TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

aku dan galeri ini....



Dear Galeri Blues,


Aku gagahi untuk luangkan sedikit masa menjengah ke sini.
Lepas setelkan magrib, aku termemnung kejap. badan rasa lemah, nak demam ke tak ni ntah la.
So capai lappy aku dan buka galeri ni yg dah lama aku tak jengah. Bukan taknak buat karangan kat sini tapi honestly aku rasa fikiran aku berserabut, jiwa seakan kosong.

Believe it or not, aku kerap terjaga di sepertiga malam dan rasa sayu sorang sorang. Terkadang aku merasakan seolah olah aku punyai masalah kejiwaan. Laluan yang dah aku lalui dan tempuhi serta laluan yang aku sedang dan aku redahi banyak menduga dan memberikan sesuatu yang sukar untuk aku kongsikan di alam nyata.

Empty room...where we learn to live without love...

Lirik daripada salah satu lagu nyanyian Gary Moore, aku cukup ingat bait bait ayat tu. Dan itu yang sedang aku 'nikmati'. Dan dengan rutin yang kadang kadang membuat aku terasa amatlah letih.

Kesian galeri nih, kena tinggal agak lama walau bukan niat untuk biarkan galeri ini seolah terabai tetapi konflik diri yang tak dapat aku terjemahkan ke alam nyata membuat aku terasa 'kosong'.

Terkadang aku tak dapat menafsirkan apa sebenarnya yang diri rasai. Cuba kuatkan diri tapi nyatanya kuat itu agak terbatas, mebbe ada yg terasa, mungkin juga ada yang terluka dengan perubahan terhadap diri ini. Ampunkan diri. Ampunkan aku...

Yang pasti aku sudah kurang mood, sudah kurang ghairah dengan keinginan diri.
Punyai komitmen yang lain yang dirasakan lebih utama, biarlah itu menjadi matlamat dalam jangka terdekat.

Hmmm...kesan ubat telah membuat aku hye-hye bye-bye. Selamat malam galeri.

Permisi!












damai...











nilai diri di mata org



Aku masih ingat lagi sampai sekarang, sebaris ayat daripada satu filem jepun yang aku lupa tajuknya.

'MANUSIA MENILAI DIRI
MELALUI
PANDANGAN ORANG LAIN'



Ekceli, pada satu bahagian aku rasa aku setuju dgn ayat tu but pada satu bahagian yang lain aku tak setuju.

Ada betulnya kita melihat pandangan orang lain terhadap diri kita sebagai satu penilaian sebab kita tak mungkin menilai diri sendiri untuk orang lain. Kadang kadang kita tak sedar pon diri kita sebegini atau sebegitu, atau kita terbawa dengan perasaan 'bagus' lalu menutup mata kita terhadap kekurangan diri yang mampu kita baiki sebenarnya.


Penilaian orang len tu mebbe berdasarkan kepada fizikal kita, cantik dan hodoh, gemuk atau kurus, tinggi atau rendah;

atau, berdasarkan harta atau material yang kita ada, kereta mewah menjalar, rumah bungalow di atas bukit, atau apa apa je.

Atau, penilaian berdasarkan sijil yang kita ada, pangkat yang kita sandang.

But, mostly penilaian orang terhadap diri seseorang adalah berdasarkan kepada fizikal sahaja.
Dats y pada sebahagian yang lain, aku kureng setuju dengan ayat tu.

Tetapi realiti sebenarnya mungkin begitu. kita lebih menilai luaran atau fizikal seseorang sebab mata kita nampak kesemua tu.

Ye tak?

Just renungan untuk diri.