TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

camne ekk gaya makan korang?



Eating habit

" Ish! Lahapnya dia ni makan! 'Cancel' nak buat ‘balak’!! Tengoklah tu kuah dal tepi bibir pun dibiar je. Eiii....teruknya."


Bagaimana cara makan, begitulah cintanya. Eh! Betul ke beb?


Cuba perhatikan style makan teman kamu! Setiap orang ada gaya yang tersendiri. Ada yang penuh kesopanan, ada yang sambil makan sambil bercakap kadang-kadang siap tersembur pun ada! Ha...jangan buat tak tahu pulak. Gaya makan seseorang juga ada memberikan maksud tertentu seperti gambaran sikap sebenar tuan yang empunya diri. Jom kita baca dan selidik apa yang aku baca tadi ni. Perati bagaimana gaya orang kat sebelah anda makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. So, barulah korang leh nilai peribadinya. Itu pon, kalau lah apa yang aku baca ni betul. Kan?

Makan dengan tenang - Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!


Asyik belek makanan - Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


2nd Place in the Little Italy Pasta Eating Contest 2007 by dietrich.


Serius ketika makan - Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak - Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap - Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut -
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!



Little Italy Pasta Eating Contest 2007 by dietrich.

2 comments:

Anonymous said...

hai DD..
gaya mkn u camner ekk?
kalu i...ala2 gaya 1+2+3..
ada 1 kwn, dulu dia smoking...start mkn sama2, tapi dia siap dulu & dah habis 2 btg rokok, baru i siap...
skarang dia dah stop smoking..
dia terkebil2 nengok i mkn sambil cuci mata nengok aweks lalu lalang..
tapi dia kira untung gak la sbb sblm dia start mkn..i ketepikan sume tulang ikan & kupas kulit udang..dia tinggal suap jer...huhuhu..
tp kwn2 pompuan & akak2 i slalu komplen.."mkn mcm pengantin"...eerrkk..

Day Dreamer said...

hi ano,

taktau la i mkn camne, but tgk mood kot.anuway pas ni i try la tgk camne i mkn ek.

bagus la kalau u tau cara u mkn, kn?
at least, kalau tau teruk leh la ubah. kalau mcm pengantin tu...kira ok la kot....yg sedang sedang.