TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

aku dan galeri ini....



Dear Galeri Blues,


Aku gagahi untuk luangkan sedikit masa menjengah ke sini.
Lepas setelkan magrib, aku termemnung kejap. badan rasa lemah, nak demam ke tak ni ntah la.
So capai lappy aku dan buka galeri ni yg dah lama aku tak jengah. Bukan taknak buat karangan kat sini tapi honestly aku rasa fikiran aku berserabut, jiwa seakan kosong.

Believe it or not, aku kerap terjaga di sepertiga malam dan rasa sayu sorang sorang. Terkadang aku merasakan seolah olah aku punyai masalah kejiwaan. Laluan yang dah aku lalui dan tempuhi serta laluan yang aku sedang dan aku redahi banyak menduga dan memberikan sesuatu yang sukar untuk aku kongsikan di alam nyata.

Empty room...where we learn to live without love...

Lirik daripada salah satu lagu nyanyian Gary Moore, aku cukup ingat bait bait ayat tu. Dan itu yang sedang aku 'nikmati'. Dan dengan rutin yang kadang kadang membuat aku terasa amatlah letih.

Kesian galeri nih, kena tinggal agak lama walau bukan niat untuk biarkan galeri ini seolah terabai tetapi konflik diri yang tak dapat aku terjemahkan ke alam nyata membuat aku terasa 'kosong'.

Terkadang aku tak dapat menafsirkan apa sebenarnya yang diri rasai. Cuba kuatkan diri tapi nyatanya kuat itu agak terbatas, mebbe ada yg terasa, mungkin juga ada yang terluka dengan perubahan terhadap diri ini. Ampunkan diri. Ampunkan aku...

Yang pasti aku sudah kurang mood, sudah kurang ghairah dengan keinginan diri.
Punyai komitmen yang lain yang dirasakan lebih utama, biarlah itu menjadi matlamat dalam jangka terdekat.

Hmmm...kesan ubat telah membuat aku hye-hye bye-bye. Selamat malam galeri.

Permisi!












2 comments:

~ ReD ~ said...

err...kesunyian??hmmmm...

Day Dreamer said...

hi RED,

ermmmm....????
tq sbb drop ke sini.