MaskuLin Februari 2010. Vol. 101 - korang dah baca ke belum? one of the most interestink article yang aku nak share ni adalah dipetik daripada mag tersebut. so, enjoy yourself & fikir fikirkan, betul ke tak?
tapi, don't take it as a serious matter la, ni semua tak lebih dari satu artikel biasa.
tapi, don't take it as a serious matter la, ni semua tak lebih dari satu artikel biasa.
Januari
Lelaki ini sukar jatuh cinta. Tetapi jika sudah jatuh cinta dia akan amat menyintai pasangannya. Dia juga mementingkan keluarganya dan akan mengatakan apa yang dia fikirkan. Tetapi apabila berkahwin, dia dikatakan agak cerewet perihal kewangan.
Februari
Dia agak kurang romantik dan sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi boleh jadi pendiam pada suatu masa dan ini boleh mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat dengan komitmen.
Mac
Romantik dan memetingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang berkeyakinan sehingga menyebabkan dia sukar untuk menambat hati wanita. Sikap suka bertangguh menyebabkan dia lambat berkahwin. Tetapi dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi serta menghiburkan pasangannya.
April
Padanya cinta amat penting. Ketika mula bercinta bersikap baik hati, mudah jenaka dan bersuka ria tetapi apabila telah lama berkenalan mulai mencurigai pasangannya.
Mei
Dia mempunyai suara yang merdu dan mungkin menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati wanita. Lelaki ini ternanti-nantikan hari perkahwinannya dan akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan.
Jun
Dalam mencari pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, tidak pendiam dan cerdik. Paras rupa bukan menjadi keutamaan.
Julai
Baginya kebahagiaan rumah tangga amat penting. Dia juga adalah suami yang setia, penyayang dan amat sukar untuk melafazkan penceraian. Jadi dia akan bersedih jika rumah tangganya menghadapi masalah.
Ogos
Kehidupan cinta adalah penting kerana dengan adanya orang yang mengasihi membuatkan dirinya bahagia. Dia percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumah sebagai tempat berehat dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.
September
Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan dan kesempurnaan. Sifatnya itu membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan dan ini menjadikan dia bukan kekasih yang memuaskan hati pasangannya.
Oktober
Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja dan agak boros pula dari segi membeli baju, wangian atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.
November
Renungannya yang tajam seolah olah dapat membaca isi hati orang lain. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya. Dia suka jika dapat menunjukkan kuasa dan nampak lebih dominan dalam perhubungan. Manakala hal seksual, dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.
Disember
Dia seorang yang suka bergaul dan insan yang paling romantik. Lelaki ini mudah jatuh cinta kepada wanita. Tapi dia tidak suka terikat dalam jangka masa yang panjang. Kononnya ramai lelaki berbintang sagitarius dikatakan berkahwin lebih dari satu.
1 comment:
Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....
Post a Comment