TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

macam-macam raya

Apa yang membuatkan Hari Raya di Malaysia agak meriah?

Apa yang membuatkan ramai orang balik ke kampung
untuk berhari raya?


Salah satunya, of course la kuih-kuih tradisional raya seperti
lemang, ketupat pulut, nasi himpit, rendang, dodol, wajik dan bagai bagai lagi.


Tapikan, speciality hari raya tu agak berkurangan dah kot sebabnya kita sendiri takmo nak
menjaga dan memelihara keistimewaan perayaan kita.

Dodol, bahulu dan kuih-kuih raya dah boleh dinikmati even bukan
pada bulan-bulan raya. Sepanjang perjalanan pada setiap masa di lebuh raya utara selatan, kita leh dapat dodol, bahulu serta beberapa jenis kuih ni di jual di R & R.

Dari segi komersial memang satu usaha yang bagus,
tapi dari memelihara keistimewaan hari raya,
aku rasa ianya agak menjejaskan keistimewaan perayaan kita.



Kanak-kanak sekarang pon dah tak macam kanak-kanak pada zaman aku kecik-kecik dulu.
Sekarang ni dorang lebih suka melepak depan tv daripada beraya
bersama kawan-kawan dari rumah ke rumah.

Kemeriahan perayaan tu dah makin berkurangan sekarang. Mungkinkah pada 10 tahun akan
datang, perayaan kita ni dah takde keistimewaan fizikal ini?

Mebbe kuih-kuih yang sekarang masih ada speciality nya lagi
lepas 10 tahun nanti dah jadi macam kuih donut atau goreng pisang je kot.



Mebbe juga, selepas 10 tahun akan datang perayaan kita akan hilang langsung
keistimewaan fizikalnya dan ianya tidak lebih daripada
cuti umum saja.

Lepas solat sunat eid, semua org akan duduk kat rumah
dan tengok tv je kot kalau pun tidak
membongkang tidur.



Kan bagus kalau orang kita ada kesedaran tersendiri
untuk memelihara keistimewaan fizikal hari raya kita ni,
tak gitu?

Memang sukar la untuk tidak meng'komersial'kan kuih-muih kita,
tapi kalau kita sanggup lakukan dan korbankan
unsur komersial tu,
kita tetap akan dapat menikmati kemeriahan dan
keistimewaan yang sama pada masa depan.

Dan, para ibubapa juga perlu berperanan menggalakkan anak-anak agar
keluar beraya dengan kawan-kawan bila balik ke kampung,
keluar menziarah rumah ke rumah bersama-sama.
Secara tak langsung,
aktiviti ini juga akan merapatkan silaturrahim
dengan saudara-mara dan sepupu-sepapat yang dah lama tak jumpa.

"... ni anak saper ni?"

"....anak Jay, cucu ncik A.D..."

Kalau dah camtu, at least kenal la jugak sepupu-sepapat kita kat anak-anak kita tu kan?

"..Oooooo dah besar dah kan anak si Jay ni, mana ayah dengan mak kamu?
Suruh dorang datang umah Pak Cik nanti."

2 comments:

Anonymous said...

I have to disagree la on some of ur points.

Kuih raya mcm tart nenas, semprit, sarang semut, batang buruk sebenarnya susah nak cari kalau bukan time raya. Rasanya org pun tk nak beli kalau bukan bulan raya. Tu semua kuih tradisional tu.

Even if kalau jumpa bukan bulan raya pun, mcm dodol, bahulu, lemang, ketupat, rendang tapi still kita nak jugak makan masa hari raya. betul tak? Tgk negeri la, pantai timur tak makan dodol, ketupat nasi. Diorang prepare nasi minyak, nasi dagang, ketupat pulut. Still, makanan yg selalu kita jumpa tapi masih jadi makanan wajib breakfast pagi raya.

Pasal beraya rumah org pulak, if duduk kat kampung whereby kita kenal siapa mak bapak budak2 yg dtg beraya tu mmg tak salah. Tapi la ni kebanyakan dah duduk kat kawasan perumahan, kawasan bandar even if ada kampung dlm bandar mcm kg baru tu... Ini pagi2 raya budak2ntah datang dari mana, tak menziarah sedara mara tapi berkumpul ramai2 buat plan nak pergi serbu rumah org2 yg tak dikenali just because nak kumpul duit raya. Kan dah salah konsep tu. Patutnya pergi menziarah sedara mara, tok nenek sedara, sepupu sepapat dulu. Parents have to play a role in this. Lagipun, environment sekarang tak boleh percaya, kalau area kampung or perumahan di mana semua org kenal semua org, lain la cerita, tapi kalau ada di kawasan pekan where masing2 buat hal sendiri, bahaya lepaskan anak2. Takut apa2 jadi tgh jalan pada anak, tapi kita dok bersukaria melayan tetamu kat rumah. kan kes naya tu...

Yg penting setiap keluarga kena kekalkan tradisi keluarga. Kalau parents tak mau usaha kekalkan tradisi pagi raya, biarkan anak2 buat apa mereka suka, tak menziarah saudara mara, macamana tradisi raya nak kekal? Budak2 bukan kisah sgt pasal nak jumpa tok nenek, kita la yg kena ajar.

Pokok pangkal, diri kita. Kalau pakcik A.D tak kenal cucu, salah anak dia la... kan?

:)

Day Dreamer said...

hi ano,

setuju gak ngan pendapat ampa, actually semua kena main peranan, kalau masyarakat main peranan sebagai masyarakat yg matang n berpandangan jauh, everything will be okay kot, kan?

:)