TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

"Eh! Kau pe hal?"

A thought of a nowadays lifestyle..




Indah tak kalau hidup ini berbalik ke basic dalam menjalani sesuatu perkara? Tapi bukan la untuk semua perkara.


Mungkin ada indahnya kalau kita saling boleh menerima teguran-teguran untuk kebaikan kita juga. Aku silap, kau tolong la tegur kan, kau terleka aku tolong tegur kan. Sure banyak benda n perkara akan lebih terjaga. Tapi, itulah – bercakap memang senang. Kadangkala bila orang tegur kita dengan ikhlas hati untuk kebaikan, kita pula yang tak reti nak memandang positif akan teguran tu mula membina prasangka kat dalam diri dan merasa di kacau kehidupan kita, maka terlontarlah;


“ Eh! Kau apahal nak sibuk sibuk tentang aku ni?

Kau jaga je hal engkau, aku jaga hal aku.

Macam la bagus sangat.”


Tapi itu adalah reality kehidupan kita sekarang, satu lifestyle yang tanpa sedar kita telah berubah jauh dari asas yang baik yang dipraktikkan dahulu. Ada yang mudah merah telinga bila diberikan teguran, walaupun ianya benar n dia sendiri mengakui ianya patut diberi teguran, tapi lain halnya bila timpa ke atas batang hidung sendiri. Merah padam muka, panas je rasanya. Kenapa ekk?



Pada aku, kita patut lebih rasional bila menerima teguran, bukakan fikiran, jangan mudah sangat angin satu badan. Kalau betul, sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih sebab kita mendapat peluang untuk membetulkan diri kita sendiri. Bukan senang orang lain nak berterus terang dan memberikan teguran yang baik untuk kita. Dan, kalaulah… kalaulah tidak benar, anggap saja seperti masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Kenapa perlu disemakkan kepaha hotak kita dengan rasa bengang dan marah pada org lain dan memikirkan sesuatu yang kita yakini tak betul. Tapi betul ke apa yang kita yakini as betul itu sememangnya betul? Kata orang; manusia menilai diri sendiri menerusi pandangan orang lain. Ada betulnya dan ada salahnya. Kalau penilaian itu tidak diadunkan dengan emosi, aku rasa aku setuju. Kalau penilaian tu dicampuradukkan dengan emosi terutamanya yang tak tentu hala, of coz la negatif jadinya.



Sekali lagi;


It’s never as good as you think it is,

and it is never bad as you think it is.


4 comments:

Anonymous said...

A cakap kat si B : ''''eh!kau pe hal?'''

Si B balas : SEPAK KANGGG!!!!

Day Dreamer said...

hi ano..

timeceh! sbb singgah kt sini. takleh la jawab camtu, ada org yg oke takpe. kang yg sensitip kang, lain plak keadaannya. juz treat org lain mcm biasa je, as kita nk dia treat kita.

anyway, SEPAK KANGGG!!! tu tajuk one of my post. ayat yg terkeluar daro mulut sorang kawan i, n i rasa cte dgr ayat tu. lama tk berhubung dgn dia. :)

Anonymous said...

oh ..x boleh jawab macam tu yer..x der tujukan pada sesapa pun ..sekadar gurauan, kalau u sensitif sgt..i will not comment anymore at ur galeri lah..lagi...

Day Dreamer said...

hi ano...

isk...i takde la sensitip. juz as i said, 'sepak kang!' tu cute ayatnya. dia buat i ingatkan sorang kawwan yg dekat sgt kat hati i, baik sgt. tu je. ala..lagipon i ni bukan jenis sensitip, cuma i sukakan persahabatan..tu je.