TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

when i see you, my heart smiles...



MyHotComments.com

Sepanjang perjalanan berkereta dari barat ke timur , aku tengok baaaaanyak sangat papan iklan Digi. Apa yang menarik ialah, apa yang dipaparkan dalam papan iklan tu begitu mencuit hati. Aku akui, orang yang mengilhamkan idea untuk iklan tu mmg agak kreatif. Simple dan melekat di hati aku. Kalau tak percaya, korang perati la betul betul papan iklan Digi kalau korang merentas mana-mana lebuhraya. Before that, kalau kita tgk iklan Petronas sempena hari perayaan, of coz kita akan 'thumbs up', sebab ianya begitu memberi kesan. Tapi, tahun ni aku notis dah banyak pengiklan-pengiklan yang memberikan saingan kt iklan Petronas ni macam iklan dari TM dan Digi sendiri.

Korang ingat tak iklan Digi kisah adik-beradik yang bergaduh dari kecik? One of the famous ayat dalam iklan tu yang aku suka sangat ialah...

".... aku kan abangg.."

Tapi, apa yang aku nak kongsi kat sini ialah tentang satu perkataan yang aku suka sangat sebut iaitu KREATIF.

Kreatif! Melekat di hati!


Apa yang aku fikirkan selalu n dari dulu ialah bagaimana kreativiti kita dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara kita, antara sepasang kekasih / suami isteri dan kawan-kawan.

Korang waktu zaman bercinta pernah tak buat hand-made card ke, surprise birthday party ke, atau apa apa yang boleh memberikan surprise yang membahagiakan?

Aku rasa korang pernah buat ,kan? After all, setelah beberapa lama sesuatu hubungan tu berlangsung and kita consider yang kita faham kehendak pasangan kita macam mana kita berusaha n paham kehendak dia suatu ketika dulu tapi sebenarnya tak. Actually everything berubah, due to masa, keadaan sekeliling, due to tekanan , bebanan kerja dan macam macam lagi. Orang cakap, waktu bercinta semuanya indah, kentut awek pon bau wangi, kan? Aku tak kot, korang ntah la... hehehee...

Setelah sekian lama, kita rasa perhubungan kita tu biasa-biasa aje. Yang dah kawin tu, sibuk dgn anak anak sampai lupa atau takde masa untuk diri sendiri dan pasangan. Kadang-kadang lebih kepada anak anak. Mungkin ada yang rasa terabai .... lalu memendam rasa! Who knows, kan?
Kita dok rasa kita masih memahami pasangan kita macam dulu ... akhirnya kita leka.

So, what should we do? Haaaa...masa ni la kita perlu refresh kefahaman kita tentang kapel kita tu, try to create sumtin yg kreatif, try to re-ignite kehangatan yang pernah dilalui waktu hangat-hangat dulu.

Pada aku asasnya simple, treat everyone the way that you want to be treated by them as in return. Tu je. Buat kapel kita rasa disayangi, dihargai dan diberikan perhatian. Cipta kelainan dalam suasana, buat magik, kejutan dan lakukan dengan kreatif. Aku percaya hasil kreativiti akan membuatkan kita lebih terangsang, lebih ghaiirah untuk meneroka kembali dan merasai kehangatan dulu.


Untuk kapel yang dah berumah tangga, try la buat kejutan kat kapel masng-masing. Candle light dinner ke, belikan sejambak ros n bagikan kat kapel anda sebelum tido then terus kiss dia, atau...macam yg org lain dah lakukan - surprise birthday celebration. Mebbe korang leh sediakan kek semua, bunga semua n hadiah, pastu korang tido n buat buat bodo je, bia kapel korang tu terfikir yang korang ni dah lupa birthday dia, bila jam berdetik je tepat jam 12, mebbe alarm henset bunyikan lagu happy birthday ke, atau korang sendiri nyanyikan dalam tido ke. Ubah la sket idea ortodok tu, make it more creative n more interesting. Tapi kalau ikutkan juga idea tu pon, it still works! Syaratnya jangan bagitau kapel korang la. Tu je.

Mengulang ayat yang pernah aku tulis kat blog ni,

' tujuh biji huruf yang membentuk satu perkataan yang sedap didengar dan indah kalau dapat merasa, sapa la yang tak nak merasa b-a-h-a-g-i-a, kan?'



Kreatif ni boleh dalam berbagai bentuk sebenarnya bergantung kepada keupayaan korang, for sure most of the creative ideas are the unforgetable memories.

'... when i see you, my heart smiles....'

Mungkin anda akan sentiasa diingati sebab menghadiahkan sebungkus kerepek pisang pada seseorang dengan tidak disangka oleh si dia, who knows, kan?

Actually, apa yang diberi tu bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan, tetapi apa yang tersirat disebalik pemberian tu. Ingatan? Penghargaan? Apa-apa saja berkemungkinan.

Apapun, ni just apa yang aku fikirkan. :)

Mebbe korang ada idea untuk kita sama-sama kongsi?


kreativiti & cabai!


Cili, Cabai .... apa lagi ekk orang panggil? mebbe kat Kelantan panggil lain kot, Melaka plak panggil lain, Sarawak or Sabah pon panggil lain kot.




Just nak share je, aku rasa kagum dengan cameraman yang amik semua photo nih.

CREATIVE!!



See! korang tengok la...
Bagus kan hasil yang dia dapat even gambar cabai n chili je.


Normally, photo photo camni org guna untuk buku resipi, atau buku buku berkenaan sayur & buah buahan untuk masakan, ye tak? Idak pon, buku sains rumah tangga. kan?


Simple je kan? Tapi juz nak ingatkan diri aku n korang, dalam hidup kita mmg kena CREATIVE.

Dalam menghasilkan sesuatu yang bagus n baik, kreativiti ni perlu sangat-sangat, ianya bukan setakat menghasilkan karya seni kerana kita juga perlu kreatif dalam kerja, dalam perhubungan percintaan, persahabatan, rumahtangga dan semua yang memerlukan kita melakukan sesuatu.

Kreativiti juga actually pada aku sebagai satu motivasi, sesuatu kelainan yang kita lakukan n secara tidak langsung menambahkan ghairah dan minat yang lebih mendalam dalam menghayati sesuatu.

Setuju tak?

my collezione - 1