TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

kita tak hebat pon!





"aku nak berlari...berlari dan jadi orang yang pertama sampai ke destinasi yang ingin aku tujui..."


tu kot yang ingin aku katakan untuk diri sendiri, aku nak bangun dan terus berlari. takmo nak bertatih balik, aku nak mulakan sumtin yg baru, let bygone be bygone. aku nak start dari zero, lepaskan menda menda yang lepas.


zero to hero!


tapi yang pastinya, aku kena persiapkan diri dulu, kuatkan mental dan fizikal untuk ber'marathon' menempuhi halangan, cubaan, cabaran dan dugaan yang mungkin menanti yang of coz aku sendiri tatau impaknya bagaimana pada aku.


itukah resolusi?


untuk menjadi yang pertama, untuk mencapai kemenangan tentulah bukan sesuatu yang mudah. itu sesuatu yang pasti.

samada dalam hidup ini kita berlari atau berjalan, pastinya kita akan berhenti kat check point atau R&R di sepanjang perjalanan kita tu, samada kita memang plan nak berenti atau tidak kat situ bergantunglah kepada keadaan semasa kita. mebi itu dalam perancangan dan mebi tidak.



tapi itulah hidup, kehidupan. kita akan berjumpa orang itu, bertemu orang ini,tapi tak semestinya apa yang kita nak, apa yang kita inginkan, apa yang kita rasa, apa yang kita rancang akan kita dapat dan miliki. tak de gerenti yang semua tu akan jadi kenyataan. sekali lagi; setiap sesuatu tu ada hikmahnya, ujian, dugaan yang kita redahi tu patutnya menjadi sesuatu yang akan memberikan kita sesuatu, membuat kita merenung dan berfikir, membuat kita jadi lebih kuat, lebih tabah, lebih hati hati, lebih cermat, lebih elok tingkah perangai kita, lebih bagus dan tajam mata hati jiwa kita dan mampu memberikan pengalaman dan pedoman agar kita lebih bersedia untuk merempuhi masa akan datang.

kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan!

perlu banyakkan tawakkal kepadaNya. banyakkan usaha, kata orang masa takkan menunggu kita, masa itu emas. jadi pergunakanlah masa itu sebaik yang mungkin.



tapi adakah masa untuk aku , kau dan dia dah sampai?


untuk renungan dan motivate diri sendiri. letih dan lesu !