TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

...jika kamu tahu apa yang dicari...





Aku nak kongsi satu cerita yang aku baca 1-2 hari lepas,


Cerita yang berlaku antara sorang lelaki kaya berkereta mewah dan sorang pesawah yang miskin yang hanya mampu menaiki basikal.

Ditakdirkan pada suatu ketika, mereka berselisih ketika sama-sama melalui satu jalan kampung, tika si kaya sedang menuju ke tanah pertanian miliknya sementara si pesawah pula sedang dalam perjalanan pulang dari sawah. Terdetik di hati si pesawah; alangkah bahagianya aku jika aku memiliki kereta mewah dan isteri yang cantik seperti lelaki itu.

Dalam masa yang sama juga, lelaki kaya tadi berbisik sendiri; alangkah bahagianya pesawah itu kerana mempunyai isteri yang amat menyayanginya hingga sanggup memeluknya walaupun si suami dalam keadaan comot dan berbau.


Biarpun ianya cuma sebuah cerita yang biasa, tetapi ianya juga adalah sebuah cerita yang sering diperkatakan oleh pakar psikologi (menurut artikel tu) dalam memperkatakan tentang definasi bahagia.

Apa yang pasti bahagia itu adalah berbeza takrifan dan persepsinya pada setiap individu. Bahagia itu adalah sumting yang abstrak, yang tiada pengkhususan dan tiada satu guideline macam mana dikatakan bahagia.

Tapi yang pasti semua orang nakkan kebahagiaan, nak merasa bahagia dan gembira.

Mungkin, jalan hidup aku ni agak panjang dan jauh sikit dari rakan-rakan yang lain. So, mungkin juga disebabkan beberapa 'ujian' yang aku telah lalui sepanjang usia ini menyebabkan aku selalu dan makin banyak berfikir. Mungkin ada juga orang lain yang terfikir dan bertanya , apa sebenarnya yang diri sendiri nak kat dunia nih?

Duit? Harta? Kuasa? atau ketenangan hati?

Meminjam kata-kata Umar Al-Khattab; "tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang dicari."

Aku rasa itulah antara persoalan yang mungkin bermain-main dalam benak fikiran setiap orang yang hidup kat atas dunia ini. Dan kadang-kadang bila kita terlalu nak mendapatkan sesuatu, kita terleka dan alpa.

Dan, semua tu buat aku teringat sumting yang pernah aku baca mungkin 10 tahun yang leas dan aku ada catitkan dalam sesuatu, puas geledah buku buku lama at last jumpa juga.

Aku kongsikan kata-kata ini untuk renungan bersama;

'Sesungguhnya di dunia ini cuma ada 3 saat sahaja. Saat yang pertama ialah saat yang telah lepas, yang mana manusia tidak akan dapat kembali kepada saat itu lagi. Manakala saat yang kedua ialah saat yang sedang kita lalui, di mana di sinilah kita berpeluang melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Dan saat yang ketiga ialah saat yang akan datang, iaitu masa hadapan yang kita sendiri tak pasti samada kita akan dapat sampai kepada masa itu ataupun tidak. Hakikatnya, manusia di dunia ini cuma mempunyai satu saat sahaja' -Abu Dzar Al-Ghiffari.

Sekadar peringatan untuk diri.


3 comments:

ReD said...

errmmm...sis masih x nmpk saat untuk masa hadapan utk sis..huhu

Day Dreamer said...

yup sis...kita memang takkan nampak & jangkakan apa akan berlaku. mebi kita buat yang paling baik atau kita juga mungkin buat kesilapan yang paling besar.

haih!

Anonymous said...

bila nak kahwin wak,,,