TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

salam eid buat cinta


kau ibarat embun pagi
dengan jutaan keikhlasan yang kau beri
membuatkan aku terasa diri ini dihargai
keprihatinanmu jua membuatkan diriku
terasa dimiliki dan dipunyai
terpancar kegembiraan di lubuk hatiku ini

setiap kali mengingatimu
mengingati ikatan yang dibina bersama
semoga kita tabah mengharungi
suka dan duka


salam eidul fitri cinta...


bersyukur kepada Ilahi

dengan limpah rahmat kasih sayangNya

pertemuan ini

kuabadikan di sudut memori




********




salam..

untuk korang yg rajin menjengah dan mewujudkn ruang masa untuk membaca galeri aku ni, Selamat Hari Raya aku ucapkan. harapan agar korang semua tak bekerja la pada hari tu dan bergembira.

yang nak balik kampung tu, kalau drive, make sure drive safely n wisely.

kepada yang tengah hangat bercinta, korang da hantar kad raya ke kat kapel korang? huhuh..

lagi satu, jangan lupa bayar zakat fitrah (KL = RM7 je).

papehal, aku menyusun sepuluh jari, maafkan zahir dan batin jika ada tersalah kata bicara.

selamat hari raya eidul fitri
maaf dzahir batin
ikhlas drpd:
Day Dreamer

kaulah segalanya!

Membaca ni kadang kadang banyak menda yang kita leh dapat selain menengok gelagat org len kat mana mana, tak gitu?

Dan, banyak juga menda yang buleh kita pikirkan dari apa yang kita baca, dari pengalaman org lain, cerita dan kisah orang lain yang macam macam ada tu.

So, juz nak share sumtin tentang 'tulang rusuk'. Sorang kawan lama pernah kata camni bila bercerita tentang ayat tulang rusuk tu..


"Funny! How some men don't realize that."

So, apa kata korang pulak ekk?

Ayat yang aku maksudkan tu sangat indah bila dibaca dan dihayati; indah sangat.

'Wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki,
bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas,
melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengannya untuk dilindungi dan
dekat dihatinya untuk dicintai.'

Mebbe betul jugak, kadang kadang kita as manusia ni leka, so kita terlupa menda menda asas camtu. So, tepuk dada tanya selesa la,kan.


aku cinta kau & dia!


Selamat Berpuasa, dah tak lama dah nak raya balik. Rasa kejap je puasa tahun nih kan?
so, petang tadi since aku pon dah bercuti, aku pergi la melencong ke Putrajaya, Cheras n Balakong.
Besar jugak ekkk jusco kat Balakong tu, kan?

Sesambil berjalan dan menelusuri tempat tempat sambil mata memerhatikan sekeliling, tengok org terdekat, tengok tengok org yang jauh sket, tgk juga ke dalam diri aku. Gelagat, perangai dan macam macam ada.

Korang rasa seronok tak if ada orang cakap dia sayang kat korang, dia amik berat tentang korang, temankan korang? Korang rasa....korang bahagia tak bila every day trima sms 'good morning' bila sampai kat opis, atau ada sumone cakap dia cintakan korang?

Apa ekk perasaan korang? Share la dgn aku sama ekk.

Pada aku, aku suka sangat!

********************

Jatuh cinta lagi!

Pernah tak korang terpikir yang one day korang mungkin akan ter jatuh cinta lagi even sebenarnya pada waktu tu korang dah dimiliki dan memiliki?

Indah kan bila jatuh cinta, perasaan dilamun dan terbuai oleh suasana yang macam macam ada tu buat kita rasa bahagia, tenang dan selalu senyum.

Dan, mungkin apa yang korang (mebbe aku juga) lalui tu sebenarnya apa yang kita panggil sebagai 'dia cinta terakhirku'. Leh ke?

Means, kita menyayangi seseorang dengan sepenuh hati kita, kita juz nak dia happy, kita nak tgk dia tersenyum, kita suka tgk manisnya wajah dia, lembutnya dia mengukir senyum kat kita.

Terasa dihargai bila wajah manis org yang dicintai mengulumkan senyum kat kita, terasa satu perasaan yang indah bila si dia juga mengungkapkan kata kata yang sama. Satu irama.

Tapi mesti ke kita harapkan apa yang kita buat tu dihargai? Pada aku cukuplah kita menghargai apa yang kita rasa, tak perlu nak harap org menghargai apa yang kita buat, kalau ada, bagus la, consider as bonus la,kan?

Cuma, sampai bila kah episod 'jatuh cinta lagi' dengan 'dia cinta terakhirku' tu akan berlanjutan. Kita masing masing ada perasaan, ada keinginan. Kita saling memerlukan satu sama lain.

Sampai bilakah....


********************************

'Usah ragu, usah curiga. Cintaku padamu sampai bila bila.'

Sekumpulan kata kata yang aku terbaca waktu menelusuri sebuah kedai buku. Dalam maknanya kat aku waktu tu. Ntah kenapa ntah.


*****************************************


Aku kalau dok sorang sorang ni, mula la nak merapu. Ni hah sekumpulan ayat yang juga besar maksud nya. Actually dari Koleksi Kartini katya tembakau.

"Hari itu, aku belajar sesuatu yang baru. Betapa agungnya cinta kau, betapa berusahanya kau untuk mendapatkan dia, betapa kau sanggup bersusah payah kerana dia, tapi kalau dia tak suka kat kau, tak guna juga! Alah...senang cerita, kita hanya merancang...Allah yang menentukan."


Chuppss!!! Ngarut je la aku nih... takdo kojo sebonanya nih. Jiwa kacau!!! huhuhhu

Ciao!!



penghargaan, cinta kasih & sayang


Meminjam ayat ayat dari blog sorang kawan, aku suka baca ayat ayat dia nih. Layak dia jadi penulis novel actually. So aku pas kan kat bawah ni,

******

Cinta atau perasaan sayang adalah satu nikmat anugerah dari Ilahi yang tak ternilai.

Bukan hari2 kita jatuh cinta.

Bukan hari2 kita rasa sayang.

Bukan pada semua orang kita rasa kasih kecuali pada keluarga terdekat darah daging sendiri.

Justeru, tak keterlaluan jika jatuh cinta adalah satu perasaan yang amat indah yang tak semua orang lalui. Yang tak semua orang merasa.

Bukan semua orang mendapat nikmat ini.

Alangkah seronok dan bahagianya hidup disayangi dan menyayangi. Complete.

Seorang kawan pernah berkata kepada aku, kita harus menikmati dan menghargai apa yang dirasa. Apa yang telah Tuhan beri. Iaitu perasaan kasih sayang.

Betul ker?

Tapi seandainya cinta atau kasih sayang itu jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, adakah kita harus menghargainya juga?

Bagaimana??

*******

Pada aku, apa yang dia tulis tu betul, kita bukan leh nak sayang semua orang, mebbe paling busuk pon, sayang kawan kawan as kawan kawan je la. kan?

Actually kan kasih (pengasih), sayang (penyayang) semua tu ialah sifat tuhan. Antara 99 sifat tuhan, so bila kita diberi rasa kasih dan sayang kat org aku rasa kita patut hargai perasaan kita tu. Jangan minta orang lain untuk hargai dan fahami diri kita KALAU kita sendiri tatau macam mana nak hargai dan fahami apa yang kita rasa.

Lagi satu, korang rasa if ada orang lain yang menghargai diri korang, menghargai apa yang korang rasa, best tak?

Mesti best, kan? That's the nature of human.

Tapi as human ni, kadang kadang kita lupa, kita je yang nak org lain faham tentang kita, kita je nak orang lain menghargai apa yang kita rasa, kita je yang nak org lain menghargai diri kita, So, tanpa kita sedari, kita mudah jadi sensitif bila semua tu tak berlaku, bila kita tak dapat semua tu.
Kita lupa bahawa untuk d apatkan sesuatu kita kena berikan sesuatu, so, why not beri penghargaan kat diri sendiri dulu.

we are what we want to be!

'treat everyone the way that you want to be treated as in return'