TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

dia..

hmmmm...lama gak tak jengah jengah kat galeri aku nih. actually banyak respon yang aku terima dari mereka mereka yang menjengahkan batang hidung ke galeri aku.


one of my fwen ni hah yg minta aku cuba cuba buat kan satu poem, so since aku sedang musim menulis hal hal jiwang nih aku ingat nak cuba cuba buat poem yang ada elemen elemen camtu sket.

so, korang pon leh la nilai bakat terendam aku nih. huhuhuh


Dia..
yang memberikan seribu makna pada hidup ini,

yang acapkali menghuru-harakan diri ini
dengan kerinduan ku kepada dia,

Dia..
yang teramat aku kasihi dan sayangi,

seakan tidak cukup lapang ruang
untuk ku tumpahkan kasih sayang ini,

terlalu banyak kasih sayang ku untuk dia,


Dia..
yang memesrakan diri disampaing aku,

mana mungkin aku melupakan dia walau sesaat,
walau dimana aku berada,
walau apa yang aku kerjakan,

Dia..
yang sentiasa bermastautin dalam laman ingatanku,

mengegarkan seluruh mindaku
bersama kenangan kenangan indah
yang dilalui bersama dia,

Dia..
bagaikan udara segar yang ku hirup,

yang memberi kekuatan,
menyuntikkan inspirasi,
membangkitkan keghairahan,
dalam setiap tindakan aku,


Dia...
yang kadang kadang mencipta dukaku,

tetapi ku percaya
kedukaan itu juga sebenarnya

yang menjadi pasak kasih sayang aku
menjadi semakin utuh
hanya u
ntuk dia,
yang juga mencipta gelora rindu,
yang semakin membara dan membuak-buak,

yang membuatkan aku dan dia,
semakin saling erat dan dekat,

pada hati-hati kami,
pada jiwa jiwa kami,
pada setiap hari ke hadapan,

hanya dia,
hanya antara aku dan dia,
kasih yang tercipta antara kita,
moga berkekalan hendakNya.

3 comments:

cLinaku said...

marvellous!!

awak mmg berbakat sebenarnya.
so, jgn rendamkan lagi bakat tu, u should write!

Anonymous said...

Menarik...!!!
pasti 'si dia' itu sumone yg b'tuah.

Day Dreamer said...

hi ano.

menarik?? tq..tq.
ala...baru nak try try tunjuk bakat dah ada org cakap camtu.
actually, semua org pon bertuah, so kalau awak rasa awak tu is 'dia' yg dalam poem tu, kira awak bertuah la juga. or sesapa saja yg asa diri dia ialah 'dia' yg saya tulis tu, semua org sure bertuah.

tak gitu?

huhuu...