TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

c - i - n - t - a



org yang kita cintai...

cinta yg sangat mendalam...

cinta itu nampak mudah sebenarnya, tapi ia bergantung kepada jodoh juga sebenarnya.

berapa ramai org yang tidak dapat bersama dengan org kesayangan mereka.

sumtin yang aku belajar dari chinese movie kat channel 8TV yang aku selalu tgk.
yup! cinta tu nampak mcm mudah dan indah, tapi mudah dan indah tu sebenarnya juga bergantung kepada bagaimana kita layari perjalanan cinta kita tu.

kata orang,
cinta itu buta tetapi cinta itu jugalah yang menyatukan dua jiwa. Demi cinta manusia sanggup berkorban apa sahaja.

Ibarat kata pepatah; kalau cinta sudah bersemi, lautan api sanggup direnangi. ye ke? cuba lah.

kalau bercerita apa saja tentang cinta, ia memang amat mengasyikkan; jatuh cinta dan kecewa, satu lumrah yang semua orang penah merasainya. lumrah yang kita tengok kat ruang ruang di sekeliling kehidupan seharian kita, malah kita sendiri lalui semua tu.

kadang-kadang aku macam baru tersedar, dunia ni sangat indah. terutamanya bila tgk org bercinta kat sekeliling aku ni, bertemu then berpisah, pastu mula rindu-rinduan, then memanjangkan kisah cinta thru phone atau sms sampai ke pagi. sentiasa ghairah, sentiasa hangat. bagus kalau keghairahan dan kehangatan tu dapat disalurkan kepada satu ikatan yang lebih kukuh dan sah, kemudian tingkatkan keghairahan dan kehangatan tu agar ikatan tersebut berlangsung sampai ke akhir hayat. alangkah bagusnya, kan?

tapi, ianya tak semudah bercakap dan aku cuma memberikan pendapat. keadaan sekeliling bisa merubahkan kita. takde jaminan aku atau sapa sapa boleh memacu ghairah itu dan hangat itu agar menjadi satu pemangkin kepada sesuatu yang lebih teguh.

so, diulang - kita perlu mencuba melakukan yang terbaik untuk setiap hari yang kita miliki. benda yang berharga takkan boleh dapat dengan mudah. sapa tak nak merasa b-a-h-a-g-i-a, kan?

indah dan bahagia kan bila ada org mengucapkan 'saya sayang awak' atau 'saya rindu awak sangat sangat'.

cinta ni kalau betul dengan caranya boleh menjadi satu kekuatan kepada insan yang terbuai dan dilamun perasaan indah tersebut. Ianya berkuasa menjadi sesuatu yang bersifat motivative, ia merangsang semangat dan kekuatan diri. Tapi, cinta juga boleh memusnahkan diri bagi mereka yang tidak kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan, mereka tidak dapat memahami maksud yang tersirat disebalik ujian dan dugaan yang mungkin berlaku.


In fact, ramai antara kita tak dapat nk memahami maksud yang tersirat. dulu aku sukar sangat nak terima bila org cakap, cinta tak semestinya memiliki - means, kalau kita sayang n cintakn seseorang, kita tak semestinya memiliki dirinya. pelik sangat bunyi ayat tu pada aku.


tapi kehidupan yang teramat indah ni sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang tak semua org dapat memahaminya, dan samada suka atau tak aku terpaksa mengakui bahawa ayat tersebut mungkin juga ada betulnya walaupun banyak yang tak kena.


ujung-ujung, samada akui ayat tersebut betul ataupun salah, ramai pasangan cinta yang mengalirkan air mata. uda yang tak dapat bersama si dara kesayangan, laila yang mencari majnun nya. haih!!


aku? ntah la....haih!


tapi sukar untuk aku akui kebenaran ayat tu, malah sebenarnya org yang memperakuinya mungkin berpura pura demi kebaikan org yang dia sayang tu. pengorbanan!


'if u love sumone so deeply, let him/her go.

if he/she comes back to you, he/she is yours,

forever to hold!


if he/she doesn't,

then u should know that he/she was never meant to be yours!'


aneh!


ada ke org yang saling menyayangi inginkan perpisahan?


ade ke org yang saling merindui hanya semata mata untuk membiarkan kapel dia tidak menjadi miliknya?


ntah la! tapi ini yang wujud dalam indahnya cinta. kata sorang kawan aku, cinta tu tak buta sebenarnya, tapi org yang dilamun cinta tu yang mula menjadi buta.


at last, aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku tulis nih.


'you will never know true happiness until you have truly loved and you will never understand what pain really is until you lost it'


sekarang aku memahami apa itu kebahagiaan dan kegembiraan yang sebenar, dan aku juga memahami apakah kesakitan yang sebenarnya.











7 comments:

cLina BeLedZa said...

buat apa nak susah2 menyulam cinta, merindu2 kalau dah tau kapel kita tu bukan ditakdirkan utk kita?-buat penat je.buang karen.

tapi itulah!
org cakap cinta tak semestinya memiliki.kena paham erti cinta, pengorbanan,kebahagiaan etc etc.

aku tak setuju sangat dan takleh nak terima.
lantaklah nak kata takleh terima takdir atau kenyataan atau whatever.dah kita cinta, mestilah kita nak memiliki sesuatu yg kita cinta!

but, once again.. dah tertulis. at the end of the day kena terima jugak.sangat pedih.sigh.
last2 tanyer balik diri sendiri, what to do??

kite seronok tgk org lain bercinta.. bahagia..pastu tertanya2 diri sendiri.. mana cintaku.....?
:(

Anonymous said...

Love is like a war:Easy to begin Hard to end!

Anonymous said...

ERMM...kita cintakan org tu x bermakna kita akan memiliki die...

bagi sis la kan.. kita cintakan seseorang tu.. dgn cara mambahagiakan dia.. so.. kalau dgn cara MELEPASKAN si dia pergi boleh membahagiakan si dia walaupun perasaan sendiri sakit, itu la pengorbanan dlm cinta, utk org yg dicintai.. dan bagi sis, itu lah yang sebenar2 nya yg perlu dilakukan utk org yg kita cintai...=)

bahagiakan la pasangan kita...=)

Anonymous said...

Cinta itu indah...cinta itu sesuatu yang m'bahagiakan.
Utk apa kita mencipta cinta klu bukan untuk m'bahagiakan pasangan kita tp seandainya ada yng lebih m'bahagiakan pasangan kita..biakan la dia dengan bahagia yg dicarinya itu.Doakan yg t'baik utk dirinya.

Bukan setiap saat @ detik sumone akan menyatakan rasa rindu pd kita...juga bukan setiap insan disisi kita akan mengungkapkan rasa sayang pada kita.

Layari rasa cinta anda seadanya....
cinta,kasih & sayang.

broken_nigina said...

gua sokong cakap sis clina.kata la apa pun,gua cinta untuk memiliki.kalau bukan untuk memiliki,buat apa nak cinta.tapi cinta paksinya jodoh kan.cinta macam nak mati pun,kalau tak ada jodoh,takkan bersatu.buat la apa pun,takkan dapat miliki jugak.mahalnya nilai jodoh.haih..

Anonymous said...

at last cinta pada Allah jugak yang kekal, lek ler brotherr..tu baru sikit jer tuhan duga

Day Dreamer said...

dear all,

clinaku,

thanks for dropping here.
cinta yg disulam tu bukan dibuat buat, ianya dtg dgn senyap ke dalam diri then sedar sedar kita dah menyulam, mengait dan menjahit cinta tu.

anyway, thanks.

:)

*****

ano,

yup! a war; yg leh hasilkn sumtin. mebbe ending dalam memberi hikmah yg jelas tersurat n mebbe juga hikmah yg tersirat dan perlu difikir dan direnung dalam-dalam. tq

=)

*****

RED

rasanya setuju dgn your words,tapi tak pasti setuju tu sbb itulah kerelaan sebenarnya atau setuju kerana mmg itu hakikat yang patut kita terima dgn redha.

TQ sis RED.

=)

*****

Ano,

kita mungkin tak sengaja mencipta cinta, bila mana dua jiwa bertemu dan saling ter'sangkut'. mulut kata tidak, tapi hati kata NAKKK!

itulah cinta yang memang indah dan datangnya penuh ujian dan dugaan.

Yup! kita sepatutnya melayari cinta itu seadanya.

:)

*****

Broken Nigina,

Yup! mebbe mahal harga jodoh tu. tapi itulah yg sejak kecil gua dengar;

'jodoh pertemuan, ajal maut itu ketentuan tuhan; kita hanya merancang tuhan yg menentukan'.

=)

*****

Ano,

Yup! cinta pada ALLAH itu yg abadi.
TQ.

=)