TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

bila hati sudah mula bersuara...

bibir tidak perlu mengucapkan kata-kata....



"...sesungguhnya di dalam kehidupan ini hanya ada tiga saat sahaja, saat yang pertama ialah saat yang telah lepas (berlalu), di mana manusia tidak akan mendapatkannya kembali. Manakala saat yang kedua ialah masa yang sedang kita lalui di mana
kita berpeluang untuk melakukan
yang terbaik untuk diri kita.
Dan saat yang ketiga ialah saat yang akan datang,

iaitu masa hadapan yang mana kita sendiri tidak pasti
samada kita akan
dapat sampai kepada waktu itu ataupun tidak.
Hakikatnya, di dunia ini manusia cuma
mempunyai satu saat sahaja."

- Abu Dzar Al-Ghiffari -

Dalam hidup ini kita diberi peluang untuk melakukan pilihan. Kehidupan yang kita lalui ini memberikan kita pelbagai pilihan, hitam atau putih, baik atau buruk, susah atau senang dan berbagai bagai lagi. Maka, dalam mengharungi kehidupan ini kita telah bertemu dengan pelbagai peluang, terlalu banyak sangat peluang yang baik yang tersedia tetapi kita takkan dapat merebut atau memiliki kesemuanya dalam satu masa. Oleh itu, kita kenalah pilih yang terbaik untuk kita.

Pilihlah untuk tersenyum, bukan untuk bermasam muka;
Pilihlah untuk berdoa, bukan mengumpat;

Pilihlah untuk bersahabat, bukan bermusuhan;
Pilihlah untuk membina, bukannya memusnahkan;

Pilihlah untuk memberkan kasih sayang, bukan kebencian;

Pilihlah untuk memberi, bukan merampas;
Pilihlah untukbergembira, bukan berduka;
Pilihlah untuk menjadi yang terbaik dan bukannya yang terburuk.


We are responsible for what we choose to think and to do. Cuba tanya diri kita, siapakah orang yang paling utama dalam mencapai impian hidup kita?

KITA! Sudah pasti orang itu ialah diri kita sendiri, oleh itu buatlah yang terbaik untuk setiap hari yang kita miliki, yang kita termampu. Macam yang kita tahu, hanya kita aje yang mampu mengubah diri kita, jikalau kita tak nak berusaha untuk kebaikan diri kita, orang lain tak boleh atau tak mampu nak berbuat apa apa.

'nobody does it better, nobody is perfect'

Actually, kita sebenarnya tidak sedar tentang pilihan dan peluang yang wujud itu. Kadang-kadang bila sesuatu yang buruk menimpa, kita anggap dia sebagai titik hitam yang meronai sejarah hidup kita. Kita tak pernah sedar apakah yang tersirat disebalik semua itu. Lalu, tanpa berfikir panjang, kita anggap semua tu sebagai penghalang kepada jalan kita untuk mengharungi dan mencapai kehidupan yang lebih cemerlang. Tapi inilah hakikat, inilah yang berlaku tanpa kita sedari samada kat korang, aku ataupun orang-orang lain. So, kita akan terus gagal untuk mencari apa benda yang sepatutnya tetapi sebaliknya bertemu apa yang tidak sepatutnya kita temui. Kita sudah tidak nampak peluang-peluang yang terbaik yang diberikan oleh kehidupan ini. Mungkin kita akan mula memilih yang hitam berbanding yang putih atau sebaliknya.

Tapi, inilah realiti kehidupan, banyak pilihan dan peluang yang terbaik yang tersedia tapi sebenarnya banyak juga cabaran yang menanti dalam usaha kita untuk menggapai dan memiliki pilihan yang terbaik itu. Ramai yang gagal kerana tidak memiliki kesabaran yang cukup, ramai juga yang 'kelabu mata' dengan peluang peluang yang ditemui tanpa memikirkan apakah warnanya.

Pada aku, aku akan cuba memilih sesuatu yang baik untuk aku dan juga kawan kawan aku. Kadang kadang aku juga tersilap membuat pilihan dan adakalanya juga mereka tersilap mengambil peluang, so pastinya ada yang terluka dan jauh hati. So, sekali lagi peluang untuk memilih itu wujud, pilihlah untuk bertolak ansur, pilihlah untuk memberi kemaafan, pilihlah untuk tidak 'mengambil hati' . Setiap sesuatu yang tejadi dalam hidup kita ini ada hikmah yang tersembunyi yang perlu kita renungi, fikirkan dan fahami.

Meminjam kata-kata Umar Al-Khattab; " Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang dicari. "

Aku, korang dan orang lain; kita tak perfect. Kita selalu melakukan kesilapan tanpa kita sedari hinggakan kadang-kadang ianya mewujudkan perselisihan faham yang berpanjangan, dendam dan berbagai-bagai lagi.

Teringat kepada 'perkataan-perkataan' indah yang pernah aku temui dalam pembacaan suatu ketika dulu, begini;

'Aku sedar aku tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan ini seandainya aku tidak dapat melupakan kegagalan, rasa kecewa dan sakit hati. Kemaafan terlalu berat untuk ku berikan kepada orang yang telah melukai hatiku. Tetapi aku tahu dengan memberi kemaafan sahajalah aku dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi dan hadiah yang terbaik untuk ‘musuh’ ialah kemaafan. Mungkin ada benarnya.'

... Mungkin ada benarnya, tetapi bercakap lebih mudah dari melaksanakannya. Tapi bagus juga kalau kita mencuba, kalau tidak mencuba kita takkan tahu keputusannya.

Semuanya ada dihadapan kita, cuma kita je yang perlu pandai untuk membuat pilihan.

kaulah segalanya....


Mesti antara kita pernah baca ayat ni kat mana mana, kan?

' wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki,
bukan daripada kepalanya untuk dijunjungnya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya;
melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat dihatinya untuk dicintai. '

Sorang daripada kawan pompuan yang dah hampir 10 tahun aku kenal pernah ulas tentang ayat tu, macam ni

" funny....how some men don't realize that. "

Aku pon actually tatau nak kata apa and camna, memang kena la jugak batang hidung sendiri sebab aku pon dari kaum yang sama. Cumanya, kadang kadang bila fikir secara asasnya lelaki atau pompuan ni sebenarnya sama je, masing-masing ada perasaan, ada hati dan keinginan, kita sama sama buat kesilapan, sama sama cuai dan alpa, semuanya sama.

Tu la kadang kadang dok pikir, dalam sesuatu hubungan kena saling melengkapi, tolak ansur sebab kita ni tak perfect. Keinginan dan nafsu kita sentiasa berubah ubah, kadang kadang tak cukup dengan apa yang ada, tamak haloba, tak pernah puas dengan apa yang kita dapat. Juz suka nak ingatkan diri sendiri je, walaupun memang tak leh nak jamin yang aku takkan berubah. Tapi aku rasa semua orang berubah dan banyak org pentingkan diri sendiri. Pada aku bukan tak leh nak pentingkan diri, tapi tengok juga keadaan.

Mudah bercakap la, dalam hidup ni, kena hormati kelebihan pasangan, terima kelemahan dia. Masing masing kena la paham, dan cari jalan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Harap harap la nanti nanti bila aku dah bina 'masjid' untuk diri sendiri, aku akan selalu selak selak balik apa yang aku tulis ni dan baca balik dengan penuh rasional. Dan, harap sangat dari hari ke hari aku, korang dan orang orang lain akan faham maksud ayat kat atas tadi tu dengan lebih jelas akan segala isi dan intipatinya. Kalau digunakan logik akal la, napa tuhan tak nak amik tulang kaki ke untuk jadikan manusia bernama wanita ni, kan?

Apapapun, wallah hu'alam la. Terserah la pada DIA Yang Maha Mencipta. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Hidup ini memang macam kat atas pentas, banyak kisah suka dan duka, pahit dan manis. Aku pun taktau apa yang aku ngarut ni. Dah dekat jam 3 pagi dah. Kat luar hujan pon dah berenti.

'Perempuan menangis, air mata jatuh ke pipi.
Tapi lelaki menangis air mata jatuh ke dalam hati.
Bak kata pepatah; luka kat jari nampak darahnya,
luka kat hati...sapa la yang tahu....'

Tapi bila bercakap pasal 'kena amik berat and beri perhatian pada perempuan' ni, aku selalu nak juga cakap, kenapa la org selalu salahkan kaum adam ni je bila dia tinggalkan pompuan tu? Takde sorang pon yang akan kata atau marah bila pompuan tu tinggalkan lelaki tu. takde la plak nak kata pompuan tu amik kesempatan ke, bagi harapan ke, habis madu.. sepah di buang bersepah sepah ke, takde. Apapahal pon salahnya tetap kaum si adam ni juga.

Teringat kisah kawan yang sorang ni, dulu waktu si pompuan ni (awek dia la pada masa tu) study kat maktab, dia ni la yang redah hujan panas dengan kapcai dia tolong carikan itu ini, semua buat sebab sayangkan awek dia. Macam-macam la dia buatkan, takyah la nak cerita., kang macam nak menangkan satu pihak plak. At last bila di minah tu tamat study, dia cakap kat mamat ni, dia nak putuskan hubungan sebab dia tak suka boifren yang kerja dengan unit beruniform. Pelik pon ada juga, waktu bercinta dah tau dah si mamat ni kerja camtu, taknah la plak kata tak suka. Bila dah abih study, dah keje, time tu la juga bagi alasan itu ini. Tapi itu lah kehidupan, itulah percintaan... sampai la pada aku mula memahami, kalau benda tu bukan ditakdirkan untuk kita, walau apa pun kita buat, ianya tetap takkan jadi milik kita; tapi kalau ianya dah ditakdirkan milik kita, usaha sket je pon kita dah dapat menda tu.

Tapi, itulah cinta nama dia...

Apabila kita ingin menggenggamnya, ia tiada!
Apabila kita ingin merasa, ia kosong!
Ia bagai mengejek kita,
Ia bagai mempersendakan kita,
Kita pun mula rindu-rinduan,
Kita pun mula mimpi-mimpian,
Cinta itu pelik......kan?

Tapi itu lah, sebab kejadian dari tulang rusuk tu lah kita rinduan-rinduan, mimpi-mimpian...mencari 'tulang rusuk' untuk melengkap kehidupan.

1- Saling melengkapi satu sama lain.

2- Menghormati kelebihan dan menerima kelemahan / kekurangan kapel.

Aku harap sangat kita akan ingat 2 point tu dalam berkawan ataupun berkasih. Tegurla aku kalau aku silap, ekk?