TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

On My Way Back Home


Just nak share sumtin dengan korang, on the way aku dalam perjalanan untuk pulang ke kampung sambil mendengar ucapan-ucapan eid di radio, aku tertarik pada satu panggilan yang aku kira sangat menyentuh hati dan perasaan.

Panggilan dari seorang adik perempuan, merayu dan meminta abangnya agar pulanglah berhari raya di kampung halaman. Katanya mereka memang selalu bertemu tetapi sudah 3 tahun abangnya tidak pulang menjenguk ibubapa mereka di kampung kerana terjadi sedikit perselisihan faham dengan ibunya.

".... abang, balik la abang....kau tu anak, jangan la kira sangat sapa yang salah sapa yang betul. Balik la abang, minta maaf dari dorang sementara dorang masih ada ............"

Dia bercakap sambil menangis .... tersesak-esak ...

Kadang-kadang bila difikir, apa perasaan dorang yang sampai begitu keras hati tak mau pulang dan memohon kemaafan dari kedua ibu bapa yang mendidik dorang dengan penuh kasih sayang sedari dorang sebesar tapak tangan hinggalah besar panjang. Takkan la takde langsung rasa rindu kat mak ayah dorang yang didik dorang, ikut kehendak dan kemahuan dorang sejak kecik; belikan ultraman bila nak ultraman, carikan kedai yang buka di tengah malam sebab anak nakkan ice-cream, susah hati ibubapa ni dok memikirkan tentang dorang.

Kadang-kadang tak paham jugak aku. Tapi inilah manusia!


Bukan lah nak kata aku ni bagus sangat, tapi bila 'dengar' keadaan macam tu, tersentuh juga hati aku nih. Aku rasa takde ibu dalam dunia ni yang tak nak ampunkan anak-anak yang dia kandungkan selama 9 bulan 10 hari tu. Takde ibu bapa dalam dunia yang nak berdendam dengan anak kandung dorang, takde kot. Rasanya, dorang lagi lah susah hati, taktau kemana hilang anak dorang, apa kabar beritanya, sihat ke dia, dan bagai bagai. Dan, takde anak yang akan bahagia tanpa keampunan dan redha ibubapa dorang. Lapangkan dada, bukakan minda... sama-sama lah kita fikirkan...

Kadang-kadang kalau kita rasa kita je yang betul, tak semestinya kita memang betul. Mungkin orang lain nampak salah kita, kekurangan kita, so dorang tegur kita. Terima la dengan positif. Itu je! Dan, cuba-cuba lah kawal ego kita tu, lelaki perempuan, masing-masing ada ego sendiri.

Ucapan di radio tu juga secara tak langsung buat aku teringat iklan hari raya oleh Telekom Malaysia (TM). Aku rasa korang pon ada tengok iklan tu kat TV. Antara bait-bait dialognya;

"Ayah... kenapa kita balik sini? Atok dengan nenek kan dah tak ada", tanya si anak.

Ayah dengan wajah yang penuh penyesalan menjawab; " Sebab masa atok dengan nenek ada, ayah tak pernah balik....."

"Telefon pun tak ke?", tanya si anak lagi.

Walaupun ringkas dan simple garapan iklan tu, tapi sebenarnya banyak benda yang boleh kita fahami dan ambil ikhtibar kalau kita fikir-fikirkan.

Teringat aku pada intro 'Koleksi Blues Untuk Aku',

'Apa yang diharap pada pentas lakonan ini ... Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang ...'

Dalam sangat maksud ayat tu, kita cubalah fikir sama-sama.

Dan, aku pasti aku juga selalu buat silap, cumanya mungkin aku tak sedar atau aku anggap remeh. Justeru kawan-kawan kat sekeliling lah yang aku harapkan untuk memaklumkan aku tentang kesalahan aku supaya dapat aku perbetulkan diri.

'Manusia menilai diri menerusi pandangan orang lain'

No comments: