TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

17 - 'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Fuihhhhh..... lega! Duit sewa rumah dah bayar, duit api-air pun dah settle.

"Rileklah, Hak. Kalau engkau sesak bulan ni jangan bayar dulu. Lagipun sewa bulan nih aku dah settlekan dah." Ariyon cuba cover masa aku tunjukkan duit sewa rumah kat dia.

"Ambik laaa... sementara aku tengah ada duit ni. Malas aaa.. aku nak tangguh-tangguh hutang." Aku bagi baaaaaik punya jawapan. Biasaklah kan... baru dapat cek petang tadi.

Besok boleh pegi Pejabat Pos, hantar money order kat kampung.

Bangganyaaaaaaaaaaaaa.......



"Sorry laaaa.... kacau kejap", Ariyon start buka cerita.

"Nak mintak advice engkau sikit", tambah dia lagi.

"Macam ada cerita menarik je", aku buat muka berkerut.

"Ya la Encik Sahak. Menarik sungguh ni. Aku ada dating la besok." Meleret si Yon ni senyum.

"Uihhh! Okay la tu. Abis tu apa masalah problemnya?"

"Ishhhh.... Aku tak ada experience la benda-benda sentul cam ni." Jelas Yon kat aku.

"Senang je, jangan jadi hipokrit.... Jadilah 'diri' engkau sendiri."

"Boleh ke camtu?", tanya Yon.

"Pompuan suka lelaki macam tu. Trust me!" Perghhh!! Aku bagi nasihat macam pakar je.

Hmmmm.....

"Tak payah pakai smart-smart ke?", tanya Ariyon lagi.

"Tak payaaaah. Pakai macam mana engkau selalu pakai. Bukan nak pegi jumpa Pegawai Daerah".

"Tapi.... Awek ni, style dia executive sikit, Hak".

"Tengok dulu aaaa. Dia suka kat engkau pasal apa. Kat pakaian ke atau pada 'engkau' tu sendiri".

"Tak payah tukar imej ke? Bagi nampak macho sikit?", Yon masih tak puas hati.

"Tak payah! Nanti engkau jadi kaku", tambah aku.

"Kenapa pulak?".

"Sebab engkau akan jadi orang lain".

"Pakai macam biasa aje lah, ye?".

"Jangan engkau pakai macam badut sarkis dah laa Yon", tambah aku.

"Tengkiu Buddy!"

"Sama-sama. Apa-apa perkembangan terbaru jangan lupa bagitau aku"

"For sure lah. Engkau kan kaunselor peribadi aku".

Cehhhh! Kaunselor hapa. Aku sendiri pun tak terkaunseling. Tapi orang dah mintak tolong, kita tolong la mana patut. Kalau dapat makan nasik minyak si Yon tu 'esok', aku jugak yang kenyang, dapat tumpang bahagia kengkawan pun kira orait laaa.


'... telling riddles in the dark..'

No comments: