TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

Wanita AHAD




Wanita hari AHAD.


TABIAT


Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan suka menunjuk-nunjuk.


Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendah-rendahkan kawan dan bersikap bangga diri.


Wanita AHAD tidak suka mendengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.


Antara keperibadiannya yang tak berapa disenangi ialah suka kritik orang tapi takleh terima org kritik dia.


Percintaan tak telus tapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka kan seseorang.


Pandai menyimpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja. Tidak mudah mengalah tapi bersikap boros la plak.


Lagi satu, rangsangan seksualnya agak tinggi.


NAK TAHU?


28 November 1976 adalah hari AHAD. So, sapa sapa yang DOB nya pada hari tu, korang tak payah nak kira or scroll kat handset lagi.


wanita SABTU



Actually nak juga tahu tentang lelaki dan kaitan apa apa dengan hari kelahiran dia, tapi nantilah since yang ni pon memang dah dipaparkan dalam newspaper,kan. Watak wanita yang dilahirkan pada hari SABTU.


TABIAT


Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya seperti berikut:


1 – Kuat cemburu.

2 – Suka kebendaan (materialistik).

3 – Tidak gemar dengan anak.

4 – Suka bertikam lidah.


Sungguhpun macam tu dia orang juga ada banyak kualiti yang lain yang menjadikan dorang ni istimewa;


5 – Tegas pendirian.

6 – Cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal.

7 – Tidak pernah berasa puas.

8 – Sanggup bekorban apa saja demi cita-cita.

9 – Tidak suka mengaku kesalahan sendiri.

10 – Dikatakan juga, mereka ini akur dan mengikut perintah suami


KEWANGAN, PERCINTAAN & SEKSUAL


Dalam soal kewangan plak;


11 – Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.


12 - Dalam percintaan, mereka ini suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji.


13 - Seksual dorang ni agak dingin tetapi jika kena gayanya, ianya penuh dengan kelembutan.


Ingat sumtin, ni cuma sekadar pengetahuan bukannya untuk korang percaya 100%. Tu je.


watak wanita JUMAAT




Korang ada tak tgk newspaper semalam?


Aku rasa semalam la, sebuah akhbar tabloid rasanya sbb aku dapat keratan je yang dah takde tarikh. Terpanggey nak kongsi artikel yg menarik ni yang bertajuk WATAK WANITA IKUT HARI LAHIR.


INTRO


Samada korang nak percaya atau tak,tu ha masing-masing la dan of coz la korang yang akan tentukan perjalanan hidup korang. Apapun, ni adalah cebisan dari tafsiran kitab astrologi melayu zaman silam – Tajul Muluk. So yang nak dikongsikan ni adalah mengenai sifat dan tabiat wanita mengenai hari kelahiran mereka. Itu aje.


So, aku start by hari la. Dimulakan dengan hari ini iaitu hari JUMAAT.


TABIAT


Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya seperti berikut:


1 – Berani menentang suami.

2 – Bangga diri.

3 – Suka berbelanja.

4 – Suka dipuji.

5 – Suka bergaul.

6 – Suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.

7 – Bersemangat waja.

8 – Pandai menyimpan rahsia

9 – Tidak suka mengaku kesalahan sendiri.


KEWANGAN, PERCINTAAN & SEKSUAL


Dalam soal kewangan plak, mereka yang lahir pada hari JUMAAT ni agak boros dan tak pandai menyimpan harta demi masa depan.


Dikatakan cinta dorang ni sejati dan tidak mudah berubah, cumanya kadangkala tidak telus.


Dalam bab-bab panas ni, seksual dorang ni dikatakan istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi dorang ni tak suka dipaksa.


NAK TAHU?


So, korang-korang kalau nak cuba semak bila hari kelahiran korang tu, boleh la scroll kan kat handset korang. Scroll balik ke tarikh lahir korang pada tahun brp, sure korang dapat hari dia. Senang dah sekarang ni sebab masing masing dah ada handset.


Aakan tetapi apa yang tertulis dalam Tajul Muluk ni cuma sekadar pengetahuan bukannya untuk korang percaya 100%. Tu je.



marley & me!

...hargailah perasaan anda...

Kisah ini tentang seorang budak lelaki yang menghidap penyakit kanser yang telah mencapai tahap kritikal dan dia mempunyai masa Cuma sebulan untuk meneruskan hidup dia.


Budak lelaki ini menaruh hati kepada seorang budak pompuan yang cantik dan ayu yang bekerja di kedai CD berdekatan rumahnya. Tetapi dia tidak pernah sekalipon meluahkan perasaannya kepada budak pompuan tadi tu.


Setiap hari dia akan ke kedai CD tu dan membeli sekeping CD semata mata hendak dijadikan alasan agar dia dapat bertemu, berjumpa dan berbual dengan budak pompuan yang dia suka tu.


Selepas sebulan, budak lelaki tu pon meninggal dunia. Beberapa hari itu budak pompuan tersebut berasa kesunyian kerana budak lelaki tadi telah tidak dating membeli CD di kedai tersebut. Lantas pada suatu hari, budak pompuan itu pon pergilah ke rumah budak lelaki tadi dan bertanyakan tentang budak lelaki tersebut daripada ibunya.



Ibu budak lelaki tu pon membawa budak pompuan tadi masuk ke bilik peninggalan anak lelakinya. Budak pompuan tersebut mendapati semua CD yang di beli oleh budak lelaki itu langsung tidak dibukanya. Dia menangis semahu-mahunya.


Semenjak hari itu, budak pompuan itu asyik menangis setiap masa hingga jatuh sakit. Tidak lama kemudian, budak pompuan tersebut juga turut meninggal dunia.


Sedih! Tapi tahu tak kenapa budak pompuan tu menangis selepas dia melawat rumah budak lelaki tadi?


Sebabnya, dia telah menyelitkan surat cinta yang dia tulis di dalam setiap kotak CD yang dibeli oleh budak lelaki itu dengan harapan budak lelaki itu mengetahui perasaannya. Dia sebenarnya juga menyimpan perasaan kat budak lelaki tadi.


Hmm…apa yang korang pikir bila baca kisah tu?


Apa yang korang dapat simpulkan dari kisah tu?



Pada aku, satu je – hargailah perasaan kita terhadap sesuatu/seseorang, jika kita sayang pada dia, luahkan lah perasaan kita itu. Kalau kita tak boleh menyayangi dia sebagai kekasih, tak salah if kita boleh menyayangi dia sebagai seorang kawan. Sekurang-kurangnya kita cuba luahkan perasaan kita, kita patut bangga. Kalau kita sendiri tak reti n tak mahu nak hargai apa yang kita rasa, agaknya orang lain nak ke hargai apa yang kita rasa?


Moral of the story: if u love someone, tell to him/her directly don't wait for the destiny to play the role, be brave, be frank!



i'm loving it!

Muffin!!!!!!!!



Nyum..nyummmm..nyummmmmmmm!!!




impian


Apa yang korang paham tentang 'impian'?


Apa yang korang tahu tentang 'mempunyai impian' dan 'mengejar impian'?


Angan-angan Mat Jenin? Sebenarnya apa yang Mat Jenin dok angan angankan tu tak salah pon, sumtin yg realistik, kan? Just lakukan dengan ilmu, usaha dan matlamat secara teratur. Pasti berjaya, ye tak?


Aku percaya Mat Jenin sorang yang realistik dalam hidup dia. Dan dia sebenarnya memasang impian untuk meningkat maju, mengumpul harta untuk kesenangan keluarga dia. Korang percaya tak?


Bila dah besar-besar macam sekarang ni, korang pernah tak dok rileks rileks dan ingatkan kembali apa impian korang waktu kecik kecik dulu?


Indah kan, waktu zaman bebudak dulu, banyak impian kita yg hebat hebat. Mungkin ada sesetangahnya yg berjaya di capai atau ada yg tak tercapai langsung.


Then bila dah melalui zaman dewasa ni, ada sesetgh kita mula lupa macam mana nak memasang impian bukan nak kata takde, ramai yang ada, dan ramai pula yang TAKUT nak memasang impian.


Sebabnya cuma satu, kita takut untuk memasang impian sebab kita takut ianya tak tercapai atau tak dapat digapai. Means takut GAGAL!


DREAM BIG!

There are no limits to how GOOD you can become or

how HIGH you can RISE except

the LIMIT you put on yourself.


Aku pon kadang kadang macam tu juga, tapi bila sesekali tanya budak budak kecik zaman sekarang ni apa cita cita dorang, ada yang jawab nak jadi ULTRAMAN la, nak jadi itu la, ini la…macam macam dan memang HEBAT la, sapa nak kata tak hebat kalau boleh jadi ultraman , ye tak?


Tapi untuk mencapai dan menggapai sesuatu impian tu memang la takde jalan yg mudah unless mmg dah nasib korang sangat sangat baik. Dalam usaha nak gapai sesuatu impian tu, kena la belajar, tetapkan matlamat tentang impian bagaimana nak dicapai, bertindak menepati matlamat yang kita gariskan tu, put more effort dalam setiap tindakan, kalau perlu jalinkan kerjasama dengan org lain, then do it!. Nampak mudah kan?


Tapi untuk mereka mereka yang positif dan energetic, benda tu semua takde la susah sangat. Apa yang penting dalam nak nak mencapai dan menggapai sesuatu kejayaan dan impian kita tu, satunya jangan terlalu banyak memberikan ALASAN, kalau kita banyak beralasan takde sapa pon yang boleh tolong, tapi kalau kita ada kawan yang mampu n kita ceritakan MASALAH kita dalam nak menggapai impian kita tu, mebbe dia boleh tolong. Dia mungkin ada solution ke atas masalah kita.


NAK atau TAK NAK! Itu satu lagi elemen yang penting, kalau kita dah memang TAK NAK, peluang untuk berjaya , untuk dapat sesuatu yang kita teringin sangat dah ada kat depan mata pon kita tetap tak nak, kan? That means bila tak nak ni ianya tunjukkan apa? Ianya tunjukkan kita ni takde keghairahan dalam kehidupan, kita tak de impian. Hilang keghairahan untuk berimpian macam masa kita budak budak dulu.


Orang yang NAK, normally dia sentiasa berani, sentiasa banyak akal dalam nak menggapai sesuatu. Dia mempunyai keghairahan dalam meneruskan kelangsungan hidup dia. Dia tak segan silu, tak malu nak belajar dan bertanya. Dia sentiasa ingin mencuba menggapai impian untuk diri dan org tersayang. Dia sentiasa yakin dan tabah.


So, pikir-pikirkn la, mebbe apa yg aku tuliskn ni ada kekurangannya.