TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

u r responsible for your success!

menggaulkan idea org lain yg memotivasikan aku utk sekian lama.


Kita sering menganggap setiap satu tragedi buruk yang menimpa itu sebagai titik hitam dalam sejarah hidup kita. Tanpa kita berfikir panjang, kita terus menganggap titik hitam itu sebagai penghalang untuk kita terus mengharungi hidup dengan lebih cemerlang. Kita putus asa dan kecewa dalam menggapai impian yang direncanakan. Dan, seterusnya kita terus gagal untuk mencari apa yang patut dicari sebaliknya menemui apa yang tidak sepatutnya lantaran oleh kejahilan kita dalam memahami hakikat dan keperluan hidup kita berdasarkan keadaan semasa.


“jadi la kot…”


“ok la tu…”


“cukup la nih….”


“boleh laaa…”


….sering terlekat kat bibir mulut kita, sering menjadi antem kita. Ianya secara tak langsung sedikit demi sedikit mengikis kewibawaan kita , sedikit demi sedikit kita jadi tak konfiden dgn ketentuan Ilahi. Ni la gaya hidup atau trend yang kita terlandas dan seterusnya menjadikan ianya landasan dalam menjalani kehidupan seharian kita.


Tapi kan, pernah ke kita terfikir atau adakah antara kita yang terfikir, kemana arah tuju landasan itu? Atau ianya semakin buatkan kita semakin tersasar dari landasan yang sepatutnya kita jalani.


Actually, ianya mungkin juga supaya kita ni tahu bahawa that’s life, inilah reality kehidupan kita. Andai kita membuat tafsiran yang tersasar, maka tersasarlah kita dan semakin jauhlah kita dari hala tuju yang sepatutnya.


Pinjamkan kata-kata Umar Al-Khattab kat sini,


“Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang dicari.”


After all, aku dah merasa kebenaran kata kata tu. Ramai dari kita merasa gundah, susah hati, murung sebab tidak mengetahui apa sebenarnya yang diingini, apa sebenarnya yang diimpikan.


Takkanlah tak pernah kita pikir bahawa setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmah yang tersembunyi yang perlu kita renungi, tgk dalam dalam, fikirkan dan fahami sebab musababnya.


So, kalau kita sendiri tak pasti hala tuju kita, tak tahu apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ni. Actually, apa sebenarnya yang kita nak ekk?


Tapi, kalau dah tahu apa yang kita nak pon, tahu apa impian kita pon; sebenarnya ianya masih tak cukup. Semua org kat sekeliling kita samada kita tahu atau tak, sedar atau tak; mereka ada impian dan tahu apa yang masing masing nak dalam hidup. Dan apa yang kita perlukan untuk mengukuhkan impian kita tu ialah MATLAMAT. Bukan semua org yang mempunyai matlamat dan menulis matlamat hidupnya, perancangannya, pencapaian dan menghargai apa yang dilakukan oleh org lain dan juga diri sendiri.


Dan, of coz setiap matlamat tu memerlukan deadlines supaya ianya menjadi time frame untuk menentukan jangkamasa matlamat tu le di capai.


Ermm…mebi pasni aku leh share satu lagi tulisan oleh seseorang yang berkaitan dgn impian, dgn matlamat.


Chiao!