Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Antara padi dengan selasih,
Yang mana satu tuan lurutkan?,
Antara budi dengan kasih,
Yang mana satu tuan turutkan?
Jatuh cinta dan kecewa, something yang bagaikan satu kemestian dalam hidup kita as insan manusia nih. Ia satu perasaan aneh dan indah yang dialami bermula usia menginjak remaja. Form 3? Mungkin….!
Maka, ramailah yang hanyut, ada yang mengasyikkan dan ada pula yang menyakitkan.
Kata orang, cinta itu buta, ye ke? Betul ke? Tapi cinta itu jugalah yang menyatukan dua jiwa menjadi satu. Demi cinta manusia sanggup berkorban apa sahaja. Ibarat kata pepatah; kalau cinta sudah bersemi, lautan api sanggup direnangi. Ntah la, kan? Actually terpulang kepada masing masing yang melaluinya, ada yang kata indah, ada juga yg kata biasa-biasa aje, ada juga yang kata sakit dan menderita.
Memang asyik kalau bercerita tentang cinta, mungkin korang pernah mendengar kisah cinta uda dan dara, laila dan majnun tetapi apakah kesudahan cinta mereka?
Satu cerita, satu mimpi, satu irama, satu ilusi…… cinta!
Butakah Cinta?
Sebenarnya, cinta ni kalau betul dengan caranya boleh menjadi satu kekuatan kepada insan yang terbuai dan dilamun perasaan indah tersebut. Ianya berkuasa menjadi sesuatu yang bersifat motivated, ia merangsang semangat dan kekuatan diri. Tapi, cinta juga boleh memusnahkan diri bagi mereka yang tidak kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan, mereka tidak dapat memahami maksud yang tersirat disebalik ujian dan dugaan yang mungkin berlaku. Banyak sangat yang dah terjadi kat sekeliling kita ni, korang pon nampak, kan?
Mungkinkah kita terfikir, kadang-kadang bila sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pada bila-bila masa ianya akan hilang atau pergi dari kita dalam kita menyedari ataupun tidak. Kadangkala ujian di dalam percintaan itu hanyalah sedikit dari nikmat Allah Yang Maha Esa untuk buat kita lebih berfikir dengan matang, untuk membuat kita menjadi lebih kuat semula dan bangkit dari kekecewaan, dan mungkin menguji sejauh mana keimanan kita dan tahap kesyukuran kita. Atau, sengaja untuk menguji tahap kesabaran kita dan cara kita mengawal diri dari membenci dia yang meninggalkan kita. Sapa tahu….kan?
Banyak sangat sebab musabab atas sesuatu yang ditakdirkan.
Apabila kita ingin menggenggamnya, ia tiada!
Apabila kita ingin merasa, ia kosong!
Ia bagai mengejek kita,
Ia bagai mempersendakan kita,
Kita pun mula rindu-rinduan,
Kita pun mula mimpi-mimpian,
Cinta itu pelik....kan?
Meluahkan Perasaan
Tapi apa yang penting ialah macam mana untuk pamerkan kasih sayang kita kat kapel kita, tak kira la dah nikah ke atau belum. Ianya sesuatu yang amat penting dalam sesuatu perhubungan. Normally yang biasa dok pamerkan kasih sayang ni samada secara verbal ataupun tindakan ialah pihak si pompuan la, lelaki ni..ntah la, mebbe lelaki ni lebih selesa kot tunjukkan rasa kasih sayang tu melalui tindakan, mungkin! As yang penah aku share sblm ni, pompuan ni ada tiga kategori,
(1) yang suka nak dengar, pada dorang 'aku cinta kamu' or ' I love U' satu bukti yg kapel dorang ni sayangkan dorang.
(2) yang suka tengok; dorang ni nak tengok tindakan dari pihak lelaki seperti kiss dahi sblm dan slps balik kerja ke or sumtin yg sewaktu dgnnya la.
(3) yang nak dengar & tengok, dorang ni nak dengar ucapan kasih sayang dari lelaki n nak lelaki tu buktikan juga melalui tindakan.
Aku rasa la, most of lelaki ni actually tahu kehendak tu, tapi depa ni tak amik serius sangat akan menda tu. Kata-kata cinta mungkin la kerap dorang ni sebut waktu zaman bercinta dulu dulu sebab dorang nak buktikan yang dorang memang benar benar sayangkan kapel dorang but bila dah sah jadi suami isteri mostly dorang mula simpan ayat ayat keramat tu. Tapi aku rasa normal la kot bagi lelaki kat Malaysia ni, kitorang mebbe sedang berevolusi kot nak jadi lebih open n more gentleman (budiman) .... heheheheheh....tatau la aku...
Actually aku nampak sendiri apa yang aku cakap kat atas tu jadi depan mata aku. Tapi takyah la cerita sapa. Bagi lelaki ni, bukti perlakuan lebih penting dari kata kata. Even ada sesetengah wanita yang stress dan muram sebab tak pernah dengar suami meluahkan kata kata cinta dari bibirnya. Mebbe adajuga wife yang akan kata;
"Kalau dulu tiap-tiap hari boleh ucapkan cinta, bagi kad-kad cinta tapi sekarang ni bukan kata kad, birthday pon kadang kadang dia lupa."
atau;
"Saya je yang beriya iya nak buat surprise kat dia, tapi dia tak teruja sikit pon, alih alih dia kata saya buang tebiat plak..."
Tapi tu lah, nak cakap lebih-lebih aku sendiri pon lom alami the real situation tu, juz harap apa yang aku tulis ni la as a guide aku one day bila dah mula nak lupa. Mungkin menunaikan tanggungjawab kat kapel (dan anak anak) tu lebih penting kot, dan bukan cuma kata-kata yang ada kat bibir. Yang ada kat hati lebih penting. Tapi pada aku la, secara peribadi biarla seiring, tindakan pon perlu, kata kata dan ucapan pon perlu. Semua tu part of communication .Bukankah sesuatu perhubungan itu ialah perkongsian, kalau kita suka dengar kata kata yang indah kat telinga kita, basicnya sama juga dengan orang lain, suka juga nak dengar kata kata yang indah dan sedap didengar kat telinga dia. Lagipon, bukannya kena bayar duit kalau kita ber'mulut manis ' dengan kapel kita, tapi kalau itu leh buat kita lebih mesra and erat, why not?
Luahkan lah!
...demi cinta ku padamu,
ke mana pun kau kan ku bawa...
ke hujung dunia, ke bintang kejora...
-fantasia bulan madu, Search
2 comments:
TQ
hi ano,
terima kasih sbb singgah kat galeri.
terima kasih juga sbb 'TQ' tu.
:)
Post a Comment