TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

My Chinese Friends

Ni lagi satu cerita yang aku rasa nak share dengan semua orang sebab aku rasa aku agak tertarik dengan suasana dalam kisah ni. Mebbe some of kita pernah lalui experience yang macam ni atau yang lain tetapi konsepnya sama - Malays and Chinese are dependent on each other.

**********


**********

Since I knew what life was all about, I have seen and witnessed interactions between the Malays and Chinese.

In my 'kampung' in southern outskirts of Melaka Town, some 40 years ago, I have seen Malays depending on a Chinese shop known as 'Kedai Ah Nee' for their sundry supplies, especially rice, sugar, chillies, fishes and vegetables.

'Kedai Ah Nee' has gone, but a few others such as 'Kedai Ah Pee' and 'Kedai Teh Kong' withstood the turbulent years and are still there. At the age nine, my elder brother developed hernia and to treat him, my father brought home the famous 'sinseh' whom we loved to call 'Nyonya Lilin'.

In primary school, I befriended a few Chinese; one who became one of my best friends. His name is Lin Muan Yuen. He spoke fluent Malay as he had many Malay friends in his kampung in Bukit Cina. At one time, he told me, he wanted to convert to Islam, but when he grew up, we went our different ways, and he became 'a long lost friend'.

My father too befriended some Chinese, and during hari raya, they came 'to sample' my mother's cooking. They love 'ketupat' (rice wrapped in coconut leaves) with 'rendang ayam' (chicken). I learnt a few tips from my father; dont serve the Chinese 'rendang daging lembu' (beef) because they dont like it. Until now I am not sure whether the Chinese just dont like beef or taking beef is against their religion just like Hindus.

When I grew up, my interactions with Chinese widened. The truth is Malays and Chinese cannot avoid each other. In short they need each other. For example, Malays depend heavily on the Chinese in various fields such as suppliers of goods and repair works while Chinese depend on Malays for security because almost 100 percent of the police and military personnel are people of this race.

There must be two-way communication; the Chinese and Malays benefits from it in a win-win situation. If it is a win situation only on one side, it is selfish attitude and should be put on end.

**********

Petikan cerita tu aku dapat daripada Harakah keluaran 29 Ramadhan - 5 Syawal 1429 di ruangan English Section. Ianya mebbe ekoran dari keadaan semasa politik Malaysia sekarang. Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah tentang 'perhubungan' dan persefahaman yang telah lama terjalin dengan penuh keindahan.

Malah aku sendiri melalui keadaan yang hampir serupa, hidup dengan penuh rukun dan aman damai di antara kaun Melayu dan China di kampung aku di utara semenanjung. Sejak aku kecik aku memang telah notice kerukunan ini. Tok Wan aku mempunyai sebuah kedai yang menjual barang kegunaan harian di kampung dan dia mendapatkan stok kedai dari lelaki China yang peramah yang kami semua panggil dia sebagai 'topui'. Aku masih ingat lagi bila 'topui' mengadakan kenduri majlis perkahwinan adiknya dan dia menjemput kesemua customer dia untuk datang ke majlis tersebut. Dan, dia juga mengupah 'mamak' untuk menyediakan makanan pada majlis tersebut agar pelanggannya yang beragama Islam dapat menikmati hidangan tanpa was-was.

Aku juga masih teringat, di depan rumah aku terdapat rumah keluarga Ah Chai. Sewaktu aku dan adik-adik masih kecil, anak lelaki Ah Chai yang mempunyai salun rambut iaitu Ah Piow selalu membelikan kami gula-gula, bermain-main dengan kami. Manakala Ah Ping pula selalu tolong kami adik-beradik membuat kapal terbang kertas.

Apabila aku bersekolah di Sek Men. Aku mempunyai ramai kawan-kawan berketurunan China kerana sekolah di situ berkonsepkan multi-racial school. Dan, aku mempunyai hubungan baik dengan semua mereka sehinggakan mereka sanggup mengajar aku menulis dan bercakap dalam bahasa Mandarin serta beberapa patah perkataan tak senonoh dalam loghat Hokkein, Teochew dan Kantonis. Dan, amoi-amoi dalam kelas aku semuanya lawo-lawo belaka. :)

Apa yang ingin aku jelaskan di sini sebenarnya ialah, kita boleh hidup dengan aman damai dan ceria walaupun negara kita terdiri daripada berbilang kaum. Apa yang perlu dielakkan ialah, jangan menyakiti orang lain seperi mana kita juga mengharapkan agar orang lain tidak menyakiti kita. Bertolak ansur serta mewujudkan two-ways communication agar tiada salah faham yang boleh menjejaskan perhubungan yang telah sedia wujud sejak zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dulu.

'Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh'

dan, di ulang...

'True friends bring out the best to each other'

On My Way Back Home


Just nak share sumtin dengan korang, on the way aku dalam perjalanan untuk pulang ke kampung sambil mendengar ucapan-ucapan eid di radio, aku tertarik pada satu panggilan yang aku kira sangat menyentuh hati dan perasaan.

Panggilan dari seorang adik perempuan, merayu dan meminta abangnya agar pulanglah berhari raya di kampung halaman. Katanya mereka memang selalu bertemu tetapi sudah 3 tahun abangnya tidak pulang menjenguk ibubapa mereka di kampung kerana terjadi sedikit perselisihan faham dengan ibunya.

".... abang, balik la abang....kau tu anak, jangan la kira sangat sapa yang salah sapa yang betul. Balik la abang, minta maaf dari dorang sementara dorang masih ada ............"

Dia bercakap sambil menangis .... tersesak-esak ...

Kadang-kadang bila difikir, apa perasaan dorang yang sampai begitu keras hati tak mau pulang dan memohon kemaafan dari kedua ibu bapa yang mendidik dorang dengan penuh kasih sayang sedari dorang sebesar tapak tangan hinggalah besar panjang. Takkan la takde langsung rasa rindu kat mak ayah dorang yang didik dorang, ikut kehendak dan kemahuan dorang sejak kecik; belikan ultraman bila nak ultraman, carikan kedai yang buka di tengah malam sebab anak nakkan ice-cream, susah hati ibubapa ni dok memikirkan tentang dorang.

Kadang-kadang tak paham jugak aku. Tapi inilah manusia!


Bukan lah nak kata aku ni bagus sangat, tapi bila 'dengar' keadaan macam tu, tersentuh juga hati aku nih. Aku rasa takde ibu dalam dunia ni yang tak nak ampunkan anak-anak yang dia kandungkan selama 9 bulan 10 hari tu. Takde ibu bapa dalam dunia yang nak berdendam dengan anak kandung dorang, takde kot. Rasanya, dorang lagi lah susah hati, taktau kemana hilang anak dorang, apa kabar beritanya, sihat ke dia, dan bagai bagai. Dan, takde anak yang akan bahagia tanpa keampunan dan redha ibubapa dorang. Lapangkan dada, bukakan minda... sama-sama lah kita fikirkan...

Kadang-kadang kalau kita rasa kita je yang betul, tak semestinya kita memang betul. Mungkin orang lain nampak salah kita, kekurangan kita, so dorang tegur kita. Terima la dengan positif. Itu je! Dan, cuba-cuba lah kawal ego kita tu, lelaki perempuan, masing-masing ada ego sendiri.

Ucapan di radio tu juga secara tak langsung buat aku teringat iklan hari raya oleh Telekom Malaysia (TM). Aku rasa korang pon ada tengok iklan tu kat TV. Antara bait-bait dialognya;

"Ayah... kenapa kita balik sini? Atok dengan nenek kan dah tak ada", tanya si anak.

Ayah dengan wajah yang penuh penyesalan menjawab; " Sebab masa atok dengan nenek ada, ayah tak pernah balik....."

"Telefon pun tak ke?", tanya si anak lagi.

Walaupun ringkas dan simple garapan iklan tu, tapi sebenarnya banyak benda yang boleh kita fahami dan ambil ikhtibar kalau kita fikir-fikirkan.

Teringat aku pada intro 'Koleksi Blues Untuk Aku',

'Apa yang diharap pada pentas lakonan ini ... Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang ...'

Dalam sangat maksud ayat tu, kita cubalah fikir sama-sama.

Dan, aku pasti aku juga selalu buat silap, cumanya mungkin aku tak sedar atau aku anggap remeh. Justeru kawan-kawan kat sekeliling lah yang aku harapkan untuk memaklumkan aku tentang kesalahan aku supaya dapat aku perbetulkan diri.

'Manusia menilai diri menerusi pandangan orang lain'