Bonne Fete!
Bismillah hirrohma nirrohim
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, Ya Tuhan ku,
aku panjatkan kesyukuran di atas nikmat pemberianMu kepada hidupku,
hidupkanlah aku dengan iman, matikanlah aku dalam iman,
serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, Ya Tuhan ku,
ampunilah segala dosa kesalahan ku dan
dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa ku,
serta kesihanilah kedua ibu bapa ku
sebagaimana mereka berdua mengasihani aku semasa masih kecil.
Ya Allah,
akhirilah umur ku dengan kesudahan yang baik
dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur ku
dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, Ya Tuhan ku,
janganlah kiranya Engkau pesongkan iman ku
sesudah Engkau kurniakan kepada ku petunjuk.
Anugerahilah akurahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan ku,
kurniakanlah kepada ke kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah aku daripada azab neraka.
Ya Allah Ya Rahman,
berilah aku petunjuk dan rahmatMu Ya Allah
agar aku dapat terus tabah menjalani hidup ini.
Teguhkan iman ku Ya Allah, kuatkanlah semangat ku Ya Allah
agar aku dapat terus melangkah ke hadapan.
Robbana atina fiddun ya hasanah, wa fil a qiro tihasanah, wa qina 'aza bannas.
Amin ya Robbul 'a lamin
3 comments:
happy birthday! :)
happy birthday abang....yg ke berapa ?
Cik Kay,
TQ for da wishing. =)
Chibimaruko,
TQ juga, errr...yang ke 26 ke 36 ntah...salah satu tu laa. huhuh..:p
Post a Comment