...." Cehhh, cinta monyet.

"Mesti masa tu dia buat deeek aje kat engkau kan?" Tetiba aku terus pancung cakap Yon.

"Dengar la dulu! Kang aku tak cerita kang!" Marah nampaaakk... jiwang karat jugak jantan ni.

"Okeh, okeh..... cerita la, aku dengar." Pujuk balik, pujuk baliiiiiik.

"Lepas aje SPM. Kitorang terus lost contact. Aku masuk ITM, dia ikut family dia pegi Sabah." Tetiba je Yon termenung.... layan blues le tu.

"Lepas tu?" Aku tak sabar nak dengar cerita slow drama dia.

"Tu lah. Tetiba je hari tu dia contact aku balik." Termenung laaaagi!

"Apa yang engkau rasa sekarang ni?" Aku bagi soalan trick.

"Rasa macam nak jatuh cinta!"

Yesssss ! Perangkap aku dah mengena!

Maka dengan rasminya, terbongkau jualah rahsia seorang lelaki yang selama ini terkenal dengan ke'rebel'annya.

Betullah kata kawan aku dulu. Seganas mana pun seorang lelaki itu akan tunduklah jua dia pada kelembutan seorang perempuan.

Dulu jangan kata nak bercinta, nak bercerita pasal pompuan pun dia boleh muntah.

"Aku betul-betul cair kali ni, Hak!"

"Kira motto hidup engkau,'Boleh Hidup Tanpa Pompuan' tu kira burnt lah ye?"

"Nampaknya macam gitulah kot..." Yon terpaksa mengaku walaupun terpaku.

"Engkau dengan Jessica macam mana?" Aikk? Tukar channel lain pulak?!!

"Kerja macam biasa...." Tenang aje aku jawab. Aku tau dia try nak pekena aku pulak ni.

"Kerja aje ke? Takkan takde apa-apa kot?" Bunyi macam nak pulangkan paku buah keras aje ni.

"Jangan tunggu lama-lama, Hak. Nanti kena kebas. Solo lagi tuu." Woooo...baaaaaaik punya racun.

"Mana boleh, Yon. Tak baik aaaa ambik advantage kat majikan sendiri." Cover baaaaaik punya.

"Kalau aku jadi engkau la, Hak..... dah lama aku tekan ayat!" Engkau racun aku lagi ye, Yon?

"Aku nak cari duit, Yon. Bukan cari cinta." Amacam, kukuh tak jawapan aku?

"Kalau dua-dua sekali apa salahnya?" Udahhh...udahh... tak boleh dilayan sangat budak ni.

"Aku ngantuk laa, esok banyak kerja."

"Ngantuk ke...... atau nak layan blues?" Malas aku ahhh. Dia ingat aku dengan Jessica ada affair ke? Cinta bila-bila aku boleh cari, kalau nak bercinta dengan si Jessica tu pun biarlah adik aku habis belajar dulu.

Bercinta! Eshhh... apa yang aku cakap ni? Hampeh kau, Yon!


'Speeding Up To Slow Down'

18 - 'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Kat ofis Jessica...

Aku tunjukkan deraf storyboard yang telah aku lukis based on novel dia tempoh hari.

"Alamak!! Kenapa macam muka saya?"

"Okay apa...! Muka awak ada commercial value."

"Tapi... nanti orang cakap apa pulak."

"Kenapa?"

"Macam nak eksploitasi kan muka sendiri."

"Okay la tu." Kata aku.

"Kalau macam tu. Saya ikut ajelah....", Akhirnya si Jessica ni mengalah.

"Awak lebih arif dalam bidang awak." Tambah dia lagi.

"Ishh... bukan kira macam tu. yang penting awak suka. Awak suka ke?" Aku minta kepastian.

Dia tersenyum. Cute!


"Waktu Asar dah masuk dah ni. Awak nak sembahyang dulu ke? Lepas tu boleh kita pegi minum-minum."

"Ada masjid ke dekat-dekat sini?", Tanya aku balik.

"Kat ofis ni pun boleh." Tambah si Jessica ni.

Aku perati je muka dia, dia plak tenung aku. Aikss....

"Betulllllll...saya cakap serius ni." Kata Jessica kat aku.

"Kan saya ada dua staff melayu. Jadi saya sediakanlah surau untuk diorang. Pegi la cepat. Tak baik tau lengah-lengahkan sembahyang." Kata dia lagi.

Opppss.... aku tak nak komen apa-apa. Aku sendiri pun tengah confuse sekarang ni.

Mungkin dia seorang majikan yang baik. Fikirkan yang baik-baik aje udah le...Ye tak?