TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

say you....


TO ACCOMPLISH
GREAT THINGS
WE MUST NOT ONLY ACT,BUT ALSO
D R E A M
NOT ONLY PLAN, BUT ALSO
B E L I E V E

aku suka grup ayat tu, sound nice dan memang nice pon. semua org ada impian, ada benda besar nak dicapai dan digapai. secara tak langsung bila benda besar tu berjaya digapai kita akan membanggakan dan membuat orang orang yang menyayangi kita dan orang orang yang kita sayangi merasa gembira dengan pencapaian kita.

dan, benar untuk mencapai sesuatu tu kita kena ada impian, mimpi, angan-angan sebab dari situlah kita mengorak langkah. dari angan-angan tu akan membangkitkan semangat kita untuk mencapai apa yang kita angankan atau impikan.

di situlah langkah pertama kita jika kita melakukan dengan positif.

dan, yang paling penting, percaya bahawa kita boleh mencapai dan menggapai impian kita tu, percaya kepada diri kita bahawa kita mampu, kita yakin kita boleh buat, kita percaya orang orang kat sekeliling kita sebenarnya sedang memerhatikan kita walaupun secara curi curi yang menunjukkan bahawa sebenarnya mereka meletakkan kepercayaan kepada kita dan yakin kita mampu melakukannya.

as for myself, rite now aku takde apa apa impian yang jelas untuk diri aku even aku percaya bahawa aku mampu menggapai sesuatu jika mengambil tindakan permulaan dan meneruskan langkahan itu. tetapi aku telah memutuskan dan mengambil satu langkah yang aku dengan jelas merasakan dan percaya itu adalah langkahan yang terbaik untuk diri aku dan orang yang aku teramat amat aku sayangi. dan, of coz aku bertanggungjawab atas setiap pilihan yang aku lakukan dan setiap buah fikiran dan tindakan yang aku lakukan.

rite now, i'm happy just the way i am!

betul ke happy?

if itulah future aku, of coz my future belongs to me, who believe in the beauty, keindahan, of the dreams...










mata hati jiwa






Dear GaLeRi,

Lately ni aku rasa sangat tak best. Terkadang terasa stress dalam diam. Walaupun aku cuba untuk tidak memikirkan tentang apa apa dan walaupun aku banyak mendiamkan diri kadangkala aku tak keruan sendiri.

Hidup ini tetap sangat indah pada aku dan dipenuhi dengan jutaan warna warna dan 'mood' yang pelbagai. Setiap saat kita mengorak langkah pasti kita ketemu sesuatu yang baru. Dan, setiap langkah yang aku dan kita semua mulakan setiap saat itu adalah untuk menuju ke masa depan kita yang kita sendiri belum pasti.

Yup! Kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan.


Dear GaLeRi,

Terkadang aku merasakan seolah olah aku berseorangan, menjalani rutin seharian keseorangan. Dan, aku seolah olah mula selesa dengan cara begitu.

Bukan aku tidak inginkan kehidupan seperti masa lalu, tapi aku akur tanpa sedar atau tidak kita semua akan berubah. Dan semua benda dalam dunia ini pun sebenarnya berubah. Banyak faktor faktor yang membuatkan terjadinya sesuatu perubahan ke atas seseorang di antaranya ialah tekanan keadaan sekeliling, keletihan dan kepayahan dalam hidup, masalah kewangan, kegagalan dan mencapai sesuatu, keinsafan, hentaman dan hentakan secara tiba tiba dan sangat banyak lagi yang tak mungkin dapat aku sebut.

Dan, perubahan yang terjadi pasti di antaranya ialah seseorang tu mula menyendiri, menjauhkan diri dari orang orang yang ramai, bekerja lebih kuat, merokok, menjadi pembengis atau pemarah; dan ramai juga melalui perubahan yang lebih baik dengan menjadi lebih tawaduk, insaf, lebih pemurah, lebih banyak berfikir, lebih terbuka dalam menangani sesuatu, lebih ramah bertegur sapa dan bagai bagai.

Pastinya setiap perubahan itu ada sesuatu yang tersurat dan tersirat. Dan, masing masing cuba dengan cara masing masing untuk meredahinya. Mungkin taklah sesukar mana tetapi tidak juga terlalu mudah.

"Nobody can go back and start a new beginning but anyone can start today and make a new ending." ~ Maria Robinson


Dear GaLeRi,

Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini sebenarnya samada ada ianya tindakan yang betul dan pada masa yang betul atau tindakan yang betul tetapi pada masa yang salah atau juga tindakan yang salah dan pada masa yang salah.

Kadang kadang justifikasi itulah yang aku, kau dan dia tidak memahaminya. Bilakah masa yang betul sedangkan kita merasa tindakan kita adalah yang tepat dan terbaik untuk kita?


The course of life is unpredictable... no one can write his autobiography in advance.

~Abraham Joshua Heschel