created by : Aie
Jumaat.Kat Luar hujan rupanya. Patut
le liat sikit nak bangun pagi nih.
Tiada yang lebih indah untuk memulakan hari selain dari dapat bangun subuh dan berdoa pada-Nya agar dirahmati dan diberkati setiap saat perjalanan dalam hidup ini.
Segala pujian bagi Allah Pencipta Sekelian Alam.
Lepas jumaat nanti, untuk kali yang keduanya aku akan duduk berbincang dengan Jessica.
Macam hari-hari Jumaat yang lalu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dibanjiri ribuan jemaah. Indahnya kalau dapat tengok 'banjiran' jemaah macam ni dalam waktu-waktu solat fardhu yang lain.
Mungkin ke?"Saya dah fahamkan dia punya jalan cerita..... dan... secara peribadi saya puji gaya penulisan awak, simple. Satu lagi, saya sukakan watak Sasha. Kalau dia betul-betul wujud, saya sudi bantu dia.....", aku jelaskan pada Jessica tentang novel dia tu.
"Okay... kemungkinan besar saya terima 'job' ni, cuma ada satu perkara yang perlu saya bincangkan dengan awak." , tambah aku lagi.
"Saya rasa saya tahu!", pendek je si amoi ni jawab.
Aikkk..?? Apa yang dia
tau apa yang aku
tau?
Laaa...ni yang
saspen ni. Lain macam betul la dia hari ni. Tak banyak cakap macam itu hari. Cuma lebih banyak merenung, aku bukannya faham sangat bahasa-bahasa mata ni. Sejak dari aku datang tadi, aku yang lebih banyak bercakap. Ni...apa pulak yang dia buat pun aku tak tau. Tetiba aje dia pegi duduk kat meja dia sambil menulis sesuatu.
Aku pulak yang
confuse. Aku ada salah cakap ke?
Jessica datang dan hulurkan sekeping kertas kat aku.
Cek?"Harap awak sudi terima", katanya.
Aku pandang Jessica, "
Untuk apa ni?""Saguhati daripada saya. Tanda setuju sebab awak sudi bekerjasama dengan saya". Jessica senyum.
Rezeki adik aku! Tapi... pelik
pulak aku rasa, saguhati apa sampai tiga ribu ringgit?
Ni la kali pertama orang bagi bayaran saguhati kat aku. Yang
bestnya....aku belum
start apa-apa lagi pulak tu! Apa la baik benar amoi ni...
"Rasa macam tak caya." kata aku.
Aku menyambung lagi,
"Ada satu perkara lagi. Macam mana awak dapat masuk ITM dulu? Kan ke awak orang Cina.""Sebenarnya emak saya Cina... Ayah saya orang asli."
Ohooo... amoi ni
mix rupanya.
No wonderlah dia punya cutting muka ada sikit lain. Dia ni memang boleh bikin jantung berdentang-dentung. Silap-silap boleh jatuh cinta
woo....
Cehhh!! Forget it lah!
Tadi, sempat jugaklah aku bagi beberapa
tricky question untuk dia. Yang aku perasan, air muka dia berubah bila tiap kali aku menyebut nama Sasha.
Hah! Dah kira
point dah tu.
Lega! Kocek aku dah kembali berisi balik. Murah rezeki aku hari ni. Pakai sikit untuk diri aku, separuh lagi boleh simpan buat belanja sekolah Acik. Kena kerja kuat lagi ni.
"Esok petang, harap awak dapat datang jumpa saya, kita bincang pasal character development, boleh?", beritahu Jessica sebaik sahaja kaki kanan aku mula melangkah keluar dari billik
ofis dia.
Lalu dengan
konfidennya pulak aku jawab,
"Wokehhh!".
Pendek tapi cukup bermakna.
Aikkkk?!! Macam kena jumpa dia hari-hari aje!