TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

tolong sendukkan nasi...





Minggu lepas, minggu terakhir sebelum menjengahnya Ramadhan Kareem. Aku bersembang dengan sorang sahabat baik satu ofis, actually baik sangat pon dan memang dia la kawan yang banyak share apa apa saja dengan aku.

Ceritanya orang rumah dia dah mula merungut anak lelaki yang sulung tu kalau tak di sendukkan nasi ke dalam pinggan, dia tak akan makan nasi dan menunggu kat meja sampai mak dia sendukkan nasi. Kemudiannya si mak ni marah marah sambil cakap,"dah besar besar pon tak reti reti nak sendukkan nasi sendiri!".

Sahabat sorang ni kemudiannya berkatalah kepada isterinya yang tersayang; "takyah la nak marah dia, dulu awak juga yang tak bagi dia sendukkan sendiri. Bila dia dah terbiasa, dan dah besar camni awak marahkan dia plak."

Sahabat akungaku semua tu sebenarnya salah dorang berdua juga. Dulu waktu budak tu kecik, dilarang budak tu sendukkan nasi sendiri dengan alasan takut nasi bersepah atas meja, jadinya si emak la yang menyendukkan nasi ke dalam pinggan sampailah anak tu besar dan terbiasa dengan rutin yang satu tu.

Jadi, bila dah dapat adik baru dan kerja menjadi agak renyah sedikit maka timbullah rungutan tu.

Aku mendengar dan cuba bayangkan apa yang sahabat aku ni kisahkan tu. Yup! Dan aku nampak moral di dalam kisahnya. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah aku rasa kawan aku tu betul, sebab kita nak jaga sangat sebutir dua nasi daripada berterabur kat atas meja hasilnya anpa kita sedar anak kita terbiasa disendukkan nasi oleh emaknya dan takkan sendukkan nasi selagi tak dilayan dengan cara yang dia terbiasa. So, bila dah besar kita nak salahkan dia sebab taknak buat sendiri.

So, renung-renungkanlah. Aku rasa korang nampak dan tahu moral di sebalik kisah tu.

Now, sahabat aku nih setiap kali balik ke rumah akan mengajar anak sulung dia tu menggoreng telur, memasak maggi dan kerja kerja asas lain seperti menggosok baju. Katanya kepada anak lelaki dia itu; "Mat, kalau mat tak gosok baju hari ni bila lagi Mat akan belajar gosok. Takpa kalau ada kedut, kalau tiap hari Mat gosok, sampai hari ke-30 takkan la kedut tu tak hilang lagi."

Dan, sekali lagi aku setuju dengan psikologinya dalam mendidik anaknya. Biarkan mereka paham dan tidak memberikan tekanan kepada mereka. Itu yang terbaik kot.

Berikan 'kunci' supaya mereka boleh membuka sendiri peti kehidupan mereka, tunjukkan jalan dan panduan yang terbaik dan yang seterusnya biarlah takdir menentu segala.






selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak


"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna"


Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)


Salam Ramadhan untuk korang, semoga kita sentiasa di dalam petunjuk dan rahmatNya. Hari ini 1 ramadhan bersamaan dengan 11 ogos 2010m hari pertama kita menjalani ibadah yang menjadi salah satu daripada Rukun Islam yang lima itu.


Mungkin suatu waktu dulu korang penah melalui ramadhan ni dengan curi curi minum air kat dapur atau kat bilik mandi. Pastinya semua itu adalah satu kenangan yang mungkin akan buat korang tersenyum sendiri. Aku rasa kita semua melalui pengalaman berpuasa zaman kanak-kanak yang pabila diingat-ingatkan kembali akan membuatkan kita senyum sendirian malah mungkin kita nampak semua tu dalam pengalaman anak-anak kita (yang dah ada anak la) melalui indahnya ramadhan.


Di kesempatan ini, kesempatan yang agak lama aku nanti setelah lama tak menulis apa apa pada blog kesayangan aku nih, aku ingin ucapkan kat korang semua yang menjengah ke sini 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK'. Semoga ramadhan kali ini memberikan lebih makna kepada diri kita.