TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

difference about life



'The difference between school and life?

In school, you're taught a lesson
and then given a test.

In life,
you're given a test that teaches you a lesson'



That's life, kan?

Satu perjalanan yang kita kena jugak survive walaupun kita taknak, walaupun kita kata kita tak bersedia atau tak berdaya.

Sama jugak macam pengalaman, ada orang cakap pengalaman adalah guru yang terbaik. Tapi ada jugak orang cakap pengalaman adalah guru yang kejam, sebab dia bagi kita rasa dan lalui sesuatu itu terlebih dahulu then baru bagi kita pengajaran dan peringatan.

Tapi, semua tu if kita renung renung memang ada sumtin yang mungkin kita tak nampak. If semuanya perlu di bagitau dan kemudian baru diuji, dats mean kita dah prepare, kita dah rehearse and kita dah leh predict impak dia. So kesan kat diri kita mebi tak banyak. Maksud aku kesan yang baik walau nampak macam buruk.

Apa yang kita lalui dalam kehidupan kita ni pada aku sebenarnya ujian /test untuk tengok ke dalam diri kita sendiri. As muslim, mungkin ujian tu juz nak tengok setakat mana tahap kesabaran kita, then kita ni bersyukur atau tak dengan sesuatu yang dikurniakan, then mungkin untuk buat kita lebih bermuhasabah tentang diri kita, kembali ke pangkal dan bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan.

Dan juga, ianya sebenarnya untuk membuat kita lebih berfikir, berfikir dalam konteks yang lebih terbuka bahawa sesuatu itu datang dari Yang Maha Esa dan ada hikmah dalam setiap sesuatu tu.

Ianya juga membuat kita lebih tabah, lebih berdikari, lebih kuat dalam nak mengharungi hari hari ke depan.

Apapun, semua tu terpulang kepada pandangan masing masing. Kadang kadang lain orang, lain pandangannya. Berbeza persepsinya.


Dan hidup perlu diteruskan.











No comments: