TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

sometimes...

SOMETIMES,

SOMETHING IS JUST NOT MEANT TO US


ntah la..

sesekali rasa sukar nak terima maksud ayat tu but kadang-kadang terasa ada kebenarannya. tapi itulah, dalam pencarian ramai yang terkandas sebab kurang kesabaran, terleka dan buat bagai-bagai kesilapan dan macam macam lagi.

tapi...

setiap perkara ada buruk baiknya. terpulanglah kepada bagaimana seseorang tu mentafsirkannya.

terserempak dengan ayat kat bawah ni (mebi doa seseorang) but terasa betapa tulus dan mulus ayat ayat indah itu disusun. tetapi, makna dan maksudnya terlalu mendalam untuk aku dan mungkin juga untuk korang yang tahu dan mengerti.


Ya Allah,

jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,dan usirlah dia dari relung hatiku.

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini, dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni. Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya Allah, satukan hati kami…

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.


kadang-kadang terasa penat sangat rutin aku ni. terasa aku dah makin tak kuat. dah makin lemah. tapi perjalanan tetap perlu diteruskan walau apapun rintangannya. walaupun ada pandangan orang yang melukakan dan menyakitkan tetapi ada juga orang yang menyayangi aku, korang dan kita semua.














setiap sesuatu itu....





'SETIAP ORANG ADA CERITA TERSENDIRI,
CUMA KITA SAJA YANG TAK TAHU'

when everything is out of our control
what can we do?

patutkah kita kata

"just wait and watch.."

atau

"just wait and hope"


Petang yang indah hari nih, aku agak tersentuh bila terbaca tentang sesuatu.
Dalam hati aku cuma mampu menyebut,

"Masya allah, bertuahnya kalau sesiapa yang memiliki si dia ini. Tapi yang pasti mungkin bukan calang-calang orang yang biasa memilikinya."

Si gadis memutuskan perhubungan dengan kekasihnya disebabkan kekasihnya itu tidak mahu cuba memperbaiki diri dan menunaikan solat. Simple.

Dia nakkan seorang lelaki yang boleh membimbing dirinya tetapi bukan mengharapkan seorang lelaki yang perfect, cukup sekadar yang menunjukkan kesungguhan untuk berusaha memperbaiki diri dan mempertingkatkan diri ke satu tingkatan yang lebih baik.

Aku pon tak pasti kenapa bila terbaca kisah tu ianya buat hati kecil aku rasa tersentuh. nak di copy semula cerita tu terlalu panjang tetapi cukuplah aku ambilkan intinya sekadar untuk renungan dan boleh difikirkan.

Tak pasti samada ringkasan ini mampu memberikan impak apa apa kat korang yang menjengah galeri ni.

Tapi, as life goes on, of course we start to learn more and more about responsibility, love, trust and so on. Dan aku pasti korang semua dan aku juga pasti realize sumtin iaitu even what ever yang kita buat actually secara langsung atau tak ianya memberi kesan kepada orang di sekeliling kita.

Pandanglah dalam skop yang lebih lapang dan luas.

Cakap memang senang dari nak melaksanakannya...