TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

rencana diri




hari ni 22 sep 2010, tinggal lebih kurang 3 bulan dan 12 hari menuju ke 2011. mesti korang pelik kot kenapa la aku sebut tentang tahun depan 2011.

mudah, sbb bermula dari penghujung tahun 2009 sehingga hari ni, banyak sangat perkara perkara yang membuatkan aku merasa sedih sendiri. jatuh tersungkur hinggakan macam tak dapat nak bangkit semula.

tapi kalau dalam hati ada taman, pasti ianya akan kembali subur walaupun secara berperingkat. apalah maknanya hidup jika aku dan korang tak dapat nak menetapkan sasaran. tapi aku percaya semua tu bukan disebabkan bagaimana kita memulakan sesuatu perjalanan tu tapi bagaimana kita mengakhirinya.

susah nak meyakinkan diri dan of course susah juga untuk meyakinkan orang lain bahawa kita ingin cuba bangun , bangkit dan mencuba sedaya upaya untuk melepaskan kesemuanya dan mula melangkah.

banyak yang perlu dibina semula, di dalam diri sendiri dan di dalam diri orang orang sekeliling. keyakinan, kepercayaan, pandangan orang sekeliling. banyak sangat!

terkadang terasa macam dah tiada kedayaan, kedayaan untuk melepaskan, kedayaan untuk memulakan, kedayaan untuk merubah dan berubah. betul kata orang, dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita, mungkin dan pastinya juga kita akan hilang sesuatu.

sesuatu yang sebenarnya mengambil separuh dari jiwa dan hidup kita, hinggakan ada yang merasa lumpuh dan longlai untuk bangun dan berdiri.

kata orang, perkara yang paling penting ialah apabila kita mendapat lebih banyak daripada apa yang telah hilang.

boleh ke? bila sesuatu yang hilang itu sebenar ialah sesuatu yang tak ternilai? sesuatu yang tidak boleh dinilai walau dengan apa saja bandingannya.

pilihannya tetap ada, terpaksalah berhadapan dengan realiti, biarlah masa yang menentukan arah perjalanan kita, aku dan korang.

rencana untuk diri di masa depan tetap perlu diteruskan, biar apa bentuk dan rupa. takde jaminan samada two is better than one or one is better than two.

atau, sebenarnya tiada beza antara keduanya?


3 comments:

bella said...

sama2 muhasabah diri ... dalam hati ada taman ya ? hehehehe ... sma2 berdoa supaya dapat sesuatu yang terbaik dalam hdup .amin ...

Anonymous said...

secara tak langsung sy turut terlibat dalam perkara2 yg menyebabkan kesedihan dia. dan tanpa sedar,sy sebenarnya seorang yg amat bersalah. org tak tau,betapa seksanya menanggung beban seorg diri,menyalahkan diri sendiri ats apa yg berlaku.kalaulah sy dapat undurkan masa tak ingin sy jatuh cinta dgn dia.tp apakan daya....

sy tak pasti apa yg harus sy lakukan. mungkin sudah sampai masanya sy lepaskan dia jauh2..
bolehkan?

Day Dreamer said...

hi bell...

ermm..muhasabah? yup..tu yang terbaik kot.

ermm..ye lah, if 'dalam hati ada taman' kita akan akan marah atau berdendam atau berfikiran negatif atau fikir yang bukan bukan, but tu bukan bermakna kita tak jatuh cuma menda tu still buat kita positif even sakit. :)

pernah dgr ayat nih?

'If i had a single flower for every time i thought of you i could walk forever in my garden.'