TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

nice words ...


hmmm...saje je buat post ni untuk share 'ayat-ayat power' yg aku kutip dari novel yang aku kira best la juga iaitu Bayangan Rindu karya Anis Ayuni.


[DSC03273.jpg]


Awak tak perlu jawap sekarang kalau awak belum bersedia. Never mind, take your time. Bertahun-tahun saya sanggup tunggu, takkan kali ni pulak tak boleh.



Jauh di mata, jangan pula jauh di hati. Genggam bara biar sampai jadi arang. - Pg 436



tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja…." - Pg 439



“gambar dia ada dalam hati aku…” - pg 443



“kenapa perlu fikir apa yang orang lain cakap? Larat ke kita nak tutup mulut semua orang? …..gembirakan hati sendiri….” - Pg 242



“hidup ni singkat. Kenapa kita nak lakukan perkara semata-mata untuk gembirakan orang lain? Kalau you yakin dia pilihan yang terbaik….teruskan je.” - Pg 253



“hmm…dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang, dua tiga boleh ku cari, tapi manakan sama awak seorang.” - Pg 472



“penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti ‘dia’ bukan jodoh I”



Que Sera, Sera. Whatever will be…will be…the future’s not ours to see.

Que Sera, Sera. Whatever will be…will be.



“I akan jaga you sepanjang hayat I dikandung badan…I akan cuba sebaik mungkin untuk bahagiakan you.” - Pg 562



“orang yang pernah gagal tahan diuji dan lebih tahu menghargai. Dia melihat bahagia seperti melihat warna warna seindah pelangi.” - Pg 556



“ibarat orang dah luka lututnya…I tak boleh ajak dia berlari. I perlu tunggu sampai lukanya sembuh sambil tu I cuba jalan perlahan-lahan dengannya.” - Pg 556



Aku sedar aku tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan ini seandainya aku tidak dapat melupakan kegagalan, rasa kecewa dan sakit hati.Kemaafan terlalu berat untuk ku berikan kepada orang yang telah melukai hatiku. Tetapi aku tahu dengan memberi kemaafan sahajalah aku dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi dan hadiah yang terbaik untuk ‘musuh’ ialah kemaafan. Mungkin ada benarnya.

- Pg 510



Agaknya inilah yang dikatakan orang, kemaafan adalah dendam yang terindah. Aku harus belajar memaafkan orang lain dan memaafkan diriku sendiri atas apa yang telah terjadi…yang ditakdirkan oleh ILAHI. - Pg 511



“Keikhlasan itu ibarat…seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam, ia wujud tetapi amat sukar dilihat. - Pg 184



I’ll lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you to hold, my feet to walk with you...





6 comments:

bella said...

wa........ ayat dia gile tangkap leleh ... huh! rajin baca novel ye ... kalau bella, baru page satu , dah zzzzZZZZZ!

Anonymous said...

Hi,DD!!

cite dia nie menarik. Bukan hanya novel ni but byk lagi.

Day Dreamer said...

hi Ano,

yup! cerita dia agak menarik. ekceli sy kurang membaca novel hasil tulisan penulis lain selain Aisya Sofea.

Tapi ntah mcm mana sedara sy ada membeli n saya pon kebetulan membaca n ternyata ianya amat menarik.

in fact terlalu menarik.

Ano pon minat membaca novel?
Good!


if ada yg menarik, kabokan la kt saya ekk. tq

=)

Day Dreamer said...

hi ~bella,

ye ke?

tapi saya percaya if bella start baca novel ni, for sure bella takmo berenti selagi tak habisknnya.

very nice, simple.
ianya bukan sekadar sebuh kisah n cerita if dibaca oleh mereka yg membaca, menengok dalam n berfikir. ianya adalah sumting yg spesel lebih dari itu.

mebbe boleh mengembangkn daya kreativiti bella dalam memandang sesuatu yg kt sekeliling bella.

why not try sesuatu yg baik, kn?

=)

ixana said...

best ke novel ni??ayat2 die cam menarik jee...leh baca nihh..hehe

Day Dreamer said...

hi ixana..

eh! mmg best. percayalah, value for your money n time.

beli la


=)