'' awak bahagia?''
''errr...u bahagia ke ngan life u skrang?''
apa yang ampa akan jawab bila ada oghang tetiba tanya soklan lagu tu? mebbi ampa atau sapa sapa pon tetiba akan terpikiaq, bahagiakah aku? eh! betul ke aku bahagia even aku belum ada boifren atau girlfren? atau, aku bahagia ka sebab aku masih takdak gheja yang buleh bagi aku pendapatan yang lumayan?
macam-macam ampa, aku atau oghang len boleh terpikiaq. sebabnya definasi bahagia tu sendiri adalah sumtin yang boleh dikatakan subjektif, lain orang, lain definasi dia, lain persepsi tentang bahagia pada setiap oghang.
definasi bahagia ni macam makanan, ianya bergantung pada diri setiap orang tu sendiri. ada yang makan murtabak si A, then dia kata sedap sangat but ada plak yang makan murtabak yang sama tapi dia kata biasa ja tapi masin sket. so, subjektif!
tapi, aku yakin semua orang nak merasa bahagia. bahagia yang indah didengar dan lebih sedap kalau dapat merasa, tak kiralah macam mana bentuk bahagia tu, asalkan namanya bahagia. tapi, dalam hidup ni, menda yang bagus, yang baik dan yang paling bernilai tu lah yang susah kita nak dapat, maksudnya bukan senang la tu. setiap orang akan buat apa saja yang dia rasa boleh memberikan kebahagiaan kat diri dia atau keluarga dia.
in fact, boleh dikatakan most of kita tak tau apa yang terbaik untuik diri sendiri sebenarnya or, taktau apa yang kita benar benar nak dalam hidup ni sebenarnya dan of coz ampa, aku dan orang len takkan tahu apakah perkara yang terbaik untuk diri sendiri. mebbe ari nih, kita ghasa menda ni adalah yang terbaik, tup tup esok lusa kita rasa menda ni tak baguih, tak sesuai untuk kita. at the end of the day, of coz kita akan dengar;
'' hey...this not what i want!! this not what i'm looking for!! aku taknakkkkkkkk....''
cuma satu yang pasti, setiap orang berhak merasai bahagia! tu je.
aku taktau macam mana definasi dan persepsi bahagia pada ampa semua. mebbi kaya dan banyak duit, mebbi boleh pergi bercuti ke mana mana saja, mebbi ada isteri cantik dan anak anak yang comel, mebbi ada kesihatan yang sejahtera, mebbi...setiap org menentukan sendiri bagaimanakah maksud kebahagiaan itu.
ada orang cakap,
''untuk mendapatkan bahagia, buatlah orang len merasa bahagia''
betul ke ekk?
betoi ka ampa?
juz sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada org len, dalam mencari bahagia janganlah sekali kali berputus asa. banyak ujian dan dugaan yang akan kita tempuhi. kata orang, kalau kita mengharap yang terbaik, apa juga keputusan yang ditakdirkan, kita tetap akan bahagia.
mungkin betul, ntah la. yang penting jangan berputus asa, buat yang terbaik dan jangan putus berdoa. apabila tiba masanya, walaupun tanpa kita bersedia atau tanpa kita sedar, kita akan mendapat kebahagiaan kita. harapan aku begitulah.
luas sangat dan banyak sangat persepsi bahagia nih. tak dapat nak di describe kan dengan kata kata kat sini. tepuk dada, tanya la diri.
sekadar peringatan untuk diri.
'kalau tuhan nak anugerahkan sesuatu yang berharga kat kita, Dia takkan bagi dengan cara yang mudah, sebabnya kalau kita tak melalui onak dan duri, ujian dan dugaan dalam hidup, kita tak mungkin menghargai apa yang kita dianugerahkan'
bahagia aku bukan kerana kamu dan bahagia kamu juga bukan kerana aku, tapi ianya anugerah Yang Maha Esa, bahagia kamu dan bahagia aku adalah bahagia KITA yang diberikan peluang untuk merasai nikmat dan erti sebuah kebahagiaan.
haih! pasrah...
1 comment:
hurmm..betul tu.. ujian macam2.. n at last.. baru la bahagia itu tiba..huhu
Post a Comment