best tgk ikon ikon ni... cute!
So, bertemu dengan cinta yang sejati adalah perkara yang paling penting dalam diri seseorang. Namun tak semua dari kita berjaya menemuinya at once. Adakalanya melalui cubaan dua tiga kali sampai ada yang tidak sanggup menghadapi cinta lagi setelah terluka walau tahu sesungguhnya dalam kepayahan dan kelukaan itu terselit perasaan yang mampu membahagiakan. Indahnya cinta!
Ingat lagi tak pada kata-kata Eric Leong?
So, leh semak balik post-post yang terdahulu kat blog nih.
Post ni ekceli sempena Februari yang bertandang kembali. Ramai kapel anggap bulan Feb ni as bulan cinta . Anyway terpulang kepada masing-masing.
Cinta itu memberikan kita cabaran. You will never know true happiness until you have truly loved and you will never understand what pain really is until you lost it.
Tapi percayalah, kasih dan sayang yang dikurniakan itu sebenarnya adalah sedikit zat-zat Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yag dikurniakan kepada kita. Pastinya ia memang satu anugerah terindah kepada kita-kita yang bijak menguasainya kerana cinta, kasih dan sayang itu mampu menjadi booster untuk memberikan kekuatan, semangat yang berkobar-kobar kepada kita dalam menghadapi kehidupan ini. Malangnya jika kita tersilap perhitungan ianya mungkin menjadi sesuatu yang menyakitkan dan melemahkan kita hingga ada di antara kita yang tersasar daripada landasan yang sebenar.
Cinta itu juga memberikan kita pengalaman dan kenangan yang terindah yang akan kita bawa sampai bila bila dalam kehidupan kita. Cinta itu juga memberikan kita pengajaran, menjadi ujian dan dugaan agar kita lebih terbuka dalam berfikir, dalam mengenalpasti hikmah yang tersirat dan tersurat, membuatkan kita bertambah tabah dan kuat dalam melayari hidup.
Huh! banyaklah menda if nak dikupaskan tentang cinta, kasih dan sayang ni. 10 tahun lagi pon takkan habis.
So dah lah, berhenti kat sini dulu. Kalau letih, tak salah untuk berehat kejap. Kan?
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya,itulah kenyataan sebenar.