TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

No Title!





Lukisan Karya Kartunis TEmBaKaU untuk 'KarTiNi'

Aku membelok memasuki parking di hadapan Restoran Kayu Nasi Kandar. Kebetulannya parking lot yang aku masuki tu betul-betul bertentangan dengan Masjid An-Najihah.

Sambil menunggu ketibaan seorang kawan, aku mula berfikir tentang sesuatu, tentang kehidupan. Membiarkan injin kereta terus hidup dan penghawa dingin kereta menyejukkan badan, aku terus berfikir dan memikir.

Banyak benar yang aku pelajari dalam kehidupan ini. Betullah kata orang, setiap sesuatu yang Allah kurniakan itu ada hikmahnya dan ianya datang bersama-sama ujian dan dugaan. Setiap kurniaan itu adalah berdasarkan kepada doa dan permintaan yang kita lafaz dan pohon kepadaNya.

Tapi sebagai manusia ni, kadang-kadang kita alpa, kita lalai dalam berfikir dan memahami maksud sesuatu kurniaan itu. Kita memohon agar dimurahkan rezeki, memohon agar dikurniakan tubuh badan yang sihat, memohon agar dipermudahkan segala urusan duniawi dan berbagai-bagai permintaan lagi.

Dan, Allah Yang Maha Pemurah tak pernah tidak untuk mengkabulkan doakan dan permintaan kita. Tapi, kita sebagai manusia ni yang dah 'terbiasa' tak pernah cukup dengan segala kurniaan tu. Rezeki sentiasa murah, sentiasa ada mengikut banyaknya usaha kita cuma belum masanya lagi untuk mendapat rezeki yang lebih mewah. Itulah yang sebenarnya kebanyakkan kita ini mahukan - kemewahan!

Tapi bila dah diberikan kemewahan, banyak pula dari kita yang lalai dari mengerjakan suruhan dan tuntutanNya. Terkadang kita salurkan 'rezeki' tu arah pembaziran dan kemaksiatan. Bila dianugerahkan kesihatan tubuh badan, tidak pula kita gunakan untuk melengkapkan dan meningkatkan ibadah tetapi dengan tubuh badan yang sihat tu makin banyak pula aktiviti-aktiviti separuh songsang atau yang tak bermanfaat kita sertai.

Banyak sangat yang perlu ditingkatkan dalam hidup ini, kadang-kadang bila kita berdoa dan memohon sesuatu kita tak pernah berfikir dan terfikir betul ke doa dan permintaan yang bakal kita lafazkan tu. Dan, bila Allah mengurniakan result untuk permintaan kita, kita merasa serba salah, kita rasa tak patut. Kadang-kadang ada di antara kita sehingga menyalahkan takdir.

Pernah juga aku terbaca satu artikel, orang kita ni kadang-kadang bila berdoa tu tak berfikir samada doa yang kita buat tu betul ke or tak. Atau, betul ke perkara yang kita minta tu ialah perkara yang benar-benar kita mahukan dalam hidup kita.

Tapi, inilah kehidupan yang perlu kita jalani dan inilah jalan yang perlu kita lalui. Terkadang ketemu getir di pertengahan jalan tetapi anggaplah semua tu satu ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Mungkin ujian dan dugaan tu akan membuatkan kita lebih tabah, lebih berfikiran luas, lebih kuat dan sebagainya.

Mungkin juga untuk kita lebih menghargai setiap kurniaan itu samada harta benda, kasih sayang, kesihatan, kemudahan dalam kehidupan dan macam-macam lagi.

Realiti itu pastinya tak seindah yang kita impikan.

Sekadar pesanan untuk diri.



2 comments:

Anonymous said...

Btoi!!!!
Reality sebuah kehidupan dimuka bumi ini tak seindah apa yang kita impikan dialam khayalan,bro!!!

Day Dreamer said...

hi ano,

tapi, hidup ni sebenarnya sangat indah kalau kita masing masing tau keperluan kita dan hidup berlandaskn hukum dan ketetapan daripadaNya.

cuma, kealpaan kita, kerakusan dam menjalani dan mengejar keseronokan serta ketamakan telah mengelabui mata hati kita.

=)