TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

No Title!





Lukisan Karya Kartunis TEmBaKaU untuk 'KarTiNi'

Aku membelok memasuki parking di hadapan Restoran Kayu Nasi Kandar. Kebetulannya parking lot yang aku masuki tu betul-betul bertentangan dengan Masjid An-Najihah.

Sambil menunggu ketibaan seorang kawan, aku mula berfikir tentang sesuatu, tentang kehidupan. Membiarkan injin kereta terus hidup dan penghawa dingin kereta menyejukkan badan, aku terus berfikir dan memikir.

Banyak benar yang aku pelajari dalam kehidupan ini. Betullah kata orang, setiap sesuatu yang Allah kurniakan itu ada hikmahnya dan ianya datang bersama-sama ujian dan dugaan. Setiap kurniaan itu adalah berdasarkan kepada doa dan permintaan yang kita lafaz dan pohon kepadaNya.

Tapi sebagai manusia ni, kadang-kadang kita alpa, kita lalai dalam berfikir dan memahami maksud sesuatu kurniaan itu. Kita memohon agar dimurahkan rezeki, memohon agar dikurniakan tubuh badan yang sihat, memohon agar dipermudahkan segala urusan duniawi dan berbagai-bagai permintaan lagi.

Dan, Allah Yang Maha Pemurah tak pernah tidak untuk mengkabulkan doakan dan permintaan kita. Tapi, kita sebagai manusia ni yang dah 'terbiasa' tak pernah cukup dengan segala kurniaan tu. Rezeki sentiasa murah, sentiasa ada mengikut banyaknya usaha kita cuma belum masanya lagi untuk mendapat rezeki yang lebih mewah. Itulah yang sebenarnya kebanyakkan kita ini mahukan - kemewahan!

Tapi bila dah diberikan kemewahan, banyak pula dari kita yang lalai dari mengerjakan suruhan dan tuntutanNya. Terkadang kita salurkan 'rezeki' tu arah pembaziran dan kemaksiatan. Bila dianugerahkan kesihatan tubuh badan, tidak pula kita gunakan untuk melengkapkan dan meningkatkan ibadah tetapi dengan tubuh badan yang sihat tu makin banyak pula aktiviti-aktiviti separuh songsang atau yang tak bermanfaat kita sertai.

Banyak sangat yang perlu ditingkatkan dalam hidup ini, kadang-kadang bila kita berdoa dan memohon sesuatu kita tak pernah berfikir dan terfikir betul ke doa dan permintaan yang bakal kita lafazkan tu. Dan, bila Allah mengurniakan result untuk permintaan kita, kita merasa serba salah, kita rasa tak patut. Kadang-kadang ada di antara kita sehingga menyalahkan takdir.

Pernah juga aku terbaca satu artikel, orang kita ni kadang-kadang bila berdoa tu tak berfikir samada doa yang kita buat tu betul ke or tak. Atau, betul ke perkara yang kita minta tu ialah perkara yang benar-benar kita mahukan dalam hidup kita.

Tapi, inilah kehidupan yang perlu kita jalani dan inilah jalan yang perlu kita lalui. Terkadang ketemu getir di pertengahan jalan tetapi anggaplah semua tu satu ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Mungkin ujian dan dugaan tu akan membuatkan kita lebih tabah, lebih berfikiran luas, lebih kuat dan sebagainya.

Mungkin juga untuk kita lebih menghargai setiap kurniaan itu samada harta benda, kasih sayang, kesihatan, kemudahan dalam kehidupan dan macam-macam lagi.

Realiti itu pastinya tak seindah yang kita impikan.

Sekadar pesanan untuk diri.



jurnal bosan

Sesuatu yang kita rasa indah itu, bagaimana ya?
Mungkinkah ianya boleh diungkapkan sebegini;

' I play the same song over and over again,
because it reminds me about that time;
about sumone, about yoo'

kenangan indah,

masa-masa yang indah,

foto yang indah,

wajah ayu jelita,

karya yang berseni,

senyuman yang manis,

irama yang enak didengar,

permainan yang cantik,

aksi yang hebat,

macam-macam lagi lah...

mimpi yang indah

~selamat malam~



jurnal #1

Huh!
Terasa benar yang malam ini terlalu sunyi. Yup! Juga agak membosankan.
Di jam ini siaran di TV2 memainkan filem 'HitCH' tapi tak cukup kuat untuk menarik mata aku dan kepala aku yang sedang kebosanan pada tahap gaban ini.

Mencoret sesuatu di galeri ini juga bukan kehendak aku, aku cuma melayan dengan membiarkan jari hantu dan jari telunjuk aku menekan huruf huruf pada papan kekunci Acer ini. Walau agak ke'poyo'an bunyinya, tapi apa aku peduli.

Terasa kebosanan yang amat sangat. Kat luar sana kedengaran bunyi cengkerik dan berselang dengan laungan bunyi katak. Mungkin hendak hujan agaknya.

Bosan! Itu sebenarnya yang aku rasa. Saaaaaaaaangat bosan, bukan alang kepalang apa yang aku rasakan ini.

Good nite!



terkenang semasa dolu...


dok tak dok, dah masuk tengah bulan.
tingat aku kisah waktu kecik-kecik dulu. waktu umo dalam sekolah rendah.

nak jadikan satu kisah, aku dan adik aku dah beli sebijik bola sepak bersaiz kecik. ye lah..adik aku yg beli sebab waktu tu dia je yang rajin menabung, aku plak tolong perabihkan je. satu hari kami pon main la bola tu sama sama, waktu petang lepas balik ngaji.

main dengan happy, timbang bola, sepak tinggi dan lantunkan, zaman kanak-kanak riang ria la katakan. ntah macam mana ntah bola tu melantun dan pecahkan sederet cermin nako tingkap kat ruang tamu.

huh! kecut perut kami berdua ni. dah boleh bayangkan yang bukan bukan as hukuman. tapi at last hukuman yang kami dua terima daripada abah ni mungkin lebih membuat kami terkenang, dan waktu tu toksah cakap la apa yang kami rasa waktu terima hukuman tu. fizikal mungkin nampak macam biasa tapi kt dalam hati, hanya Allah yang tahu.

abah marah sangat lepas balik keja. at last sebagai hukuman dia suruh kami berdua kerat bola tu dengan pisau.

after berpuluh tahun, hari ni aku rasa tersentuh sangat dengan apa yang kami (aku & adik aku) lalui waktu tu. sian adik aku, himpun duit pastu beli bola and lastly kesudahan macam tu.

tapi itu lama dulu, cuma kdg kdg terkenang . tapi betul la, setiap sesuatu tu ada hikmah yang tersembunyi, mebi kita tak mengerti pada masa ni tapi insyaallah kita munkin nampak pada skop yg lebih luas pada masa depan,

but, menjadi aku dan adik aku pada masa itu adalah suatu waktu yang amat indah.

itulah kenangan.

kita taknah rasa jemu dgn sesuatu yang kita rasa indah. kan?