Sedikit kisah yang biasa kita tengok berlaku depan mata kita tanpa kita berfikir apa apa.
Watch baby carefully. She is totally optimistic. She has very little fear. Babies walk, they fall, but they get right back up and then fall again.
Isn’t this really what life is all about?
Climbing, falling, learning from the fall and climbing still higher.
Apa yang aku nak hi-light kan ialah, budak budak mmg mempunyai keazaman dan impian tentang apa yang mereka fikirkan nak jadi.
Lagi satu, baby yang kecik nak berjalan sebab dia tgk kat sekeliling dia semua org berjalan dan bukannya merangkak macam dia. Itu yang bagi dia kekuatan untuk mencuba. Dalam maksud yg lain, Susana sekeliling amat penting dalam mempengaruhi pemikiran dan memotivasikan kita. Kalau kita nak berjaya kita kena la hidup dalam lingkungan orang yang berjaya, kalau kita nak berfikiran positif kita kenalah la berkawan dgn org yang mempunyai pemikiran positif. Tak gitu?
Baby ni, dorang belum kenal erti takut sebab tu dorang mencuba n mencuba, yang dok rasa takut ialah mak ayah dorang. So, masa tu la mak ayah start takutkan baby dorang ni dgn perkataan ‘JANGAN’, ‘TAK BOLEH’ dan bagai bagai lagi.
Bukankah sepatutnya mak ayah bagitau kat anak anak dia camni ke? –
“You should like and love yourself. When you don’t do things right at the first time, you should try again and again, and you do it right.”
Aku rasa everything akan jadi positif kalau didikan camtu disematkan.
Your competitor in the day-by-day contest – Yourself
An enemy I had, who face I stoutly strove to know.
For hard he dogged my steps unseen,
wherever I did go.
My plans he balked, my aims he foiled,
he blocked my onward way.
When for some lofty goal I toiled,
he grimly said me, “Nay.”
One night I seized and held him fast,
from him the veil did draw,
I looked upon his face at last,
and l0 – MYSELF I saw.
Sebuah sajak yang dipinjamkan daripada material yang disediakan oleh Success Motivation Institute of Waco, Texas.
Cuba korang baca baca and paham paham kan. Dalam nak menggapai impian kita, sape kah halangan kita yang sebenarnya, apakah halangan yang paling besar, sapa musuh yang paling kuat?
So, aku pasti sangat korang dah nampak n tahu the reality dalam persoalan tu. Tapi masih ada lagi org yang tak tahu apa matlamat dia, apa impian dia.
Napa ekk ada org takmo programkan matlamat dalam hidup dia?
Adakah sebab mereka ni org yang tak suka berusaha atau kurang usaha?
Ye la, berusaha terhadap sesuatu tu means bekerja keras. Penat kan?
Tapi, apa mneda dalam dunia ni yang kalau kita nak kita takyah nak usaha untuk dapatkannya ekk?
Alangkan kalau kita lapar, nasi n lauk dah tersedia depan mata pon, kita still kena usaha suapkan nasi dalam mulut sedniri, baru lah lapar tu akan hilang, kan?
Atau,
Adakah mereka ni takut gagal?
Mungkin juga ada benarnya, takut gagal dalam mencapai matlamat dan impian dalam hidup, so takyah la ada apa apa matlamat or impian. Macam tu kot, kan?
Dorang mungkin takut tentang pandangan org lain terhadap matlamat dan impian yang dorang ada. Mungkin!
So, kalau dorang tak cuba buat impian, dorang takkan gagal. Ye tak?
If you don’t try, you can’t fail!
Macam betul bunyi ayat tu. Tapi …. Kalau tak cuba nak buat sesuatu, macam mana nak capai kejayaan ekk?
You can’t succeed if you don’t try!
Orang yang berjaya normally orang yg mencuba untuk melakukan sesuatu dgn ilmu pengetahuan, usaha yang bersungguh-sungguh.
Ntah la ekk, mebbe factor sekeliling kot yang banyak pengaruhi kita. Kita kan suka sangat dengar org cakap tentang menda menda yang negative ni.
“ kau takleh buat punya lah…dorang tu lain…”
“…kau ingat senangke nak buat bizz? Kalau terlungkup camne?”
So, fikir la sendiri.
Seterusnya,
Adakah org yang tak yang tak nak programkan matlamat ni , mereka sebenarnya takutkan kejayaan?
Pelik kan bunyinya. Tapi itu fikiran org, susah kita nak paham. Orang yang takut nak berjaya ni sebenarnya mempunyai pemikiran bahawa kejayaan tu mungkin menjadi satu bebanan atau tekanan pada mereka untuk mengulangi kejayaan pada masa akan datang.
Mungkin org lain akan letak harapan yang tinggi, so dorang akan rasa tekanan. Actually takutkan kejayaan ni sebenarnya sama je dgn takutkan kegagalan.
So, dorang mungkin akan pikir,
“….cukuplah dengan kejayaan aku pada tahap sekarang ni, at least org dah nampak yang aku ni dah berjaya. Kalau aku cuba yang lain, silap silap gagal, habis aku.”
Negatifnyaaa.!
Actually, banyak lagi sebab kenapa org tak minat nak programkan matlamat atau impian dalam hidup mereka ni.
You will get there if you know where you are going!
Normally kebanyakan org dok tanya macam mana nak menggapai impian? Macam mana nak mengubah impian menjadi wawasan & kenyataan? Kita semua tentu dah pernah tengok ka sekeliling kita since dari alam persekolahan sampai la sekarang ni, bertapa ramai mereka yg kaya dengan impian tetapi terus kekal miskin dalam reality kehidupan nih. Mereka terus kekal dalam kepapaan kerana gagal dalam menzahirkan impian kepada kenyataan sebenar sebabnya
1-Impian yang tak jelas dan tak merangsang jiwa.
Camne tu kan? Impian yang tak jelas ni sebenarnya ialah, seseorang tu tidak tahu apa impian atau apa yang dia nak sebenarnya. Betul ke nak rumah besar, tapi kenapa? Untuk sapa?
Jadi, bila ianya tidak jelas; secara asasnya ia tak merangsang jiwa sbb takde target atau kekuatan dan motivasi untuk mencapai impian itu secara khusus.
Apa yang kita katakan impian yang jelas n merangsang jiwa?
Contohnya – Katakan lah seseorang tu bekerja keras, buat banyak kerja n macam macam kerja, kerana apa? Nak cari duit tambahan (extra income la tu).
Kenapa nak cari duit lebih? Sebab nak bagi anak isteri satu kehidupan yang lebih baik n selesa, nak bawa keluarga pegi melancong, takde la time cuti sekolah anak anak dok umah je, anak jiran plak pegi melancong n balik cerita betapa seronoknya dorang sekeluarga pegi ke Bandung.
Mungkin, nak selesaikan hutang yang agak banyak. Nak bagi ibu bapa kat kampong duit poket lebih sket, RM 1K or 2K ke. Bagus kan?
So, apa yang membuat sesuatu impian tu jelas ialah kenapa kita memasang impian tu dan alasan untuk kita capai impian tu yang akan memberikan kita lebih motivasi untuk terus berusaha. Mudah kan kalau kita paham.
Jadi kenapa perlu ada impian yang jelas dan merangsang jiwa?
You cannot get there if you don’t know where the heck you’re going! Sounds too obvious? Sounds like something anybody would know?
Well, it is obvious that we have 95% or more of the population walking, driving and flying through life without the foggiest notion of just where they are aiming to go.
Tiada destinasi dalam kehidupan mereka.
2 – Tidak tahu cara untuk menjadikan impian itu suatu kenyataan.
TIDAK TAHU adalah suatu yang normal pada setiap manusia. Apa yang penting ialah apabila kita rasakan yang kita TIDAK TAHU macam mana nak capai n gapai sesuatu impian tu, why not kita tanya orang.
Peluang ada kat mana mana, mungkin kita tak perasan atau mungkin kita berfikiran negative terhadap sesuatu peluang yg tersedia, lalu kita memandang serong tanpa mengetahu apakah peluang itu.
Banyak cara yang betul n sah untuk kita mencapaiatau menzahirkan impian kita,
Yang penting jangan malu untuk bertanya, ubah attitude kita, be positive.
Tu je kot rasanya.
Change your attitude and you will change your life!
It doesn’t matter what colour you are, it matters what your attitude is. A positive attitude is something that everyone can CHOOSE to have. Attitude is a CHOICE!
The most important thing to remember is attitude creates performance!
So, bukalah langkah n pemikiran serta pandangan kita dan tukarkanlah impian anda kepada suatu visi kerana visi yang lebih jelas akan mempunyai sasaran dan tempoh spesifik untuk dicapai.
Visi yang jelas actually macam orang main bola, dorang tahu kat mana letakknya tiang gol, dan dorang tahu matlamat dorang ialah membuat jaringan sebanyak yg mungkin supaya mereka memenagi perlawanan tersebut. Itu je! If there is no goal, there’s no game.
Simple kan? Tapi, lihatlah apa yang mereka buat untuk mencapai ke tahap itu.
Apa yang kita boleh belajar dari satu permainan bolasepak?
-Mereka mempunyai visi yang jelas iaitu bermain bolasepak dan mencapai KEMENANGAN!
-Visi mereka spesifik dan boleh dicapai iaitu dalam 90 minit!
So, dari situ mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan, menggapai impian, menggenggam matlamat dan visi mereka.
Goal setting requires EFFORT. It is hard work to examine your life and then decide what you want to do with it.
Goal setting requires THINKING – hard thinking. And it is far better to think now than to agonize later.
Fikir-fikirkan lah…..
Mengulang ayat dari post terdahulu,
Dalam hidup ini, kita sebenarnya diberi banyak pilihan, justeru itu buatlah pilihan yang sesuai.
Pilihlah untuk menentukan apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda, bukannya memilih supaya orang lain yang menentukan apa yang anda inginkan.
Pilihlah untuk menetapkan matlamat dan visi anda sendiri, bukannya mengikut dan membiarkan keadaan sekeliling yang menentukan hala tuju anda.