TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

....simmering tensions.... - Part II



After all, dari nak susahkan diri drive masuk KL & ikut orang len pegi countdown ntuk Neu Year 2010 better kot aku sambung baca menda yang tak abih baca lagi tu hari.

So, aku namakan dia as 'simmering tensions - part II'.

Ekceli bila kita banyak membaca ni especially tentang life, tentang diri banyak yang kita leh pelajari dan selami. Dan sememangnya setiap langkahan kita itu adalah bermaksud bermulanya suatu pelajaran yang baru dalam kehidupan harian kita. Mebi kita pernah dengar tentang menda tu tapi tengoknya tak pernah, pernah tengok tapi taktau nak gunakan, rasa macam tau guna tapi betul ke idak. So, banyak yang perlu dijenguk dan tengok, belajarlah dari kehidupan, dari pengalaman, dari perhubungan. Tentang emosi, tentang soal hati, masa dan nilai sesuatu perkara dalam kehidupan ini.

' Aku pon tak tau la macam mana nak describe perasaan aku bila baca ayat-ayat dalam SMS tu. Pendekkan cerita la senang sikit, aku reply;

"I'll do everything for you my dear friend. As long as you are happy then it is okay for me!"

Sabar! Takpe, hati aku masih cool. Kalau nak ikutkan cerita tentang sahabat yang sorang ni, dah lebih sedekad aku kenal dia. Tapi langsung tak pernah berjumpa, hujung hujung pon contact ikut phone. Itu pon bila dia ada kat Malaysia ni. Pastu kitorang lost contact, lama giler beb.'



Master piece of nature.
Aku ringkaskan intro dia sampai situ, kang aku macam buat karangan plak.



'Aku ulang baca SMS tadi;

"Awak, better kita stop contact each other thru phone, kita just YM je. Itu pon time opis hours. Saya taknak dia pikir bukan bukan tentang kita dan dia punyai pandangan yang serong kat saya dan awak."

"Lagipon dia dah perasan & tegur saya asyik berkepit dengan handphone je, dulu handphone tu main baling balingkan je. Langsung tak kisah."


Term of equality.


'Pada suatu masa, kita akan rasa sedih, sebak dan sayu bila kita rasa kita telah keseorangan. Jauh daripada teman rapat yang biasa kita berkongsi suka duka dalam hari hari kita sekarang. Kita rasa dihindari, kita rasa tersisih dan dipinggirkan, even ianya dilakukan secara sopan.

Persahabatan kami memang agak lama terjalin dan ianya adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Bila difikirkan balik, memang akku rasa sebak dan terharu, sedih sangat sebenarnya. Suatu keadaan yang langsung aku tak suka.

Hmmm...aku pasrah!

Besar manapon masalah, sebenarnya masih boleh di'settle'kan juga. If nak melayan sangat perkara-perkara negatif tu, makin tonggang terbalik la otak kita.

Entahlah! Biarlah masa dan keadaan yang jadi penentu. Aku tak harapkan apa apa pon. Kitorang cuma kawan dan hanya kawan. Itu saja dan tak lebih dari sepasang kawan.

Aku selalu cakap kat orang lain; 'Jangan biar emosi mengawal diri kita, biar kita yang mengawal dan menjadi penentu arah hala tuju emosi kita.'

Tapi, sejak akhir-akhir ini aku rasa aku pula yang macam terlalu sensitif dan beremosi. Entahlah. Aku sendiri tak pasti. Tapi kalaulah kau tahu, kaulah antara kawan aku yang paling baik.'



Rasa macam tak best plak bila aku edit-editkan jadi pendek. Tu pon siap buang ayat-ayat yang panjang & ikut sedap sendiri. Tapi aku suka, ada emosi dalam kisah tu. Pasni leh tukar baca novel lain pulak.

Ekceli, ada perkara-perkara yang dapat dipelajari even melalui pembacaan. In short, dalam life ni - treat everyone the way that you wanna be treated as in return.

Tapi nulis perkara-perkara yang emo sangat ni pon bosan juga. Ye tak?
Anyway amik la part mana yang boleh pakai. Tu je pon.



1 JAN 2010

First of all, alhamdulillah sbb masih lagi wujud di waktu ini jam 3:00 pagi pada 1 Januari 2010. Selamat datang tahun baru masihi 2010.

Meminjam ayat-ayat dari blog kartunis TeMBakau;

''Ya Tuhan, Semoga Engkau Tidak Membiarkan Kami Hanyut Dalam Kerugian''

Sekali lagi menjengah ke belakang, tengok balik azam & impian yang aku cuba gapai untuk 2009 yang baru berlalu lebih kurang 3 jam tadi. Banyak kesedihan yang aku rasakan lantaran tak tergapai dek tangan segala impian aku. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba, aku mencuba sedaya upaya yang terbaik yang mampu aku lakukan untuk setiap hari yang aku punyai. Walau bagaimanapun, penyesalan tetap wujud di atas sesetengah kegagalan yang memberikan impak raksasa ke atas diri dan kehidupan.

Tengok balik checklist di awal 2009, fuhhh~ .... berat sangat rasanya, sendat sungguh rasanya kat dalam aku ni. Teringat kata-kata seseorang;

"kalau aku tahu, banyak yang takkan aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kesilapan dan seterusnya kegagalan."

But, hidup mesti diteruskan. Kita dah melangkah pon ke 2010. So, apa yang perlu ialah perbetulkan langkah, kukuhkan kuda-kuda dan terus membuat langkahan untuk terus maju ke depan.

Jom kita sama-sama perkemaskan azam & impian kita. Biar lebih teratur dan spesifik. Insya'allah, kita pasti akan dapat menggapai segalanya.

Kepada jatuh lepasnya azam & impian 2009 yang gagal digapai, bisikkanlah kepada hati kita bahawa,

1- Sometimes, what we hate is better than what we want. - Kita benci air halia sebab ia pedas tapi suka sangat air gula sebab ia manis, ada paham ayat tu?

2- Kalau tuhan nak bagi sumtin yang bernilai, DIA takkan bagi dengan cara yang mudah. Sebabnya, kalau mudah sgt dapat, mungkin kita tak reti nak menghargai. - Jatuh sungguh kat atas batang hidung.

3- Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan ribut & kilat. Kita nangis dan tertanya mana hilangnya sinar. Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi - pemandangan yang indah & ceria. Maksudnya, setiap sesuatu yang terjadi tu ada alasan dan sebabnya.

4- Kalau kita tak lalui kesedihan dan kesukaran dalam hidup, kita tak mungkin menghargai apa yang kita ada. - Sama macam yang kat atas, makin sakit batang hidung aku.

5- Sumtimes, sumting is juz not meant to us. - Sendat & semak rasa kat dalam dada.

6- Setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya, mungkin kita je yang tak nampak. - Harap-harap itulah yang sebenarnya.


Justeru bangun dan aturkan langkahan. Teruskan melangkah. Teruskan menggapai azam & keinginan - untuk aku dan juga korang.

Setiap orang ada cerita tersendiri, ada rezeki sendiri - kita saja yang tak tahu. Insya'allah bila masanya untuk kita telah sampai, samada kita dah bersedia ataupun tidak, pasti kita akan terima dan dapat rezeki kita.

SELAMAT DATANG TAHUN 2010 MASIHI

&

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009 MASIHI.



2010





Neu Year's Wishes


Semoga you get a clean bill of health from your dentist, your cardiologist, your gastro-enterologist, your urologist, your proctologist, your podiatrist, your psychiatrist, your plumber and the I.R.S. In short - harap korang sihat, aku pon sihat jugak.



Semoga your hair, your teeth, your face-lift, your abs and your stocks not fall; and may your blood pressure, your triglycerides, your cholesterol, your white blood count and your mortgage interest not rise. Alhamdulillah, for me everything still under-control


Semoga Neu Year find you seated around the table, together with your beloved family and cherished friends. May you find the food better, the environment quieter, the cost much cheaper, and the pleasure much more fulfilling than anything else you might ordinarily do that night.Aminnn.



Semoga what you see in the mirror delight you, and what others see in you delight them. May someone love you enough to forgive your faults, be blind to your blemishes, and tell the world about your virtues.

Semoga the telemarketers (network marketing, multi-level marketing, direct-selling agent, etc) wait to make their sales calls until you finish dinner, may the commercials on TV not be louder than the program you have been watching, and may your check book and your budget balance - and include generous amounts for charity.



Semoga you remember to say "I love you" at least once a day to your spouse, your child, your parent, your siblings; but not to your secretary, your nurse, your masseuse, your hairdresser or your tennis instructor.

And semoga we live in a world at peace and with the awareness of God's love in every sunset, every flower's unfolding petals, every baby's smile, every lover's kiss, and every wonderful, astonishing, miraculous beat of our heart.


Semoga ALLAH bless you & me



STRESS (tekanan)

sumber: MaskuLin

LELAKI + ANGKA



Satu kajian telah berjalan selama 11 tahun di Jepun
melaporkan tekanan (stres) kerjaya meningkatkan risiko strok.
Berdasarkan pemantauan 3,190 sukarelawan lelaki
dan 3,363 sukarelawan wanita dari pelbagai latar belakang kerjaya,
akhirnya penyelidik mendapati 147 sukarelawan diserang strok
dan 91 darinya merupakan lelaki.



ermm...

org Malaysia sangat berpotensi nih...balik kerja redah jalanraya yang sesak lagi.
huh..stressssssssssssssss!!!!!

LELAKI + ANGKA 2

sumber : Maskulin



Kajiselidik yang pernah dibuat oleh Pfizer
iaitu GBSS (Global Better Sex Survey) mendapati
lebih 50% lelaki Malaysia
langsung tidak mengadakan hubungan seksual
bagi tempoh empat minggu perkahwinan
disebabkan masalah ereksi.



biar betul beb???
wah.....lagilah menakutkan nih....


LELAKI + ANGKA 1

LELAKI + ANGKA
(dipetik daripada Maskulin)





Hampir
92% lelaki berkahwin
akan boroi setelah 2 tahun dan
ke atas tempoh perkahwinannya.









takut tak? huhuhuhuhuh....
payah ni...


....simmering tensions....

the simmering tensions are just bubbling under the surface and
may spark out without any notice.....

"bila kita nampak macam rilex je, ceria, gembira je; actually it doesn't mean that kita takde pendamkan apa apa kat dalam hati or perasaan kita,kan?

tapi, sebenarnya apa yang paling penting ialah bagaimana kita cuba mengawal diri kita supaya tak me'rojak'kan satu isu dengan isu yang lain.

mungkin kita betul, mungkin jugak kita salah. bila kita terlalu banyak nak ambil tahu, terlalu banyak tanya, orang kata kita ni macam polis la, penyiasat la, bz body la. tapi, orang takmau plak tanya dan amik tahu kenapa kita asyik bertanya, pada dorang itu semua menyibuk, curiga atau ntah apa apa.

sesetengah orang cuma nakkan diri dia je dipahami oleh orang lain tapi dia tanak plak vuba nak pahami diri orang lain. betul la orang cakap, rambut je sama hitam tapi ..hati lain lain.

mesti kita sedih,kan? sedih bila orang yang paling rapat dengan kita meninggikan suara kat kita, mengherdik kita sedangkan kita pula cuba mengawal diri supaya 'volume' kita tak naik tinggi kat dia.

kalau kita nak buat perkara yang sama, boleh sangat sangat. tapi, apa guna kalau dah bertekak macam tu?"


so, text tu akan di sambung nanti. macam panjang je lagi. malas nk filter kan and then nak taip balik.

countdown to neu year 2010


29 - Dec - 2009


wah...dah tak berapa hari je lagi nak melangkah ke 2010.

so, boleh la nak flashback balik ke tarikh hari pada tahun 2008, semak balik checklist 'azam tahun baru' yang nak dicapai tahun ni. tercapai ke tak?

for sure, mesti ada yang tercapai, mesti ada yang tak or ada yg separuh jalan and have to start from the beginning balik. ye tak?

but, that's nature.

aku?

semak punya semak...banyak merah lah checklist untuk pencapaian tahun 2009 nih. so sad la if tengok sasaran untuk dicapai pada tahun 2009 nih.

anyway, hidup tetap perlu diteruskan juga tak kira la apapon. perancangan untuk masa akan datang such as tahun 2010 tetap perlu dibuat. cumanya mebi kena lebih teratur, spesifik dan ada wawasan sket.

buangkan apa apa yang buruk yang akan menjejaskan perancangan yg baru tu, start with a neu book. so, harap harap sesapa yang banyak 'merah' dalam checklist untuk dicapai pada 2010 tu belajar dari apa yang terjadi sebelum nih yang buat banyak benda tak tercapai.

mungkin kita buat kesilapan, tapi orang lain juga buat kesilapan. actually kesilapan tu berlaku tak mengikut umur seseorang, maksudnya kita takleh kata awak bukannya budak umur 25 tahun, awak dah umur 40 tahun , awak tak patut buat kesilapan yang macam ni. kesilapan tak mengenal usia dan darjat seseorang. betul?

so, plan betul betullah macam mana azam tahun 2010 ni boleh dicapai, biar sasaran pencapaian dia tu nampak smart sket. for sure semua org boleh. yakin boleh!

tentang silap tadi? if kita tak buat silap, normally kita takkan dapat belajar apa apa pon, takkan belajar macam mana nak mengawal keadaan, diri dan apa saja yang berkait dgn kesilapan tu.

lagi satu, jangan lupa masukkan dalam checklist azam 2010 tu - Untuk Berusaha Menjadi Seseorang/Anak/Suami/Ayah/Abang/Kawan yang lebih baik kepada orang-orang di sekeliling kita, kepada orang-orang yang kita sayang yang berlandaskan kepada keredhoanNya.

dan, of cos it is not about how good you are, but how good you want to be.

errr... akhir dan awal tahun baru hijriah baru nih....ada baca doa tak?

actually as a muslim, yg tu is most important compare to nak countdown untuk 2010M nih.

anyway, selamat merancang azam tahun baru korang.



'confidence doesn't come out of nowhere. it is a result of sumtin....hours and days and weeks and years of constant work and dedication'
- roger staubach