TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

4



'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


"I'm sorry Mr. Ishak... Mr. Cheah lupa nak sign you punya cek...
Can you come here again... tomorrow?"

"Tapi dia janji hari ni."

"Saya faham, cek tu memang dah ready dah. Cuma tak sempat nak sign je."

"Lupa nak sain? Eayy... berapa banyak lupa nak sain daaa....
Satu kali lupa, kita boleh terima. Tapi kalau dah sampai masuk tiga kali..... itu bukan lupa namanya, tapi tak nak bayar!"

Aku terus berpaling meninggalkan meja secretary Mr. Cheah tu.

"But, Mr. Ishak...."

"Takpelah. Simpan aje la duit tu buat bayar bil letrik!", aku melepaskan geram.

**********

Hahh! Kan aku dah cakap dahh... mesti ada alasan punyalah. Menyirap betul darah aku ni. Company besar, empat ratus ringgit pun payah benar ke nak bayar. Dia tak tau ke, empat ratus tu bagi kat orang sengkek macam aku ni boleh buat macam-macam.

Memang kalau tengah marah macam ni setan cepat masuk. Kalau ikutkan hati tadi, mau aku terbalikkan aje
office diorang. Biar diorang tak boleh bikin bisnes terus, biar diorang bankrupt, mati terus lagi baik!

Astagfirullah... dah jauh sangat dah tahap nafsu amarah aku ni. Cepat betul setan counter hati aku balik. Fuuuuhhhh....

**********

Duduk termenung lama-lama bukannya boleh dapat duit, ye tak? Kena fikirkan sesuatu jugak nih.

Trooot... Troooot....
Trooot... Troooot

"Engkau, Yon... Nak ajak aku pergi makan? Kat mana? Bangsar? Gila kau, jauh tu!
Lagipun aku takde sen ni."

Perbualan telefon kami bersambung lagi,

"Hahh? Engkau nak jemput aku? Macam ada apa-apa je ni... Pakai lawa-lawa... ?
Nak bawa aku jumpa sapa nih? Beria-ria benar...
Okay laaa...
lepas Maghrib engkau ambik aku."


Macam yang kami janjikan, lepas Maghrib Yon dah
stand by kat depan rumah dengan motor besar dia.

"Jumpa sapa ni?", Aku tanya Yon lagi.

"Mana ada!", pendek je dia balas.

"Cehhh... jangan temberang laaa.... cakap aaa...sapa?"

"Ada laa...surprise!!"

Surprise? Bahaya jugak ni. Jarang aku dengar perkataan surprise dari mulut orang tua ni. Tertanya-tanya jugak, kot-kot dibawaknya aku jumpa dengan Siti Nurhaliza ke... tak ke tergamam aku dibuatnya nanti. Al-maklumlah si Yon ni kengkawan dia ramai yang terdiri dari artis. Hari tu pernah sekali dia ajak aku minum dengan Ajin sama Bob KU2. Nervous aku, siul! Dia orang duduk bincang-bincang pasal nak buat story-board untuk video-clip KU2. Aku pula yang tak tau apa nih nganga aje la.

Tapi dia suruh aku pakai lawa-lawa ni pasal apa
aaaa?

3



'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Malu aku dekat Yon. Dah dua bulan aku tak bayar sewa rumah sama api air, walaupun dia cakap tak kisah dia dulukan duit dia, tapi tak naklah sampai dia cakap aku ambik kesempatan kat dia pulak. Selama ni pun dia dah banyak tolong aku. Susah dia, susahlah aku. Tapi yang selalunya aku yang banyak susahkan dia.

Soal duit bukan boleh dibuat main. Sedara-mara pun boleh bergaduh. Macamana tak macamana pun aku mesti dapatkan duit dalam minggu ni jugak. Masa aku kat State dulu kalau dah takde duit sangat boleh buat part-time kat restoran fast food. Dapat upah dua tiga puluh dollar pun dah kira bagus. Lepaslah nak suffer hidup seminggu dua.

Hmm... kalau nak cerita pasal hidup masa kat sana memang tak pernah habis, dulu memang tak pernah fikir langsung pasal nak jadi apa bila habis belajar. Sekarang ni bila dah mengadap realiti sebenarnya, baru padan muka aku.

Tapi nak menyesal tu tidak le. Udah bidang ni yang aku pilih, hadap aje la. Sendiri mau ingat la kan. Orang selalu tanya, engkau boleh hidup ke dengan melukis? Satu soalan yang tak terjawab oleh aku buat masa ni walaupun satu masa dulu akulah orang yang paling lantang mengatakan ya.

"Allah Huakhbar Allah Huakhbar!"

Allahhuakhbar...
dah masuk waktu subuh dah pun.

Solat dululah... Aku tak nak tidur berselimutkan kulit khinzir.




*****

Tik..Tok...Tik.. Tok..

Tik...Tok...Tik...Tok..Tik..Tok....

Subhanallah....

Dah pukul sepuluh dah rupanya. Macamana tak berbunyi pulak jam ni? Aku dah kunci nak bangun pukul tujuh dah malam tadi. Dia tak berbunyi ke ... atau aku yang tak sedar.

Hari ni ada appointment dengan Mr. Cheah, pukul sebelas pulak tu! Sempat ke, tak sempat ni. Ishhh... bancau, bancau! Sebenarnya bukan boleh percaya sangat dengan janji dia orang nih. Biasalah datang nak collect payment. Masuk hari ni aje dah tiga kali dia suruh aku datang. Tapi bila datang karang, bos tak sain cek laa, bos keluar laa, bos meeting laa... ada aje alasan nak selamatkan diri. Aku dah masak sangat dahhh. Apa dia orang ingat aku ni berus gigi ke?!

2

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie



Terasa lama betul aku kat sini.
Bergerak pantas memenuhi janji demi seteguk air dan sesuap nasi. Hingar-bingar dan dalam bingit kota yang menjanjikan seribu erti.

Kat sini 'peluang' orang jadikan bahan rebutan. Tak ada ruang nak berlengah walaupun tengah tercungap mengah. Udah macam rutin kat sini, kena pandai-pandailah sesuaikan diri.

Kat sini, burung merpati lebih rela disangkar diri daripada mati kebulur atas bumbung besi. Memang keadaan betul-betul mencabar diri. Yang mana intan, yang mana kaca... terpulanglah pada budi pekerti.

Tak ada sebab nak salahkan keadaan dan keadaan memang tak pernah bersalah. Memang takut. Memang cemas. Kalau diperati dari dalam diri, keadaan sebenarnya seimbang... Perkara baik, perkara buruk sama naik. Keputusan ada kat kepala masing-masing...

Ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Memang banyak perkara yang perlu dirisaukan kat sini. Cuma batasnya 'engkau siapa aku siapa'.

Seperkara yang cukup aku sedar...

Kat sini, kalau tak dikawal diri... cukup mudah membenci dan dibenci. Memang perkataan 'peluang' tak bagi peluang untuk kita berlapang dada.

Aku bukannya nak membenci orang, tapi kadang-kadang tu orang yang memaksa aku untuk membenci mereka.

Huhh... pening kepala otak aku dibuatnya memikirkan otak aku yang tengah pening ni. Aku rasa hari ni adalah hari yang paling sia-sia dalam hidup aku.


*****


Tup.. tup... dah pukul satu pagi, cepat betul masa berlalu. Sampai rumah, motor si Yon tercongok depan pintu, lampu dalam rumah masih menyala. Tak tidur lagi orang tua tu. Dah lama aku tinggal serumah dengan Yon tapi nama je tinggal serumah, nak nampak batang idung masing-masing pon kekadang payah. Dia, subuh-subuh dah keluar. Aku pulak, dah nak subuh baru balik.



"Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam. Lambat engkau balik hari ni, Sahak."

"Dah makan?", tanya aku.

"Tengok tu, orang tanya lain dia jawab lain.", Yon balas balik.

Borak punya borak dengan Yon sampai tak sedar dah dekat pukul empat. Lama betul aku tak berborak macam ni. Yon masuk tidur dulu sebab besok dia kerja.

Besok pagi Yon kerja...

Aku...

... duduk rumah buat kerja-kerja part-time. Kerja tetap tak ada, bukan aku tak cari, tapi...
aku lebih senang macam ni.

Tak terkongkong, aku memang tak suka terikat dengan sesiapa. Tapi aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan dengan kerja macam ni.

Pelukis bebas macam aku ni memang senang dapat job, cuma kena rajin sikit la panjat tangga, turun tangga sana-sini. Cuma satu aje la yang kena sabar sikit, payment. Dia orang kalau suruh kita buat kerja nak cepat macam ribut, bila time bayar lembab macam siput.

Masuk bulan ni dah tiga bulan dia orang tak settlekan duit aku, maka duit sewa rumah aku pun terkantoi jugaklah.

1


Selamat berpuasa, masuk hari ni dah hari ke-5 kita berada
di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.


Syukur
ke hadrat Ilahi kerana dgn kurniaNya
masih dapat kita sama-sama menjalani ibadat puasa ni.
Memenuhi antara waktu-waktu yang terluang
selepas solat terawih,

aku selongkar balik koleksi majalah-majalah dan
buku-buku lama
yang tersimpan dalam
lemari aku tu.

After all, aku decide nak tulis semula kat blog aku nih
sebuah koleksi yang teramat sangat
aku hargai dan minati,

one of them is
'BLuEs UNTuk aKu'
oleh Aie.


Aku harap aku dapat garapkan semula cerita tu dalam bentuk
penulisan
sebelum tamatnya bulan posa ni.


**********

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie




Teringat pada pesan arwah abah,

"Dalam hidup mesti ada prinsip. Tanpa prinsip kita akan buta arah...

...Sesat haluan, hilang tujuan. Apa yang diharap pada pentas lakonan ini...

Kadang-kadang kita lupa pada Yang Ada. Kita saja langgar perjanjian di 'sana'.

Dari Dia kita datang... Kepada Dia kita pulang. Berguru beriman, berilmu-beramal, bekerja-berbakti, berbahasa-berbudi... bertawakkal.

Bukankah Allah yang memberikan rezeki dan Dia jualah yang berhak lagi berkuasa untuk membalik-balikkan hati...?

Subhanallah."

Aku terpinga, aku ternganga. Apa sangatlah yang boleh aku faham dalam umur aku yang baru mumaiyiz pada ketika itu. Namun dengan tutur kata yang lembut dan tersusun indah, dapat aku rasakan yang seluruh pancaindera bersatu-setuju menerima faham pesannya itu.

Hidup yang entah manalah panjangnya ini cukup buat kita untuk berfikir tentang sesuatu. Aku bukanlah seorang pengkaji, juga bukan seorang filosoper (perkataan inggeris yang dimelayukan) cuma seorang hamba yang bernafas dengan izinNya dan entah selang beberapa saat nanti terhenti nafas aku juga keranaNya. Kita tak akan faham kalau tak diberitahu dan tak mengambil tahu. Susun atur pemahaman pasti akan menyusul melalui peringkat-peringkat umur mengikut tertibnya. Jadi, untuk yang dah besar panjang, tua bangka ini? Dikira dan dicongak, rasanya tak ada jawapan yang jujur secara lisan dalam soalan tadi. arwah abah ada pesan lagi, "Jangan malu bila berguru, jangan lokek bila berilmu dan jangan menipu bila beramal."

Arwah abah selalu ajak aku pusing-pusing kampung dengan basikal yang dia pinjam dari kakaknya, tapi kalau ke surau arwah abah lebih rela berjalan kaki. Jauh tu, tak jauh tapi sempat jugak le peluh memercik kat dahi. Tentu besar fadhilatnya,kan.

"Kamu lihat burung tu. Terbang berpuluh batu dari sarang, balik pulak semula dengan selamat tanpa sesat. Siapa yang pandu arah?"

Kan payah aku nak jawab tu. Terfikir juga aku, kenapa arwah abah tak jadi sasterawan? Kenapa tak salurkan madah pujangga dia yang cukup simbolik tu buat dibaca dek orang muda dan orang tua zaman yang semakin menuju ke penghujungnya ni?

"Pandanglah dengan mata dan renunglah dengan mata-hati. Bukan semua perkara itu boleh dilihat dengan mata tuli."

Dalam umur yang akan memasuki lingkungan dua puluhan ini, dah patut-patut fahamlah dengan mendalam dengan ayat-ayat yang 'makan dalam' tadi tu. Hmm... dalam maknanya tu.

Pengalaman dengan arwah abah terasa singkatnya. Bagai dirasa-rasa macam baru semalam aje dia pergi. Rindu nak dengar nasihat yang indah-indah macam dulu. Allah lebih sayangkan abah. Tak perlulah diratapkan yang telah pergi, bukan ke kita selepas ini yang bakal menyusuli... Selama hayatnya, aku dapat perati yang arwah abah berusaha-sedia untuk semua ini. Allah jualah yang lebih mengerti.

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat jadi orang besar ni best. Nak buat apa pun ikut suka rasa. Nak nak bila dah jejakkan kaki kat kota industri ni, orang macam kilang. Dua puluh empat jam sibik memanjang. Berlari-lari mengejar masa, tak kiralah siang mahupun senja. Nafas makin sesak, ruang makin sempit, jiwa makin perit, hati makin sakit. Betul ke keadaan yang bersalah atau kita yang sebetulnya bermasalah.

Letihkan? Nak sakit kepala lebih-lebih pun tak guna, beb. Kerja ke mana, sorru pun boleh miss. Problem ni memang hari-hari dia beranak. Ambik tengah-tengah le. Ambik pot sangat pun tak elok, buat tak kisah pon tak boleh gak. Lagipun jiwa muda mana yang tak memberontak. Darah muda mana yang tak mendidih, ye tak?

Tanyalah budak kampung mana yang tak terkejut budaya bila mula-mula acara sessi-suai kenal dengan bandaraya Kolumpo ni. Terkedu dibuatnya. Tapi dah lama-lama nanti biasalah pulak. Tapi jangan lebih awak dari orang jati sini sudah le.

Dalam puluhan ribu kelompok manusia yang memenuhi setiap rongga Kuala Lumpur, aku... turut sama ke sini, berlari-lari mengikut iramanya yang terlalu cepat bertukar rentak.
Penat woo...

Awak bukan lahir sini, terasa tempang sebelah kaki. Sedara mara tak ada, terasa kecik betul diri aku ni. Kat sini, kita ramah sangat pun orang boleh was-was. Menanya ada tempat, nak menjawab pun ada had. Pandai-pandai le, kita sendiri yang dah bertekad.

life!



Am i?


TAKE FIVE!

smoke break meh!



Appreciate yourself and make sure you are always happy beb!


ermmmm...?



hiyyaaa.... why you read it meh?

chan - tek!


"Love comes when manipulation stops;
when you think more about the other person than about his or her reactions to you.
When you dare to reveal yourself fully.
When you dare to be vulnerable."


In love,
we should know nothing is everything;
in order to get to our life destinations,
we need to be together
as


ONE



cantik eh pic ni?


... the importance of having an exploratory nature and boundless imagination for
our emotional and cognitive development.


Love is loving someone without expecting anything in return;
no judgements, no restrictions; no limitations;
no expectations!