TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

Jus berry itu....


2-3 hari yang lalu, aku telah mendapatkan jus berry tu untuk mak. Walaupun itu bukan jus berry kaler hijau yang aku ingin tapi daripada tak ada lebih baik lah ada yang itu. So, lepas mak selesai menghabiskan lunch, aku minta Yoyo sukatkan jus tu sebanyak 60 ml dan berikan kepada mak.

Of coz, aku harap dengan kuasa Allah dan melalui perantaran minuman tambahan seperti jus tu mampu buat mak lebih kuat.

Yup! Mak makin bersemangat sekarang. Itu yang ku katakan pada Yoyo. Tapi lepas meminum jus tu untuk kali kedua, air kencing mak selepas itu seolah olah seperti bercampur darah. Aku tahu mak rasa panik dan bimbang. Aku pon sebenarnya agak bimbang juga. Lalu ku tanyakan samada mak merasa sakit atau tak. dan katanya tidak rasa apa apa dan macam biasa biasa je walaupun di wajahnya macam ada sedikit kerisauan.

Malam itu, selepas selesai dinner nya, aku cuba menghidangkan jus berry tu kepada mak. Tetapi mak kata dia tak mahu minum. Aku tanyakan lagi dan jawapannya tetap sama. Ntah kenapa tetiba aku merasa bengang, sangat bengang. Lalu, terus ku masuk bilik. Bagi meredakan perasaan aku, aku terus tido.


No comments: