TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

14

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


"Kamu kat Kolumpo nuu... jangan buat tak tentu hala sangat, Hak. Sembahyang jangan tinggal."


"Satu lagi pesan ibu... jangan lokek nak bersedekah, macam tu jugaklah dengan amal jariah."

Hmmm
....

"Kalau orang dah beri kamu kerja tu, buat sungguh-sungguh. Pegang amanah yang orang dah beri. Jangan hilangkan kepercayaan orang pada kita. Sekali kita buat silap, orang akan ingat sampai mati."

"Ada satu lagi Hak...."

Ishhhh.... emak aku nih memang cukup terer la dalam bab buat ayat-ayat tergantung ni.

"Bila kamu nak bawak balik bakal menantu ibu?"

Cehhhh.... ke situ pulak pusingnya emak aku ni! Macam mana pun... emak memang best!

13


'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


" Jauh sangat menungnya tu.... ingat orang kolumpo ke? Meh makan."
Mak mengajak aku.

Aku dah agak dahhh!!!

Asam pedas, ikan pekasam goreng, kacang botol, ulam petai dengan sambal belacan, perghhhhh!! Rasa macam tak nak balik K.L dah lepas nih.

"Kalau tak cukup, kat dapur nu ada lagi."Acik tersengih je.

"Nyindir Alang le tu!!"

Bila aku tengok muka adik aku... Bila aku pandang muka emak aku... Bila aku renung dalam-dalam... Tak rugi rasanya kalau aku jadi manusia yang bergelar insan.

"Nasi tu kena makan dengan mulut, bukan dengan mata, Hak!". Mak menegur....


Sapa lagi kalau bukan aku! Aku tak mau duit menjadi penyebab utama adik aku tak dapat sambung belajar.

"Kalau Acik bagus dalam SPM nanti, Acik nak sambung belajar kat mana?", Aku tanya Acik.

"Kat Cairo. Orang nak masuk Al-Azhar. Tapi Alang kena support orang la."

Nah! Sekarang ni sebelah kaki dia dah jejak. Tinggal sebelah lagi aje yang belum pasti sama ada boleh terus melangkah atau... hurghhhhh....!!!

Sekarang baru aku tau, betapa susahnya orang tua nak bagi makan kat aku, nak besarkan aku dan nak sekolahkan aku. Payah rupanya jadi keua keluarga ni, ye...



' the Beginning is the end is The Beginning '

12

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Teringat aku waktu aku kecik-kecik dulu...

"Tanggungjawab tu apa bah?" "Tanggungjawab tu bermakna amanah dan apabila seseorang tu dipertanggungjawabkan untuk memegang satu amanah, hendaklah dilaksanakan ia dengan sebaik mungkin. Ia merangkumi semua, pada agama, keluarga, sesama insan, diri sendiri dan pada kedua ibu bapa selagi ia tidak melibatkan dengan perkara-perkara yang berlawanan dengan hukum Tuhan.", abang memberikan penerangan kepada aku.

Arwah abah memamng macam tu. Dia akan jawab setiap pertanyaan dengan teliti dan teratur. Dari raut mukanya yang tenang aku dapat agak yang setiap jawapan dari abah tersembunyi seribu satu soalan yang harus aku sendiri cari maksudnya.

"Mungkin satu hari nanti kamu akan tahu sendiri betapa tanggungjawab itu sebenarnya suatu nikmat yang Allah beri kepada manusia yang bernama insan."

Lima belas tahun dulu, aku mungkin tercangak-cangak mencari makna ayat yang kabur tak berjawapan tu.

Tapi sekarang... yang kabur mula jelas, yang jelas kian nyata dan yang nyata itu belum aku pasti lagi akan kepastiannya.


"Ibu panggil kamu balik tergesa-gesa macam ni, bukannya sengaja nak nyusahkan kamu, Hak." Ayat emak terhenti setakat tu. Aku perasan yang anak mata dia memandang tepat kat muka aku. Tu yang aku lemah tu! Aku memang tak boleh pandang muka emak lama-lama, sayu aku.

"Pasal duit belajar adik kamu tu... ibu tak paksa kamu adakan jugak dalam jangka masa yang pendek ni. Ibu faham kamu pun nak pakai duit untuk kamu sendiri." Kata-kata emak terhenti buat kali kedua, macam nakkan aku betul-betul ambik perhatian akan apa yang bakal dikatakan seterusnya.

"Kamu pun tahu...kita bukannya orang senang. Lepas arwah abah kamu pergi, pada kamu ajelah tempat ibu berharap. Kamu berusaha mana yang termampu oleh kamu dan ibu akan ikhtiarkan juga mana yang boleh." Bicara emak terhenti lagi buat kali ketiga. Kata-kata mak tadi membuatkan aku rasa macam seorang hero.

"Ibu nakkan kesemua anak-anak ibu dapat belajar tinggi. Ni amanah arwah abah kamu pada ibu. Sekarang masa adik kamu pulak, Sahak." Emak tengok muka aku lagi, kali ini dia pandang betul-betul tepat kat biji mata aku.

"Insya-Allah. Sahak pun tengah usaha sekarang ni mak." Aku menjawab dengan penuh konfiden.

Besar betul tanggungjawab aku, berat betul amanah yang aku pikul. Aku tak perlu cakap berdegar-degar untuk membuatkan emak berasa lega.

Barulah aku faham sekarang ni akan apa yang arwah abah cakapkan.

Mungkin ini baru permulaan. Esok, lusa... aku tak tau lagi.

Apa-apa hal pun. Aku mesti lepaskan adik aku dulu.

11

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Penting benar bunyinya tu. Jarang emak aku buat benda-benda emergency macam ni. bagus jugak. Lama dah rasanya aku tak balik kampung bawak tangan kosong je, segan aku. Walaupun orang tua sebenarnya tak berapa harap sangat duit kita tapi sikit sebanyak kita sebagai anak patut ringan-ringankan beban diorang. Ceh, ceh, ceh... anak mithalinya aku!!

Bila tengah sunyi-sunyi macam sekarang ni, terbayang-bayang kelibat emak aku. Semenjak abah meninggal dunia dua puluh tahun yang lepas, emak akulah yang berperih-jerih mencari rezeki untuk kami tiga beranak. Macam-macam kerja dia buat, cari duit untuk aku dua beradik. Aku pulak masa zaman tu punyalah kuat makan.

Pernah ada suatu hari tu emak tempeleng muka aku pasal aku kata nak berenti sekolah, nak sama-sama tolong emak cari duit untuk kami. Birat tempeleng dia tu sampai hari ni aku rasa.

"Tulang empat kerat Tuhan bagi kat aku ni masih kuat lagi. Selagi tak reput, selagi tak patah, biar ibu yang cari duit. Kamu dua orang sekolah pandai-pandai, nanti esok boleh bela nasib masing-masing. Kalau nak tutup pun mata ibu ni, biarlah hendaknya kamu orang dah habis sekolah. Dah dapat kerja bagus. Dah boleh urus masa depan masing-masing."

Teringat-ingat suara dalam emak aku tersusun tegas sambil mata dia berkaca pilu.


Kampung Jabi, Segamat, Johor. satu masa dulu kat laman ni la tempat aku main pasir, tempat aku main hujan dan tempat aku kena libas dengan tali pinggang pasal main kedua-dua permainan tu. Bestnyaaaa....

Arwah abah aku memang tegas, tak banyak cakap. Sesuai dengan personaliti dia sebagai seorang tentera. Kalau dia kata jangan tu, jangan la. Toksah la nak memandai-mandai kata boleh.
Arwah abah didik aku sama macam dia latih rekrut-rekrut askar. Hidup aku ketat dengan displin. Cuma aku bertuah sikit pasal tak kena pumping tiap-tiap pagi.

"Orang lelaki mesti tegas, mesti disiplin sebab satu hari nanti dia akan jadi pemimpin. Tak kira di tempat kerja atau pemimpin keluarga dan yang paling penting jadi pemimpin untuk diri sendiri."

Dalam betul ayat-ayat tu. Boleh ke aku jadi pemimpin, dalam keluarga aku yang tak keruan sekarang ni?

10


'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


'Aku ingin terus hidup tanpa Roland! Cukuplah dengan derita yang aku tanggung. Penghidupan bahagia yang selama ini ku cari sudah hampir ku temui.'

Huiii... perenggan penutup karangan si amoi ni membuatkan aku dalam keadaan tertanya-tanya lagi. Teori aku mengatakan watak Sasha dalam cerita dia nih memang dia... aku rasa betul. Atas sebab apa, aku sendiri pun susah nak terangkan.

Cerita yang dia buat ni simple. Cuma permasalahan yang dia create dalam klimaks cerita dia ni agak menimbulkan seribu pertanyaan untuk aku.

Melalut-lalut pulak dah aku ni. Tutup cerita amoi tu, kita bukak pulak cerita kerja. Alhamdulillah, aku dah dapat baca habis manuskrip ni. Kalau nak ikut faham, dah lebih dari faham. Kira miracle jugaklah. Dua ratus muka surat dalam masa satu malam. Kalau nak ikut prestasi membaca masa aku belajar dulu memang teruk. Aku memang tak suka membaca, but I'm a good listener, aku lebih suka memorizedkan apa yang aku dengar kendian tu catat buat nota kecik. Tulah cara aku belajar sejak aku sekolah menengah lagi.

Troot.... Troooot...

"Assalamua'laikum, nak cakap ngan sapa? Ya... tengah bercakap ni...", aku menjawab panggilan telefon.

"Haaa... Acik. Apa hal telefon malam-malam ni?", tanya aku kat adik pompuan aku yang sorang tu.

"Tak boleh tidak... Alang kena balik jugak esok. Ibu harap sangat... Ibu pesan tu aje. Okaylah Lang, hujan makin lebat ni. Assalamua'laikum."

KLunK!

BLueS UNTuk aKu





Aku,

Ishak or Sahak.

KaWan-KaWaN
KeNapa Mau LawaN
KiTa KaN kAwAN
dulu SaMa-SaMaN
KOngsi teH SEcaWan

KaWan-KaWan
KeNapa Mau LawaN
ORaNG Lain Maju ke depaN
OraNG KiTA caRi jaLaN
JaTuhkaN KaWan.





Amoi yang cute!

Jessica @ Jessie.

KaWaN-KaWaN
KeNapa Mau LawaN
kaN Ke Cukup RezeKi TuHaN
BuAt KiTa raMai-raMai
MaKaN.

KaWaN-KaWaN
BukaN nAk cari LaWan
SEkadaR NaK ingaTKan TEMan
haTi-HaTi denGan
GUNTiNG daLaM LipaTan.





my buddy,

Yon.

KaWaN-KaWaN
KiTA SaMa-SaMa caRi makaN
BiLa FiKir MasA dEpaN
JaNgaN TaBur PasiR
DaLaM PeriuK KaWaN

KaWaN-KaWaN
CuBa diKaji oraNG Tua PEsan
KaWaN jadi LaWaN
LaWaN jadi KaWaN

9


'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam setiap helai manuskrip yang ditulis oleh Jessica ni.

Makin aku cuba fahamkan, makin aku tak faham pulakdibuatnya. Selalunya kan, seseorang penulis tu lebih gemar menjadikan kisah hidup dia dijadikan bahan cerita sebab senang nak feel. Itu pun mengikut kajian aku sendiri la, kan. Tak tau la pulak kalau-kalau teori aku ni salah. Kalau nak dicomparekan Jessica dengan watak Sasha dalam cerita yang dia tulis ni, tak banyak beza sangat aku rasa.

Tapi itu semua besar kemungkinan la kan, aku sendiri pun tak pasti.

"Khusyuk benar nampaknya tu?", Yon menegur aku.

"Kita tau la kan...", sambung Yon lagi.

"Tau apa?", aku tersengih.

"Tak ada apa-apa heh!"

"Eyy, Yon. Dah berapa lama kau kenal dia?", aku tanya Yon.

"Lama dah. Kenapa?" "Cuba kau baca perenggan yang ketiga ini"

"Apasal?", berkerut dahi Yon sambil membaca manuskrip yang aku pegang tu.

"Ekhmmm... mmm..."

'Terkadang aku berasa tidak adil dengan diri sendiri, hidup dalam gelumang dosa dan noda. Sampai bila aku harus begini...'

'Membiarkan saja palit-palit hitam terus tercanting dalam hidupku. Aku mimpikan seseorang untuk menarikku keluar dari kawah hina ini...'

"Macam lahir dari realiti aje bunyinya,kan?", kata aku kepada Yon.

"Srupppp!!"

"Apa pendapat engkau Yon?"

"Kureng la kau! Emosional sangat. Kan cerita aje tu. Si Jessica tu kan penulis... aku kenal sangat dia tu."

"Aku bukannya nak syak yang bukan-bukan kat dia Yon. Mungkin jugaklah ye, aku ni emosional sangat kot. Eyy.. sejak bila engkau kawan sama dia aaa?", aku tanya Yon lagi.

"Masa kat ITM dulu. Dia tu classmate aku. Kepala dia memang gila-gila sikit. Ehh..Hak, hujung minggu ni aku takde tau. Aku pegi Penang."

"Berapa hari?", tanya aku.

"Dua. Engkau tengok-tengok sikit bini aku kat luar tu ye. Mintak tolong kau warm up enjin dia pagi-pagi."

"Upah?", aku tersengih.

"Aku belikanlah kau buah pala lima nam kampit nanti."

"Cehh!!"

"Okaylah tu, buah pala. Abis tu kau nak apa?"

"Anak mami ke...", aku sengih panjang, dan...

Kami gelak besar kejap...

"Oii... Jessie tu solo lagi apa... masuk jarum laa! Itu pun nak tunggu aku ajar ke?", tambah Yon tersengih-sengih.

"Sorry aaaa... aku allergic dengan pompuan." Kami terus gelak besar.

Cehh... solo ke, apa ke, pedulik hapa aku. Tak kuasa aku nak bercouple-couple buat masa ni. Yang ada dalam kepala otak aku sekang, macam mana nak dapatkan tiga ribu ringgit dalam masa sebulan dua ni. Masa jumpa Jessica semalam pun lupa nak tanya pasal berapa dia nak bayar aku. Takpe laa. Nanti masa nak buat agreement nanti boleh bincang.

Malam ni aku kena baca habis manuskrip si Jessie. Tak banyak lagi, tinggal lagi setengah je. Lepas tu nak fahamkan betul-betul jalan cerita dia. Lepas tu nak buat character development dan macam-macam lagilah aku nak mengadap.

Jumaat petang pulak nak mengadap si Jessica yang tengah solo lagi tu. Solo lagi?


8

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


"Sunyi je office awak"

"Dah pukul satu dah pun. Diorang pegi lunch le tu. Jom makan!", amoi tu ajak aku.

"Jom makan?"

Jom makan? Hah, tanya lagi soalan bukan-bukan. Celupar sangat mulut tu! Duit dalam poket cukup-cukup tambang balik aje ni. Buatnya dia yang suruh aku belanja karang, tak ke naya aku dibuatnya nanti. Apa alasan aku nak bagi kat amoi ni ye?

Ishhh... tolonglah, amoi. Aku tengah daif sekarang ni. Tak boleh ajak hari lain ke?

"Saya belanja", dia menyambung lagi, macam faham aje apa yang aku fikirkan.

"Err... tak payahlah. Menyusahkan awak aje..."

"Biasa laa.... nak jaga client!"

Lepas makan ...

"Jadi, bila boleh kita duduk bincang balik?", si amoi tu minta kepastian.


"Bagi saya tiga hari, boleh?!"

"That means, hari Jumaat. Lepas Jumaat lah, ye."

Aku hantar amoi tu pergi kat kereta dia.

"Lepas Jumaat...", aku dok memikir waktu on the way balik.

Macam mana aku nak cakap 'eh pasal amoi ni. Dah la cakap Melayu pandai, tau hormat agama orang pulak tu.

"Lepas Jumaat lah, ye."

Sedap betul dia cakap petang tadi. Susah jugak nak percaya ayat-ayat tu terpacul dari mulut dia. Makin aku banyak berbual dengan dia, makin banyak pulak yang aku tahu tentang peribadi si amoi tu. Eshhh... nak puji lebih-lebih pun tak boleh la kan. Karang orang kata, mentang-mentang la amoi tu cun ...

Tapi apa-apa hal pun, malam ni aku kena start baca manuskrip yang dia bagi tadi. Mana la tau kot-kot cerita yang dia buat tu tak serasi dengan cara penyampaian aku pulak.



'No one's pinned their dreams on me'

7


'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


'Kindness is a language the dumb can speak and the deaf can hear and understand'

Pagi ini merupakan pagi yang paling indah untuk aku. Lebih dari pagi-pagi yang biasa sebelum ini.

Aku dah terbangun sebelum jam buruk tu bangunkan aku. Semangat untuk bekerja membuak-buak. Al-maklumlah, si amoi tu nak berbincang dengan aku pagi ni.

Aku pun kadang-kadang kurang pasti sama ada aku seronok dapat kerja yang amoi tu tawarkan atau... Aku sendiri yang seronok sangat nak jumpa amoi tu. Hehh!

" Ni semua manuskrip dah saya siapkan. Awak bacalah dulu kat rumah... dapatkan feel dia sikit-sikit", amoi tu hulurkan hasil kerja dia kat aku.

"Berapa lama awak ambik masa buat cerita ni?"

"Lama dah. Saya buat sikit-sikit."

Sambungnya lagi, "Since masa saya di college lagi. Awal tahun ni baru dapat habiskan. Maklumlah, buat pun masa tengah free. Itu pun kalau mood ada."

Tak pelat langsung! Aku agak amoi ni mesti ada mix punya ni. Lancar semacam aje bila bercakap. Tak puas hati betul aku dibuatnya.

Kagum... kagum... takpe.

Kita cungkil rahsia macam mana dia boleh terer sangat ni. Korang tengok 'ehh.

"Awak selalu campur dengan budak melayu ke?", aku tanya dia.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Takde la..."


"So?"


"Bahasa Melayu awak macam orang Melayu... Tak macam orang Cina cakap Melayu."

"Pelik sangat ke?", dia tanya aku balik.

"Awak orang Melaka, ke?", aku tanya dia lagi.

"Taklah... Saya orang Kelantan..."

Ohoo.... no wonderlah fasih sangat. Orang kata , orang Cina Kelantan memang macam tu. Yang makan pakai tangan pun ramai. Orang kita aje yang tak ramai boleh cakap Cina (termasuk aku le tu!) Rugi betul, kan?

6

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Sampai kat rumah, aku dan Yon lepak-lepak sambil berborak...

"Yon..... Masa bila engkau curik artwork aku?"

"Marah ke? Aku bukan apa, Hak. Aku cuma nak tolong engkau.... Lagi pun si Jessie tu tengah cari illustrator untuk buku dia.... Jadi kebetulan aku ada la sorang kawan yang hasil kerja dia power gila. Jadi aku pun.... "

"Yon... Aku tak tahu macam mana nak balas budi engkau", kata aku pada Yon.

"Kau kan kawan aku...", Yon tersenyum.

Semoga budi baik engkau, Tuhan aje yang dapat membalasnya, Yon. Kadang-kadang tu, bila aku
fikirkan balik, susah nak cari kawan kat Kuala Lumpur nih. Kawan makan kawan bersepah! kalau ada yang tolong pun bersebab. Kalau boleh buat untung atas kita lagi la diorang tolong.

"Susah nak cari realiti kalau engkau duduk kat tengah kota besar macam ni."

Macam tu la antara barisan-barisan ayat yang keluar dari mulut dia masa aku mula-mula tinggal dengan dia dulu. Tapi apa-apa hal pun, aku kena jumpa dengan Jessica esok pasal nak bincang tentang offer dia yang tadi. Boleh tahan juga amoi tu ye?

5

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Sesampai kat Bangsar,

"Mana pulak budak ni?", mata si Yon melilau aje macam mencari seseorang.

"Jumpa sapa sebenarnya ni, Yon?"

"Ada laa...."


"Cakap aaaa....sapa?"


"Hahh... Panjang Umur!"
, ceria je muka si Yon...

"Oii....Jessie!", sergah si Yon.

"Apa la lambat!", si Amoi tu balas balik.

"Sorry laaa lambat sket, jalan teruk laa"

"Setengah jam tu sikit ke?"

Aku tersengih aje tengok dia orang berdua ni.

"This is my buddy yang aku cakap dulu tu", Yon introducekan aku kat si Amoi tu.

"Hi... saya Jessica.", Amoi tu introducekan diri dia.

Ohoo... ini la dia surprisenya. Patut le rahsia sangat. Tapi yang musykilnya, kenapa si Yon bawak aku jumpa sama amoi ni? Takpe, kita tengok dulu.

"Err... saya Sahak."

Yon pulak mencelah, "Amacam? Tengok orang pun dah tau kan!"

"Well... kita straight to the point lah ye?", tambah si Yon.

"Sebenarnya Hak... Amoi ni ada job untuk engkau. Itu pun kalau kau sanggup nak buat".

"Job? Job apa tu, aku tak paham aaa...", aku minta penjelasan.

"Saya dah tengok kerja-kerja awak... Perfect. Saya puas hati betul. Saya rasa awak calon yang paling sesuai", Amoi tu bagi penjelasan.

"Masa bila pulak saya.... Yon..?", confuse aku tak hilang lagi.

Yon tersengih.

Huhh! Jantan ni memang nak kena dengan aku. Masa bila dia buat pakatan sulit dengan amoi ni pun aku tak tahu. Yang si amoi ni pon satu, cerita la dulu apa benda yang dia nak buat. bayar ke tak bayar. Cerita berdentam-dentum pun tak guna juga kan? Ini tak, boleh main puas hati aje. Satu lagi, bila pulak Yon bawak kerja-kerja aku tunjuk kat si amoi ni? Macam mana boleh tak perasan. Hah? Hah?

"Okey... macam ni lah. Awak datang office saya esok. Biar saya terangkan pada awak in detail.", tambah amoi tu lagi.

"Err... tengok 'ah dulu macam mana..."