TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

Blood Donation : Yang Perlu Anda Tahu

Derma darah?

Korang pernah derma darah? Ekceli ada orang yang takut nak menderma darah ni, pastu ada macam macam mitos tentang menderma darah ni. Mitos yang paaaaaaaaling top ialah, menderma darah leh buat badan gemuk.

Ye ke?

Korang carilah kebenarannya sendiri, tapi yang pastinya menderma darah ni memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.

Apa yang aku nak hi-light kan kat sini ialah keistimewaan kepada penderma-penderma darah ni. Korang tak yah nak kerja ngan kerajaan pun untuk menikmati faedah yang sama macam kakitangan kerajaan. Orang kampung yang usahakan sawah bendang yang mempunyai kesihatan yang baik dan sihat, penoreh getah, penternak ayam-itik-lembu atau apa saja kat kampung-kampung, penanam sayur dan ramai lagi yang lain-lain pon boleh mendapat keistimewaan ni.

So, kat sapa-sapa yang rasa keistimewaan ni berbaloi aku suggest kan korang mulalah menderma darah mulai sekarang. Yang pastinya kebaikannya tidak hanya pada korang saja tetapi juga kepada orang-orang lain yang mungkin memerlukan darah korang.



Keistimewaan Untuk Penderma-penderma Darah


1- Yang dah menderma 15 kali dan kurang.

Pengecualian sepenuhnya daripada caj-caj rawatan dan caj-caj wad Kelas 2
dalam tempoh 4 bulan selepas menderma kali terakhir dan rawatan pesakit luar
secara percuma dalam tempoh yang sama.


2- Yang Menderma 16 kali hingga 40 kali.

Di beri pengecualian lagi best dari yang kat Para 1 tu.
Dikecualikan SEPENUHNYA daripada caj-caj rawatan dan caj-caj wad kelas 2
dalam tempoh 4 bulan selepas menderma kali terakhir dan ada lagi pengecualian iaitu
setengah daripada caj-caj rawatan dan setengah daripada caj-caj wad dalam wad Kelas 2
dan rawatan pesakit luar percuma dalam tempoh 3 tahun selepas menderma kali terakhir.

Best tak?

Tak payah kerja ngan gomen pon leh dapat keistimewaan camni.



3- Bagi yang menderma 41 kali dan lebih.

Pengecualian sepenuhnya daripada caj-caj rawatan dan caj-caj wad dalam Kelas 2
dan rawatan pesakit luar percuma pada BILA-BILA MASA.

(Ref: PPDK9/Pin. 2/90)

So, cuba pikirkan betapa beruntungnya sedara-sedara kita yang dok kerja buat bendang, menoreh getah semua tu, bila sakit boleh dapat keistimewaan rawatan percuma atau separuh harga di hospital. Secara tak langsung kurang la jugak masalah tak mampu membayar rawatan hospital dan sebagainya disamping membantu pihak yang mengharap dan memerlukan.


Nota Kaki

Kebaikan Derma Darah

Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’
di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal
bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan
ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.


“Banyak kebaikan jika kita derma darah iaitu dapat mengesan penyakit seperti
HIV, Malaria, Siflis dan Hepatitis."



"Antara kebaikan lain menderma darah ialah dapat membakar kalori sebanyak 75 peratus memandangkan setiap organ dalam tubuh manusia mempunyai fungsi tertentu untuk keseimbangan sistem tubuh yang memproses bahagian masing-masing untuk membina sel darah baru."










3 comments:

~ ReD ~ said...

x pernah lagi derma darah

Day Dreamer said...

~ReD~


i think you should try once.
it worth!

=)

cLinaku said...

doktor kater saya tidak layak untuk menderma.