TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

kejayaan tak semudah memetik jari

adopting a 'can do' attitude


Pengalaman yang kita lalui tiap hari umumnya tidak sama seperti pengalaman-pengalaman yang kita telah lalui sebelumnya. Semua ni disebabkan setiap cabaran yang kita lalui tu adalah dalam pelbagai bentuk dan suasana yang berbeza. Mungkin juga berbeza disebabkan oleh keadaan ekonomi, tekanan keadaan sekeliling, kesuntukan masa, misunderstanding dan macam-macam.


For sure, samada kita bersedia atau tak, kita tetap kena meredahinya juga. Actually pengalaman hidup ni bukan sekadar mengajar kita untuk sentiasa menjadi the best dan tak boleh jatuh tapi juga supaya kita belajar bagaimana nak atasi sesuatu masalah itu, bagaimana nak bangun dari kegagalan so kita leh memotivasikan diri kita dan memperbaiki diri kita melalui usaha dan apa yang telah kita pelajari.


Kalau kita tak menempuhi kegagalan, kepayahan dan kedukaan dalam hidup, kita tak mungkin menghargai apa yang kita punyai.


Tapi apa yang sebenarnya lebih penting ialah selepas setiap sesuatu yang kita buat tu, menghargai apa yang diri sendiri buat adalah satu tindakan yang amat penting. Anda akan rasa amat berpuas hati jika anda menghargai diri anda sendiri dalam setiap tingkat tindakan yang anda buat.


Ingat! Banyak pilihan yang diberikan oleh kehidupan ini, setiap pilihan kita memberikan pengalaman yang baru dan berlainan. Setiap pilihan ada usaha yang perlu kita lakukan untuk menjayakannya. So, buatlah pilihan yang terbaik dan berikanlah serta lakukan yang terbaik untuk setiap pilihan, setiap waktu, setiap hari yang anda dan saya; kita miliki.


Tanamkan dalam diri kita untuk bencikan kegagalan kalau kita tak suka gagal, bukan kerana kita ditakdirkan untuk kalah. Mebbe kita gagal kerana kita tidak cukup dalam melengkapkan diri sepenuhnya sebelum memulakan langkahan.


Kita perlu sedar jatuh bangun seseorang tu actually selain bergantung kepada pengetahuan dan usaha, ianya juga bergantung kepada perancangan yang teliti dan bijak serta pengurusan yang baik dalam setiap keadaan dan level kehidupan. Tak ada orang yang berjaya disebabkan oleh perancangan yang haru biru dan pengurusan yang kelam kabut. Tidak ada!




Kejayaan tidak semudah memetik jari, Pengorbanan yang tinggi, ketabahan dan kecekalan hati serta semangat amat diperlukan disamping pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui dalam nak realisasikan sesebuah kejayaan.


Oleh itu, kita perlu sedar untuk mencapai ke satu tahap yang lebih baik, banyak elemen-elemen yang diperlukan dan memainkan peranan penting dalam diri seseorang mahupun sesebuah organisasi.

Bila aku renung-renungkan balik, YES! Antara elemen-elemen penting tu ialah :


Pengetahuan & Pengalaman,

Usaha,

Perancangan & Pengurusan,

Pengorbanan,

Ketabahan & Kecekalan.

Penghargaan.


Dan, pada setiap elemen tu perlu ada kemahiran (skill) yang menyokong setiap usaha dan tindakan yang kita buat. Kalau tidak, belum pasti ianya lancar seperti yang direncanakan.


Siapa sebenarnya dikalangan kita yang berani menghadapi kenyataan dan reality hidup yang penuh dengan ujian dan dugaan serta penuh juga dengan masalah. Susah nak jumpa sebenarnya, most of us biasanya menganggap setiap perkara buruk yang menimpa dan mengagalkan usaha yang dilaksanakan sebagai satu titik hitam dalam sejarah hidup masing masing. Orang lain jatuh, belajar dan kutip pengalaman dari kejatuhan dan bangun semula dengan gagah untuk mencapai kejayaan. Tapi, most of us tak macam tu, jatuh sekali dan terus serik untuk mencuba. Baru sikit sangat ujian dan dugaan yang tuhan bagi. Dah serik tanak cuba lagi.




Takkan la taknah terfikir bahawasanya setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmah yang tersembunyi yang perlu kita renungi, fikir dan fahami.


Betul lah orang cakap;


‘kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan rebut petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah berwarna-warni.’


Dan, actually aku sendiri sedang bergelut dengan semua elemen tu, nakkan kejayaan, tapi pengetahuan dan pengalaman kurang walaupun ada usaha, kemahiran pon kurang juga dalam hal-hal yang tertentu, memang it takes time untuk belajar and catch everything up, tapi itulah pengorbanan. Kesabaran amat dituntut. Dalam pencarian ini, ramai orang yang terkandas sebab kurang sabar.


Walaupun bukan senang nak senang, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dengan lebih kreatif untuk berjaya. Hanya orang yang berjaya melepasi ujian yang getir saja boleh dianggap tergolong sebagai elit yang benar-benar berjaya.