TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

1 JAN 2010

First of all, alhamdulillah sbb masih lagi wujud di waktu ini jam 3:00 pagi pada 1 Januari 2010. Selamat datang tahun baru masihi 2010.

Meminjam ayat-ayat dari blog kartunis TeMBakau;

''Ya Tuhan, Semoga Engkau Tidak Membiarkan Kami Hanyut Dalam Kerugian''

Sekali lagi menjengah ke belakang, tengok balik azam & impian yang aku cuba gapai untuk 2009 yang baru berlalu lebih kurang 3 jam tadi. Banyak kesedihan yang aku rasakan lantaran tak tergapai dek tangan segala impian aku. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba, aku mencuba sedaya upaya yang terbaik yang mampu aku lakukan untuk setiap hari yang aku punyai. Walau bagaimanapun, penyesalan tetap wujud di atas sesetengah kegagalan yang memberikan impak raksasa ke atas diri dan kehidupan.

Tengok balik checklist di awal 2009, fuhhh~ .... berat sangat rasanya, sendat sungguh rasanya kat dalam aku ni. Teringat kata-kata seseorang;

"kalau aku tahu, banyak yang takkan aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kesilapan dan seterusnya kegagalan."

But, hidup mesti diteruskan. Kita dah melangkah pon ke 2010. So, apa yang perlu ialah perbetulkan langkah, kukuhkan kuda-kuda dan terus membuat langkahan untuk terus maju ke depan.

Jom kita sama-sama perkemaskan azam & impian kita. Biar lebih teratur dan spesifik. Insya'allah, kita pasti akan dapat menggapai segalanya.

Kepada jatuh lepasnya azam & impian 2009 yang gagal digapai, bisikkanlah kepada hati kita bahawa,

1- Sometimes, what we hate is better than what we want. - Kita benci air halia sebab ia pedas tapi suka sangat air gula sebab ia manis, ada paham ayat tu?

2- Kalau tuhan nak bagi sumtin yang bernilai, DIA takkan bagi dengan cara yang mudah. Sebabnya, kalau mudah sgt dapat, mungkin kita tak reti nak menghargai. - Jatuh sungguh kat atas batang hidung.

3- Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan ribut & kilat. Kita nangis dan tertanya mana hilangnya sinar. Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi - pemandangan yang indah & ceria. Maksudnya, setiap sesuatu yang terjadi tu ada alasan dan sebabnya.

4- Kalau kita tak lalui kesedihan dan kesukaran dalam hidup, kita tak mungkin menghargai apa yang kita ada. - Sama macam yang kat atas, makin sakit batang hidung aku.

5- Sumtimes, sumting is juz not meant to us. - Sendat & semak rasa kat dalam dada.

6- Setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya, mungkin kita je yang tak nampak. - Harap-harap itulah yang sebenarnya.


Justeru bangun dan aturkan langkahan. Teruskan melangkah. Teruskan menggapai azam & keinginan - untuk aku dan juga korang.

Setiap orang ada cerita tersendiri, ada rezeki sendiri - kita saja yang tak tahu. Insya'allah bila masanya untuk kita telah sampai, samada kita dah bersedia ataupun tidak, pasti kita akan terima dan dapat rezeki kita.

SELAMAT DATANG TAHUN 2010 MASIHI

&

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009 MASIHI.



No comments: