TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

kaulah segalanya....


Mesti antara kita pernah baca ayat ni kat mana mana, kan?

' wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki,
bukan daripada kepalanya untuk dijunjungnya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya;
melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat dihatinya untuk dicintai. '

Sorang daripada kawan pompuan yang dah hampir 10 tahun aku kenal pernah ulas tentang ayat tu, macam ni

" funny....how some men don't realize that. "

Aku pon actually tatau nak kata apa and camna, memang kena la jugak batang hidung sendiri sebab aku pon dari kaum yang sama. Cumanya, kadang kadang bila fikir secara asasnya lelaki atau pompuan ni sebenarnya sama je, masing-masing ada perasaan, ada hati dan keinginan, kita sama sama buat kesilapan, sama sama cuai dan alpa, semuanya sama.

Tu la kadang kadang dok pikir, dalam sesuatu hubungan kena saling melengkapi, tolak ansur sebab kita ni tak perfect. Keinginan dan nafsu kita sentiasa berubah ubah, kadang kadang tak cukup dengan apa yang ada, tamak haloba, tak pernah puas dengan apa yang kita dapat. Juz suka nak ingatkan diri sendiri je, walaupun memang tak leh nak jamin yang aku takkan berubah. Tapi aku rasa semua orang berubah dan banyak org pentingkan diri sendiri. Pada aku bukan tak leh nak pentingkan diri, tapi tengok juga keadaan.

Mudah bercakap la, dalam hidup ni, kena hormati kelebihan pasangan, terima kelemahan dia. Masing masing kena la paham, dan cari jalan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Harap harap la nanti nanti bila aku dah bina 'masjid' untuk diri sendiri, aku akan selalu selak selak balik apa yang aku tulis ni dan baca balik dengan penuh rasional. Dan, harap sangat dari hari ke hari aku, korang dan orang orang lain akan faham maksud ayat kat atas tadi tu dengan lebih jelas akan segala isi dan intipatinya. Kalau digunakan logik akal la, napa tuhan tak nak amik tulang kaki ke untuk jadikan manusia bernama wanita ni, kan?

Apapapun, wallah hu'alam la. Terserah la pada DIA Yang Maha Mencipta. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Hidup ini memang macam kat atas pentas, banyak kisah suka dan duka, pahit dan manis. Aku pun taktau apa yang aku ngarut ni. Dah dekat jam 3 pagi dah. Kat luar hujan pon dah berenti.

'Perempuan menangis, air mata jatuh ke pipi.
Tapi lelaki menangis air mata jatuh ke dalam hati.
Bak kata pepatah; luka kat jari nampak darahnya,
luka kat hati...sapa la yang tahu....'

Tapi bila bercakap pasal 'kena amik berat and beri perhatian pada perempuan' ni, aku selalu nak juga cakap, kenapa la org selalu salahkan kaum adam ni je bila dia tinggalkan pompuan tu? Takde sorang pon yang akan kata atau marah bila pompuan tu tinggalkan lelaki tu. takde la plak nak kata pompuan tu amik kesempatan ke, bagi harapan ke, habis madu.. sepah di buang bersepah sepah ke, takde. Apapahal pon salahnya tetap kaum si adam ni juga.

Teringat kisah kawan yang sorang ni, dulu waktu si pompuan ni (awek dia la pada masa tu) study kat maktab, dia ni la yang redah hujan panas dengan kapcai dia tolong carikan itu ini, semua buat sebab sayangkan awek dia. Macam-macam la dia buatkan, takyah la nak cerita., kang macam nak menangkan satu pihak plak. At last bila di minah tu tamat study, dia cakap kat mamat ni, dia nak putuskan hubungan sebab dia tak suka boifren yang kerja dengan unit beruniform. Pelik pon ada juga, waktu bercinta dah tau dah si mamat ni kerja camtu, taknah la plak kata tak suka. Bila dah abih study, dah keje, time tu la juga bagi alasan itu ini. Tapi itu lah kehidupan, itulah percintaan... sampai la pada aku mula memahami, kalau benda tu bukan ditakdirkan untuk kita, walau apa pun kita buat, ianya tetap takkan jadi milik kita; tapi kalau ianya dah ditakdirkan milik kita, usaha sket je pon kita dah dapat menda tu.

Tapi, itulah cinta nama dia...

Apabila kita ingin menggenggamnya, ia tiada!
Apabila kita ingin merasa, ia kosong!
Ia bagai mengejek kita,
Ia bagai mempersendakan kita,
Kita pun mula rindu-rinduan,
Kita pun mula mimpi-mimpian,
Cinta itu pelik......kan?

Tapi itu lah, sebab kejadian dari tulang rusuk tu lah kita rinduan-rinduan, mimpi-mimpian...mencari 'tulang rusuk' untuk melengkap kehidupan.

1- Saling melengkapi satu sama lain.

2- Menghormati kelebihan dan menerima kelemahan / kekurangan kapel.

Aku harap sangat kita akan ingat 2 point tu dalam berkawan ataupun berkasih. Tegurla aku kalau aku silap, ekk?


6 comments:

ieylaa said...

betul la tu...kena ade rase hormat..xkire la pada sape

Day Dreamer said...

hi ieyla,

thanks! ermm..tapi hidup ni penuh dgn pelbagai perkara yg tidak disangka-sangka. apapon kalau nak org hormati kita, kita kena la hormat org len dulu..tak gitu?

:)

Anonymous said...

kesiannya ..lelaki tu kan..yang kena tinggal tu..(MESTI RASA CM BODOH JERKAN..X DE ANGIN X DER RIBUT..TETIBA CKP NK PUTUS SBB YG X RELEVAN LANSUNG...MMM..PEREMPUAN CM NI NAMPAK ADA SIKIT MATERIALISTIK, YERLAH MS TU MESTI LELAKI TU X BERAPA NAK STABIL LAGI KOT..LA NI MAY BE DH OK KAN)i ada jugak kawan yg situasi yg mcm u ni...huhuhu...last2 kata lak..kureng bahagia ngan laki dia,...(LORAT TUL MINAH TU.ENKK ELLEEHHH...)

Day Dreamer said...

hi SATSUMA,

tatau la dia rasa camne. tapi now dia dah bahagia n baru je dapat anak ke-2 dalam sebulan lepas. tapi sebelum kawin tu, sempat dia frust sekali lagi. anyway, mamat tu sorang yg ok la. that's life, kan?

Anonymous said...

haiiii day dreamer...
ermm, best gak baca luahan n pandangan awk tue..
tp mmg ader betul nyer kata2 awk tue..saya setuju..
kekadang kita x penah sedar tentang apa yg kita lakukan, tp akan ader masa nyer kita akan rasa btol2 menyesal dengan aper yg pernah kita lakukan..saya dah banyak kali rasa camtue..saya penah gak menyakitkan hati org n saya penah gak disakiti..seme tue pangalaman yg mematangkan saya..hope benda2 cam nie akan wat kita lebih kenal dgn diri kita sendiri..:)
anyway, enjoy ur life k..:)

Day Dreamer said...

hi iela_sagi,

tima ceh! sbb drop here n bagi komen yg based on pengalaman sendiri. harap apa yg dikongsikan kt sini dpt membuka minda dan mematangkn kita semua.